Skip to main content
Aerial view captures the fighting and violence that erupted in Khartoum, Sudan. Sudan, May 2023. © MSF/Atsuhiko Ochiai

Konflik Sudan

Doctors Without Borders mendesak semua pihak memastikan keselamatan masyarakat awam dan pasukan perubatan, serta perlindungan kemudahan kesihatan ketika pertempuran semakin memuncak.

Pertempuran memuncak di Sudan

Kemaskini terkini

  • Di Khartoum, El Geneina, Zalingei dan di bandar serta pekan lain di mana pertempuran sengit berterusan, orang ramai terus terperangkap, manakala ratusan ribu lagi melarikan diri ke kawasan lebih selamat di negara ini atau merentasi sempadan.

  • Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa hospital dan gudang perubatan, termasuk fasiliti milik Doctors Without Borders, dirompak menyebabkan akses kepada rawatan perubatan semakin berkurangan berikutan kemudahan terpaksa ditutup atau kehabisan bekalan.

  • Sejak keganasan meningkat, Doctors Without Borders bekerja di sepuluh negeri: Khartoum, Kassala, Al-Jazeera, Darfur Barat, Darfur Utara, Darfur Tengah, Darfur Selatan, Laut Merah, El-Gedaref dan Blue Nile.

Sejak Sabtu 15 April, pertempuran sengit berlaku antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum serta bahagian lain di Sudan. Masyarakat awam Sudan terus melarikan diri ke negara jiran seperti Mesir, Chad, Sudan Selatan dan CAR akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF), yang memasuki minggu ketiga.

Sejak dua tahun lalu, 20,000 orang hidup dalam keadaan tidak sempurna di kem pelarian Tanedba di Sudan, salah satu kem utama yang dibuka berikutan susulan kebanjiran pendatang berikutan kebangkitan semula keganasan di Ethiopia. Kehidupan mereka yang tidak menentu kini diburukkan lagi dengan kejadian terbaharu.

Artikel berkaitan

 Chad: Doctors Without Borders merayu untuk respons segera terhadap krisis pelarian Sudan
Chad: Doctors Without Borders merayu untuk respons segera terhadap krisis pelarian Sudan
Konflik di Sudan telah membawa kepada pemindahan lebih daripada empat juta orang, 3.3 juta daripadanya dipindahkan di dalam Sudan sendiri. Lebih 380,0...
Sudan: Keganasan memusnahkan penduduk dan mengancam hospital penting
Sudan: Keganasan memusnahkan penduduk dan mengancam hospital penting
Keganasan mengancam hospital Al Nao, talian hayat penting bagi penduduk di Omdurman, di barat laut Khartoum, ketika konflik di Sudan memasuki bulan ke...
Sudan: Lari dari konflik, ratusan ribu berdepan kesusahan dan penyakit di kem sesak di White Nile
Sudan: Lari dari konflik, ratusan ribu berdepan kesusahan dan penyakit di kem sesak di White Nile
Lebih 140,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak Sudan Selatan yang melarikan diri dari Khartoum, baru tiba di negeri White Nile sejak konfli...
Khartoum: Bantuan berdepan bahaya apabila kakitangan Doctors Without Borders berdepan ancaman pukul, ugutan bunuh dan kecurian
Khartoum: Bantuan berdepan bahaya apabila kakitangan Doctors Without Borders berdepan ancaman pukul, ugutan bunuh dan kecurian
Khartoum/Paris, 21 Julai 2023 – Pada petang 20 Julai, empat kakitangan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF serta empat pemandu tra...
Campak di Sudan Selatan: Yang melarikan diri dari konflik Sudan hadapi krisis kesehatan baru
Campak di Sudan Selatan: Yang melarikan diri dari konflik Sudan hadapi krisis kesehatan baru
Tim Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mencatat adanya peningkatan kasus campak dan malnutrisi yang mengkhawatirkan di fasilitas...
Fasiliti Doctors Without Borders dirompak, aktiviti perubatan dihalang keganasan di Sudan
Fasiliti Doctors Without Borders dirompak, aktiviti perubatan dihalang keganasan di Sudan
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mengutuk gangguan yang tidak boleh diterima ke atas kakitangannya serta rompakan dan rampasan...
Sudan: “Di Jebel Marra, kami berdepan kesan tidak langsung peningkatan keganasan yang dahsyat ini"
Sudan: “Di Jebel Marra, kami berdepan kesan tidak langsung peningkatan keganasan yang dahsyat ini"
Sejak keganasan meningkat di banyak bahagian di Sudan pada 15 April 2023, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) terus memberikan ba...

Bagaimana Doctors Without Borders bertindak balas dalam keadaan pertempuran sengit di Sudan?

Sebelum keganasan meningkat pada April, sistem kesihatan sangat tidak stabil, dengan indeks kesihatan rendah dan jurang besar antara bandar serta luar bandar, selain antara yang kaya dan miskin. 

Disebabkan keganasan serta konflik yang berterusan, keadaan ekonomi yang suram, sumber tidak mencukupi, kekurangan bekalan perubatan, kekurangan tenaga profesional perubatan, serta kos penjagaan kesihatan yang tinggi, akses kepada perkhidmatan perubatan asas menjadi masalah yang serius bagi majoriti mereka yang menetap di Sudan. 

Berikut aktiviti baharu sebagai tindak balas kepada peningkatan keganasan semasa: 

  • Di ibu negara Khartoum, pasukan pembedahan bekerja di sebuah hospital di Khartoum selatan, bersama kakitangan perubatan dan sukarelawan Sudan, menyediakan penjagaan kecemasan dan pembedahan. Kami kini beroperasi 24/7. Kami mempunyai dewan bedah serta pasca pembedahan sendiri, kami telah membina unit rawatan rapi. Dan kami bekerja, hari demi hari, bagi meningkatkan kualiti rawatan. Pasukan itu mengendalikan lebih 400 prosedur pembedahan sejak mula bekerja di Bashair Teaching Hospital di Khartoum pada 9 Mei. Doctors Without Borders bekerjasama dengan sukarelawan komuniti - doktor dan jururawat bahkan golongan muda dari kawasan itu dan masyarakat yang sama-sama sepakat untuk cuba menghidupkan semula hospital ini selepas ia ditutup. Kakitangan sudah meninggalkannya demi keselamatan masing-masing. 

  • Meskipun Doctors Without Borders berupaya mendapatkan bekalan perubatan mencukupi untuk menggerakkan Bashair Teaching Hospital buat masa ini, menggunakan stok pra-penempatan di Khartoum dan beberapa sumbangan daripada pihak lain, stok bagaimanapun akan tetap akan habis pada satu ketika. Kargo penghantaran bekalan perubatan dan lain-lain mendarat di Pelabuhan Sudan pada 16 Mei 2023 dan akan dipindahkan ke Khartoum serta kawasan lain di selatan, Wad Madani, di mana pasukan mengoperasikan klinik bergerak untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal. 

  • Di Wad Madani ibu kota Al-Jazeera, kami menyedikan khidmat klinik bergerak untuk mereka yang melarikan diri dari Khartoum dan menyokong kemudahan kesihatan yang menangani kemasukan pesakit. Kami juga mengedarkan barangan kebersihan dan bukan makanan serta makanan ruji di Wad Madani, mengutamakan golongan paling terdedah yang kini berlindung di bangunan awam, dan menjalankan aktiviti WASH. 

  • Di Port Sudan, ibu kota Laut Merah, Doctors Without Borders mula melaksanakan beberapa aktiviti bekalan air, sanitasi dan kebersihan (WASH) di IDP dan tapak pengumpulan lain. Kami sedang memastikan kebersihan tandas, mengangkut air dan mengagihkan barangan kebersihan. Kami juga menyediakan latihan di bilik kecemasan tempatan mengenai MCP dan triage kecemasan 

  • Hospital disokong Doctors Without Borders di El Fasher, Darfur Utara, pada asalnya adalah hospital bersalin tanpa kapasiti pembedahan. Fungsinya disesuaikan dengan segera untuk membolehkan ia menyediakan rawatan trauma penting selepas menerima kemasukan besar pesakit yang cedera. Sejak konflik tercetus pada 15 April, hospital itu menjalankan lebih 600 operasi pembedahan sama ada untuk merawat mereka yang cedera atau wanita yang memerlukan pembedahan obstetrik kecemasan. Sebuah trak Doctors Without Borders yang membawa 10 tan bekalan perubatan untuk Hospital Selatan dan kem Zamzam tiba di El Fasher pada Isnin 15 Mei. 

  

Sumbangan 

  • Sumbangan bekalan perubatan dan bahan api kepada hospital dan kemudahan kesihatan lain di Khartoum, Darfur Utara dan Tengah, Laut Merah, serta di Al-Jazeera (di mana ramai kehilangan tempat tinggal mencari perlindungan), dan kawasan lain telah dan sedang berjalan – sila ikuti akaun Twitter Doctors Without Borders Sudan untuk maklumat terkini mengenai sumbangan https://twitter.com/Doctors Without Borders_Sudan. 

  • Di kawasan Umbada di Khartoum, sumbangan stok ubat, bekalan perubatan, rawatan luka dan kit pediatrik kepada hospital Al Rahji. Sumbangan ini dipindahkan daripada stok Omdurman kami, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari hospital. 

  • Di Zalingei, ibu kota Darfur Tengah, kami menderma bahan api kepada Zalingei Teaching Hospital untuk menggerakkan jana kuasa dan ambulans. 

  • Kami menyumbang bekalan perubatan kepada hospital rujukan pembedahan yang ditetapkan kementerian kesihatan Al-Kamlin di Al-Jazeera.

Selepas rompakan di salah satu gudang perubatan kami di Khartoum peti sejuk dimatikan dan ubat-ubatan dikeluarkan. Keseluruhan rantaian simpanan sejuk terganggu menyebabkan ubat-ubatan rosak dan tidak boleh digunakan untuk tujuan rawat pesakit. Kami tergamam dan terkejut dengan serangan menyedihkan ini. Orang ramai berada dalam keadaan terdesak dan keperluan untuk penjagaan kesihatan adalah kritikal, namun serangan ini menjadikannya lebih sukar bagi pekerja penjagaan kesihatan untuk membantu. Ia tidak masuk akal.
Jean-Nicolas Armstrong Dangelser

Bagaimana Doctors Without Borders membantu pelarian dari Sudan di negara berjiran?

Chad

Dianggarkan lebih 75,000 orang, termasuk pelarian dan warga Chad yang kembali, melarikan diri ke wilayah timur Chad menurut UNHCR - kebanyakannya di wilayah Ouaddai selain di wilayah Sila dan Wadi Fira. Ketiga-tiga wilayah ini menjadi menempatkan sebahagian besar pelarian di Chad, dengan lebih 400,000 pelarian Sudan menetap di timur Chad sebelum keganasan meletus baru-baru ini, selalunya di kem yang sesak dengan kemudahan sanitasi tidak mencukupi serta akses kepada bantuan makanan semakin berkurangan dalam wilayah yang dicengkam ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan kanak-kanak dan wabak berulang yang boleh dicegah. 

Kami kini bekerja di sempadan dengan Sudan, dengan kerjasama pihak berkuasa kesihatan, untuk mengendalikan klinik bergerak, vaksinasi, pemeriksaan kekurangan zat makanan, rujukan dan aktiviti lain di kem pelarian sementara di tempat seperti Koufroun, Borota dan Goungour di wilayah Ouaddaï. Pasukan kami terus menyokong hospital Adre dan tiga pusat kesihatan, di mana kami bekerja sejak 2021, dan di samping itu, baru-baru ini kami memperkukuh kapasiti pembedahan untuk membantu menstabilkan serta merawat mereka yang cedera. Kami merujuk kes yang paling teruk ke Abeche. 

Kami mengendalikan klinik bergerak di wilayah Sila, di tapak penerimaan pelarian di Mogororo dan Anderessa, hanya 500 meter dari sempadan dengan Sudan, dan menyokong pusat kesihatan di kawasan Daguessa. Pasukan kami menyediakan penjagaan perubatan, termasuk rawatan kesihatan reproduktif seksual, pemeriksaan kekurangan zat makanan untuk kanak-kanak bawah usia 5 tahun, serta rujukan kepada penjagaan kesihatan sekunder dan untuk sokongan psikososial. 

Republik Afrika Tengah

Satu pasukan Doctors Without Borders sedang menilai keperluan di wilayah Vakaga bersempadan dengan Sudan, sebagai tindak balas kepada kemasukan pelarian/mereka yang kembali dari Sudan. 

Gesaan penting supaya melindungi orang awam dan pusat kesihatan 

Doctors Without Borders kini menggesa supaya masyarakat awam dilindungi daripada serangan membabi buta dan tidak seimbang yang sedang berlaku. Kami menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik untuk menjamin keselamatan kakitangan perubatan serta pesakit, supaya mereka boleh mengakses kemudahan penjagaan kesihatan tanpa rasa takut dengan risiko kehilangan nyawa. Kami juga meminta semua pihak yang terbabit dalam konflik memastikan semua kemudahan kesihatan - termasuk hospital, klinik, gudang dan ambulans - dilindungi. Ia tidak sepatutnya menjadi sasaran. 

Doctors Without Borders di Sudan menyediakan penjagaan perubatan yang menyelamatkan nyawa dan tidak berpihak kepada semua yang memerlukannya, berdasarkan keperluan perubatan sahaja, namun kini, kami tidak boleh bergerak disebabkan intensiti konflik. Kami mengulangi rayuan kami untuk semua yang terbabit dalam keganasan untuk menghormati kakitangan perubatan, kemudahan kesihatan dan ambulans serta menyelamatkan nyawa masyarakat awam dan petugas kemanusiaan.    

Kecemasan

Bantu kami menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa untuk mangsa keganasan terkini di Sudan serta pesakit kami di lebih 70 negara di seluruh dunia. Sokong kami sekarang dengan melakukan sumbangan.