Skip to main content

Di Lubnan, MSF menyediakan penjagaan di tengah krisis yang bertindih

An MSF health promoter and an MSF nurse in the streets of Beirut, Lebanon

Dayana Tabbarah, penganjur kesihatan MSF dan Hala Hussein, jururawat MSF, di laluan sekitar kem Burj al-Barajneh di Beirut. Bersama-sama, mereka mengunjungi rumah pesakit yang bersetuju menyertai usaha perlindungan yang baru-baru ini dilaksanakan MSF di kem itu. © Diego Ibarra Sánchez 

Sistem kesihatan awam lemah, yang sememangnya berdepan kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan lain disebabkan krisis kewangan, turut berjuang untuk mengatasi peningkatan jumlah kes COVID-19, yang meningkat daripada kurang 200 kes sehari sebelum meletus kepada kira-kira 1,500 kes sehari pada Disember 2020. Sehingga kini, lebih 199,000 kes dilaporkan. 

An MSF nurse is measuring a patient's blood pressure level

Hala, jururawat MSF, mengukur tahap tekanan darah Mousera sebagai sebahagian prosedur biasa semasa lawatan perlindungan. Mousera, wanita Lubnan berusia 73 tahun, menderita darah tinggi, asma dan sakit belakang, serta dianggap berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Dia tinggal sendirian di rumahnya di kem Burj al-Barajneh, Beirut. © Diego Ibarra Sánchez 

Sejak Ogos 2020, MSF mempertingkatkan usaha untuk mendepani tindak balas pandemik COVID-19 di Lubnan dan menyokong sistem kesihatan nasional dalam menangani wabak terbabit. Organisasi ini buat sementara waktu menjadikan hospitalnya di Bar Elias di Lembah Bekaa, sebagai fasiliti untuk COVID-19 dan menyokong pusat pengasingan di Sibline, di selatan negara itu. 

Terselamat daripada letupan 

Thérèse, berusia 85 tahun, tinggal di Karantina, sebuah kawasan berhampiran pelabuhan Beirut yang terjejas teruk akibat letupan besar pada 4 Ogos 2020. Walaupun hanya cedera ringan, pangsapurinya mengalami kerosakan dalam letupan itu. Mesin jahitnya rosak, menghalang satu-satunya pekerjaan yang menjadi sumber pendapatannya. 

Thérèse, aged 85, lives in Karantina, Beirut

© Karine Pierre/Hans Lucas

"Letupan itu menghancurkan semua tingkap di pangsapuri saya. Saya berada di balkoni ketika ia berlaku dan terjatuh ke lantai. Kepala saya berdarah dan kaki pula tercedera kerana gelas yang bertaburan pecah. Kesan terjatuh juga memburukkan lagi sakit belakang saya. Beberapa rak dan katil saya pecah. Inilah sebabnya saya tidur pada sofa di ruang tamu sekarang dan bilik tidur digunakan untuk menyimpan semua perabot yang rosak. Saya menjahit langsir baharu dengan tangan menggunakan kain lama untuk menggantikan yang musnah." 

Sejak itu, bekas tukang jahit ini banyak bergantung kepada solidariti masyarakat dan bantuan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan asasnya. "Saya masih menjahit kecil-kecilan sebelum letupan, walaupun mengalami sakit belakang dan penglihatan juga makin berkurang. Saya ada simpanan dan menerima bantuan tunai daripada organisasi antarabangsa. Sebuah persatuan tempatan juga ada menghantar kotak makanan beberapa kali dalam seminggu. Saya hampir tidak dapat berjalan dan jarang keluar, tetapi jiran banyak membantu saya. Beberapa bekas pelanggan juga ada berkunjung dari semasa ke semasa untuk melihat keadaan saya. Secara keseluruhan, saya berupaya mengharunginya. " 

Letupan yang berlaku bukanlah satu-satunya cabaran dihadapi Thérèse. “Doktor dari Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) yang berkunjung memaklumkan saya menghidap diabetes. Saya tidak pernah menghidap diabetes sebelum ini. Hipertensi saya juga meningkat akhir-akhir ini. Saya rasa ini semua berkaitan dengan letupan. Saya sangat berhati-hati untuk mengambil ubat setiap hari dan makan dengan sihat kerana saya tidak dapat membayar kos hospital jika menghadapi masalah perubatan serius. " 

