Kemanusiaan tanpa syarat perlu dipulihkan di Gaza
Pembunuhan orang awam secara beramai-ramai tidak dapat diterima dan ia mesti dikecam dalam apa juga situasi. Keganasan dahsyat telah berlarutan sejak 10 hari lalu.
Ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak sudah terbunuh di Israel.
Ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak sudah terbunuh di Palestin.
Keadaan di Gaza hari ini adalah suatu malapetaka. Hospital dan klinik yang beroperasi sesak dan hampir tidak berfungsi. Mereka kehabisan bekalan elektrik dan perubatan. Pakar bedah di hospital Al-Shifa kini melakukan pembedahan tanpa ubat penahan sakit. Saya sendiri sebagai pakar bedah, tidak dapat membayangkan situasi ini.
Pengeboman di Gaza kini tidak pernah berhenti. Orang ramai dibunuh ketika mereka dipaksa berpindah, mencari keselamatan. Orang ramai terperangkap, tidak dapat melarikan diri, sama sekali tidak ada tempat selamat untuk dituju. Mereka kehilangan keperluan penting - air, makanan, tempat berteduh yang dilindungi, ubat-ubatan.
Ini sukar untuk dibayangkan. Ini tidak berperikemanusiaan.
Asas kemanusiaan perlu dipulihkan di Gaza.
Penduduk Gaza memerlukan tempat yang dilindungi, dan cara untuk sampai ke tempat itu dengan selamat dan tanpa halangan. Mereka yang ingin menyeberangi sempadan ke Mesir harus dibenarkan - dengan pilihan untuk kembali pada masa depan - dan dibantu sewajarnya serta dengan berperikemanusiaan. Orang ramai juga memerlukan air bersih, bekalan elektrik, akses kepada makanan dan penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai.
Laluan Rafah ke Mesir mesti dibuka untuk membolehkan bekalan perubatan dan keperluan dihantar ke Gaza.
Bagi kami, dan semua kakitangan perubatan di Gaza untuk bekerja, kami memerlukan jaminan asas keselamatan.
Meskipun keperluannya sangat mendesak, situasi pengeboman yang meluas dan status mustahil untuk membawa masuk bekalan memaksa kami untuk menangguhkan kebanyakan aktiviti kami. Pasukan kami di dalam dan luar Gaza melakukan yang terbaik untuk bertindak balas.
Sebagai sebuah organisasi perubatan dan kemanusiaan, kami mahu melakukan lebih banyak lagi. Hari ini ia adalah mustahil.
Will you support our emergency response work?
Help us provide lifesaving medical care during emergencies by making a donation today.
Dr Christos Christou adalah Presiden Antarabangsa Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF).