Mencapai ribuan hanya dengan satu klik: Bagaimana Rohingya membantu membimbing kesedaran COVID-19
Sebuah tangkap layar dari siaran MSF untuk R-vision @ R-vision/MSF
Saya tiba di Malaysia sebagai pengurus advokasi Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) pada November 2019, kira-kira dua bulan sebelum COVID-19 mula mencengkam dunia.
Dalam projek kami di utara negara ini, kami menyediakan penjagaan kesihatan kepada pelarian dan pencari suaka, khususnya daripada etnik Rohingya.
Apabila pandemik sampai ke Malaysia, kami melihat betapa tidak seimbangnya komuniti ini. Ramai teragak-agak tampil menjalani ujian COVID-19 berdasarkan stigma dan takut ditangkap serta ditahan ketika mendapatkan rawatan kesihatan. Pelarian berjuang untuk menyediakan makanan untuk keluarga kerana mereka kehilangan pendapatan tidak tetap akibat sekatan berkaitan koronavirus. Selain itu, mereka sebahagian besarnya terkeluar daripada kempen maklumat mengenai COVID-19.
Kita harus kreatif mencari jalan untuk memberikan sokongan dan memastikan maklumat mengenai COVID-19 sampai kepada mereka.
Terima kasih kepada komuniti Rohingya sendiri, kami menemui jalan penyelesaian.
Malaysia tidak secara rasmi mengiktiraf status pelarian dan belum menandatangani Konvensyen Pelarian 1951. Akibatnya, pelarian dan pencari suaka sangat bergantung kepada NGO dan orang ramai untuk mendapatkan sokongan dan penjagaan kesihatan.
Namun, ketika awal pandemik, banyak pesakit kehilangan akses kepada rawatan kesihatan kerana mereka tidak dapat ke klinik kami berikutan kawalan pergerakan dan sekatan jalan raya yang dijalankan.
Ini mengundang masalah lain. Pasukan perubatan kami telah mula memberikan pendidikan kesihatan berkaitan COVID-19, tetapi kami bimbang ramai yang tidak dapat kami sampaikan maklumat penting ini.
Pada mulanya, strategi kami banyak bergantung kepada pada poster dan mesej suara yang dikongsi melalui aplikasi berasaskan mesej, yang juga digunakan oleh banyak organisasi lain, tetapi tidak mencukupi.
Pertanyaan kami kepada masyarakat ini, tidak banyak nampaknya menyedari mesej kami.
Masalah
Kita perlu memahami mengapa pendekatan kita tidak berkesan. Mengapa mesej kami tidak sampai kepada masyarakat seperti yang kami harapkan?
“Kami mendapat tahu bahawa mereka tidak begitu mempercayai pesanan suara. Ia boleh datang daripada mana-mana dan sesiapa sahaja, bukan hanya NGO, dan kadang-kadang maklumat itu bercanggah. “
Sebagai pasukan berasaskan kemanusiaan, kami berusaha memahami keperluan dan kebimbangan masyarakat ini serta halangan terhadap penjagaan kesihatan yang mereka hadapi. Ini membantu kita memperjuangkan akses untuk mendapatkan rawatan dan perlindungan perubatan yang penting. Kami mendapat maklumat terus daripada komuniti. Oleh itu, kami mempertingkatkan usaha tinjauan dan pengambilan testimoni.
Lantas, kami memutuskan untuk menyokong pasukan perubatan dan dalam usaha bersama, kami melancarkan tinjauan dalam kalangan pesakit Rohingya dan komuniti lebih luas untuk memahami lebih baik bagaimana dapat sampai kepada mereka dan dari mana mereka mendapat maklumat.
Hilang kepercayaan
Kami mendapat tahu masyarakat tidak begitu mempercayai kebanyakan pesanan suara. Mereka datang dari mana-mana dan sesiapa sahaja, bukan hanya NGO, dan kadang-kadang maklumat itu bercanggah.
Masyarakat tidak pasti apa hendak dipercayai. Dan ketika ada sesetengah menerima terlalu banyak mesej, ada pula yang langsung tidak menerima sebarang maklumat.
Potensi penyelesaian?
Sekarang masyarakat telah membantu kami memahami masalahnya, jadi apakah penyelesaiannya?
Ramai yang kami temui dalam tinjauan mengesyorkan supaya kami menyalurkan maklumat meneruis R-vision, rangkaian media dalam talian menggunakan bahasa Rohingya. Kami memutuskan untuk berhubung melalui R-vision untuk mengetahui lebih lanjut.
Sebuah episod kesedaran COVID-19 yang dirakamkan untuk R-vision @ MSF/R-vision
R-vision menjangkau masyarakat Rohingya di seluruh dunia melalui YouTube dan Facebook. Kirimannya dilihat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Arab Saudi, Myanmar dan juga kem di Bangladesh, di mana walaupun terdapat sambungan internet sering terputus, orang memuat turun video mereka dan saling berkongsi.