Namun, dia masih berharap. "Ini masa yang cukup getir bagi semua orang, tetapi saya sudah tua dan merasakan saya telah menjalani kehidupan yang baik. Bagaimanapun untuk generasi muda, saya tidak tahu apa yang akan berlaku ... Kita perlu untuk terus yakin. " 

Penjagaan ketika krisis 

Doktor Filipina, Karina Aguilar, antara yang bekerja di Lubnan khususnya di Bar Elias dan merawat pesakit seperti Thérèse. Karina adalah Pengurus Kegiatan Perubatan hospital di Bar Elias, dan menggambarkan tugas yang mereka lalui. "Hospital Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) di Bar Elias digunakan untuk melakukan pembedahan yang tidak mendesak seperti untuk hernia, buasir dan sista, selain pembedahan ginekologi, rawatan pasca luka seperti kecederaan kaki yang berkaitan dengan diabetes dan luka akibat ulser. " 

“Pada pertengahan September 2020, kami mengubah aktiviti untuk membantu menangani peningkatan kes COVID-19 di Lebanon dan kini menguruskan operasi sebuah hospital dengan 20 katil menempatkan pesakit COVID-19. Kami mempunyai lima katil di ICU dan 15 katil untuk bahagian pesakit dalam. Sebagai tambahan kepada rawatan perubatan, MSF menyediakan perkhidmatan fisioterapi dan kesihatan mental untuk semua pesakit COVID-19. Pasukan promosi kesihatan juga meningkatkan kesedaran tentang pencegahan, perlindungan dan tanda bahaya berkaitan COVID-19. 

Dengan pandemik, krisis ekonomi dan letupan yang berlaku, kelihatan begitu banyak sekali pesakit di hospital. Dia masih ingat, "Pada awal projek di Bar Elias pada 2017, mereka yang sering datang untuk mendapatkan bantuan perubatan adalah pelarian Syria dan Palestin, selain pekerja migran, baik yang tinggal di daerah sekitarnya atau yang dirujuk kepada kami oleh struktur kesihatan lain di negara ini. Tetapi sekarang dengan krisis ekonomi di Lebanon, semakin ramai memerlukan pertolongan kita kerana ramai termasuk dalam populasi Lubnan sendiri, tidak mampu untuk membiayai penjagaan perubatan. Buktinya sekarang, dengan COVID-19. Saya menemui pelbagai jenis orang: orang Lubnan, Syria, Palestin, yang kaya, miskin, kelas menengah dan lain-lain. Kebanyakan mereka takut kehilangan orang yang mereka sayangi, dan tidak dapat menziarahnya kerana pelawat tidak dibenarkan masuk ke hospital. Kami meyakinkan mereka bahawa kami akan melakukan segala yang mungkin dan pasukan kami akan memaklumkan kepada keluarga perkembangan terkini setiap hari mengenai status pesakit. Pesakit kami sering merasa terpencil dalam bilik dan mereka dikunjungi pasukan kesihatan mental kami setiap hari, untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian. " 

Karina sudah berkhidmat dengan MSF sejak 2012. Walaupun keadaannya suram, Karina, seperti Thérèse penuh berharap. “Saya percaya setiap manusia berhak mendapat rawatan perubatan dan pembedahan berkualiti. Dengan MSF, saya dapat merawat pesakit yang sangat memerlukannya, tanpa sedikit pun kompromi dengan aspek kualiti. Saya sudah pergi ke tempat yang orang tidak pernah terfikir akan pergi, memberikan rawatan kesihatan kepada mereka yang sanggup berjalan kaki berhari-hari hanya untuk berjumpa doktor. Ini penting terutama kini, ketika pandemik menular, dan lebih-lebih lagi di negara yang berada di tengah krisis ekonomi. Saya gembira memikirkan bahawa mereka yang dalam keadaan normal, mungkin akan mati di rumah kerana tidak mampu mendapatkan rawatan untuk COVID-19, berpeluang dirawat di hospital kami secara percuma." 

Tambahnya, "Melihatkan wajah pesakit kami ketika mereka keluar dan ucapan penghargaan atas khidmat kami, satu perasaan yang sangat luar biasa." 

Karina Marie Aguilar
Anesthesiologist

Karina Marie Vera Aguilar has been working with Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) since 2012. She has worked in projects from Pakistan and Yemen to Haiti and Afghanistan. In 2020 she finished her mission for Doctors Without Borders Bamenda project in Cameroon, where she served as Medical Activity Manager. After that, she worked in Lebanon.