Kaunseling remaja di kawasan terpencil di Indonesia
Sesi kaunseling individu di sudut remaja. © MS/Sept 2019
Stephanie Amalia, atau biasa dikenali Fani, adalah kaunselor-pendidik dari Depok, di Jawa Barat, Indonesia. Fani mula bekerjasama dengan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) di wilayah Banten pada Mei 2018. MSF menjalankan projek kesihatan belia di kecamatan Labuan dan Carita di Kabupaten Pandeglang di Banten.
"Saya adalah kaunselor untuk remaja berusia 10 hingga 19 tahun kerana projek ini menumpukan kepada kesihatan remaja. Dan ini berbeza dengan kaunselor untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Biasanya, perbezaannya adalah pada jenis masalah serta masalah kesihatan mental yang mereka hadapi." kata Fani.
Stephanie Amalia, Kaunselor MSF untuk Projek Kesihatan Kanak-Kanak di Indonesia. © MSF/2020
Program MSF di Indonesia bertujuan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan di kemudahan kesihatan asas, melatih pekerja kesihatan, kaunseling dan memberikan pendidikan kesihatan untuk masyarakat. Fani bekerja dalam situasi sulit bersama remaja yang mengalami masalah hidup. Dia mendengar, memberi empati, mendorong dan memberi kekuatan kepada mereka, sehingga mereka dapat mengatasi masalah dan membuat perubahan dalam hidup mereka. Dia juga melakukan pemantauan susulan terhadap remaja yang dibantu melalui kaunseling.
Pada mulanya, ramai yang sukar untuk menceritakan kisah mereka. Tetapi selepas diberi kaunseling, mereka lebih senang berkongsi cerita, dan kebanyakan menjadi lebih positif. Contohnya, seorang wanita muda yang kehilangan anaknya menderita kemurungan. Setelah menjalani kaunseling, dia dapat kembali bangkit dan meneruskan hidupnya.
Sebagai individu yang membesar dan tinggal di kota besar, berada di Pandeglang adalah pengalaman menarik baginya. Labuan dan Carita hanya sekitar tiga setengah jam dari Jakarta, tetapi kehidupan di sini sangat berbeza. Di jalan utama, ada hotel, restoran dan kedai, tetapi di sebalik jalan yang bergelombang dan melalui hutan-hutan kecil, ada kampung-kampung di mana banyak ramai yang tinggal dalam keadaan menyedihkan.
"Sebagai pendidik-kaunselor, saya tidak hanya duduk di pejabat atau di pusat kesihatan. Saya juga melakukan lawatan dari rumah ke rumah dengan bidan MSF untuk memantau keadaan ibu-ibu remaja yang sedang hamil," kata Fani. "Mereka tinggal di tempat yang berbeza, dengan penerimaan talian telefon yang teruk, jauh dari jalan utama."
Di kampung-kampung, terdapat kemudahan kesihatan yang hanya diuruskan jururawat. Mereka bekerja dengan baik, tetapi disebabkan lokasinya, jururawat cenderung mengunjungi penduduk dengan menunggang motosikal. Ini menjadikan kemudahan kesihatan kosong sepanjang masa.
Kembali kepada waktu tanpa talian telefon
Memandangkan talian telefon kurang baik, seandainya Fani dan pasukan MSF lain ingin mencari jururawat tempatan mereka harus berhenti di setiap rumah untuk bertanya atau melihat apakah jururawat ada memberitahu ke mana destinasi mereka seterusnya. Mereka bahkan meminta penduduk kampung memberitahu jururawat bahawa pasukan MSF mencari sekiranya ada bertemu dengan jururawat tempatan.
“Pengalaman saya mengunjungi desa mengingatkan saya, sekali lagi, bahawa Indonesia sangat besar. Ada banyak perkara perlu ditangani.” Keadaan ini membuatnya lebih menghargai kerja keras mereka yang sanggup bekerja di kawasan terpencil.
Kepuasan hasil perubahan kecil
Walaupun begitu, Fani yakin MSF dan pasukan kemudahan kesihatan yang dibantu telah membawa perubahan melalui unit perkhidmatan untuk belia. MSF membantu dua klinik kesihatan untuk mula menyediakan perkhidmatan kesihatan remaja sejak 2018. "Kami telah melakukan latihan dan bimbingan. Jadi pada tahun 2021, kami akan melihat pengajaran yang telah kami timba dan kemudian mula memindahkan kawalan terhadap sistem yang telah dibangunkan kepada klinik kesihatan. Ini semua berkaitan peningkatan keupayaan, baik dalam kalangan remaja itu sendiri dan antara kakitangan kesihatan yang pernah bekerja dengannya. Apabila MSF pergi, mereka boleh menjalankannya sendiri," kata Fani.
Kumpulan sokongan ibu muda di Carita. Aktiviti kolaborasi antara bidan dan kaunselor untuk membantu remaja hamil. © MSF/Feb 2020
Refleksi diri
Bagi Fani, apa yang dilakukannya hanyalah berbual dan mendengar. Tetapi melalui perkara sekecil ini, dia dapat menolong orang lain. Perubahan hidup positif mereka membuat Fani merasa puas dengan pekerjaannya.
"Saya lebih bersyukur. Dan ia juga membuatkan saya kembali sedar bahawa semua masalah ada jalan keluar. Cumanya ia memerlukan bantuan seseorang untuk membuka mata supaya dapat melihat jalan keluar daripada masalah itu."
Pendidikan kesihatan mental remaja di sekolah menengah. © MSF/Oct 2018
Stephanie "Fani" Amalia is a counsellor-educator from Depok, in West Java, Indonesia. Fani started working with Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) in Banten province in May 2018. MSF runs youth health projects in the Labuan and Carita sub-districts of Pandeglang Regency in Banten.