Dalam tinjauan, kami bertanya kepada komuniti itu apa yang mereka ketahui mengenai virus tersebut dan apakah ada sesuatu yang mereka bimbangkan. Berdasarkan input diterima, kami memutuskan untuk membuat empat video pendidikan kesihatan mengenai COVID-19 dalam bahasa Rohingya, yang kemudian akan kami sampaikan melalui R-vision.
Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) ke udara
Kami berjaya menyiapkan video berkat peranan penting sukarelawan Rohingya kami di Malaysia, yang menghabiskan berjam-jam menterjemahkan skrip dan berlatih sebagai ‘penyampai berita’ kami di depan kamera.
Liputan kami termasuk langkah pencegahan COVID-19, menjelaskan mengenai cucian tangan, pengasingan dan bagaimana menghasilkan pelitup muka sendiri. Kami juga dedikasikan video untuk kesihatan mental, yang mencerminkan bagaimana untuk saling menyokong semasa wabak.
“Jelas sekali kita harus mendengar nasihat daripada masyarakat yang kita cuba bantu. Mereka tahu apa jurang pengetahuan, apa keperluannya dan bagaimana untuk sampai kepada komuniti mereka.“
Kami membina ‘studio’ kami sendiri di rumah rakan sekerja dengan juruvideo tempatan. Dengan disokong pejabat MSF di Amsterdam, kami juga menghasilkan gambar dan piktogram.
Untuk setiap video, kami dapatkan maklum balas pesakit kami untuk memastikan bahawa apa yang di jelaskan masuk akal bagi mereka.
Impak sebenar
Pada September, video kami disiarkan melalui R-vision. Setiap minggu kami melihat bagaimana jumlah tontotan meningkat di YouTube.
Mula-mula ia mencapai 5,000 tontonan, lebih kurang seperti apa yang kita harapkan.
Namun kemudian ia meningkat kepada 10,000, dan akhirnya 25,000 tontonan. Nombor ini tidak termasuk paparan luar talian - di mana ada yang memuat turun video dan berkongsi dengan cara itu.
Video dikongsi secara meluas. Kami bahkan melihat organisasi lain menggunakannya di kem pelarian di Bangladesh untuk tujuan pendidikan kesihatan.
Penyediaan studio sementara. © MSF
Dalam komen di YouTube, komuniti Rohingya memberitahu kami bagaimana mereka akan menggunakan apa yang telah mereka pelajari untuk melindungi diri. Mereka juga bertanya kepada kami jika dapat membuat lebih banyak video mengenai topik lain.
Berdasarkan cadangan mereka, kami sedang melihat untuk mengembangkan siri video lain awal tahun depan.
Apa yang dipelajari
Kami berharap kempen ini berjaya, namun hasilnya lebih baik daripada yang dijangka.
Pasukan kami di Malaysia bangga dan gembira kerana begitu banyak yang dapat menonton video kami dan dimaklumkan mengenai COVID-19. Sukarelawan kami dalam video juga mendapat pesanan daripada masyarakat dan permintaan Facebook dari seluruh dunia.
Saya rasa ini jelas menunjukkan bahawa kita harus selalu mendengar nasihat masyarakat yang cuba kita sokong. Mereka tahu apa jurang pengetahuan, apa keperluannya dan bagaimana menjangkau komuniti mereka.
Dalam projek masa depan, kami akan lebih banyak berunding dengan mereka, dan meminta maklum balas mengenai apa yang sudah kami lakukan. Ini akan membantu menjadikan perkhidmatan kita lebih baik.
Bekerja bersama
Dalam berita antarabangsa, tidak banyak dapat dibaca atau dengar mengenai Rohingya di Malaysia. Sebilangan besar cerita dan laporan adalah mengenai Negara Rakhine di Myanmar, mengenai kes pembunuhan Rohingya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, atau mengenai kem pelarian terbesar di dunia, Cox’s Bazar di Bangladesh.
Namun, terdapat antara 100,000 hingga 200,000 Rohingya di sini. Ramai sampai ke Malaysia selepas menempuh perjalanan panjang dengan kapal kecil merentasi Laut Andaman. Walaupun kehidupan sehari-hari sangat berbeza dengan tinggal di kem pelarian, masih banyak sokongan diperlukan.
Komuniti terpinggir seperti Rohingya di Malaysia selalunya paling rentan dalam krisis, sebab itulah mereka sering menjadi tumpuan dalam tugasan MSF.
Pada masa COVID-19, sangat penting untuk kita tidak melupakannya, dan memastikannya termasuk dalam tindak balas kesihatan awam untuk melawan wabak tersebut.
Seperti ditunjukkan projek ini, sebuah organisasi seperti MSF dapat membawa sumber, tetapi menggabungkannya dengan pengetahuan pakar daripada komuniti itu sendiri membantu memastikan usaha kita membawa kesan sebesar mungkin.
Elko Brummelman is currently on assignment as Advocacy Manager with MSF in Malaysia.
Previously, he worked in MSF's office in Amsterdam. Before joining MSF he worked with organisations focusing on inclusive approaches for the humanitarian sector and community engagement.