Skip to main content

Myanmar: Meningkatkan kesedaran tentang keganasan seksual dan akses penjagaan kesihatan melalui promosi kesihatan digital

Doctors Without Borders Health Promotion Supervisor delivers sexual and reproductive health education lessons to patients at a new sexual reproductive healthcare clinic in the Bhamo area of Kachin state. Myanmar, August 2023. © Zar Pann Phyu/MSF

Penyelia Promosi Kesihatan Doctors Without Borders menyampaikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif kepada pesakit di klinik penjagaan kesihatan reproduktif seksual baharu di kawasan Bhamo di Kachin. Myanmar, Ogos 2023. © Zar Pann Phyu/MSF

Konflik bersenjata lebih menjejaskan wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk menyebabkan mereka berdepan risiko lebih tinggi terhadap keganasan seksual dan keganasan berasaskan jantina. Wanita dan kanak-kanak perempuan yang dipindahkan secara paksa juga lebih berkemungkinan mengalami keganasan pasangan intim. Kedua-duanya adalah realiti yang melanda wanita dan kanak-kanak perempuan di Myanmar, yang mana baru-baru ini disenarai pada kedudukan 165 daripada 177 pada indeks kesihatan dan keselamatan global wanita.

Peningkatan konflik baru-baru ini di Myanmar membawa kepada gelombang baharu penghijrahan pelarian dalaman, penambahan lebih 200,000 kepada jumlah yang sudah sedia tinggi, serta menghalang ramai wanita daripada mendapatkan perkhidmatan dan maklumat penting berkaitan kesihatan seksual, keganasan pasangan seksual dan intim, keganasan berasaskan jantina dan kehamilan. Wartawan tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa seorang wanita hamil di Rakhine meninggal dunia sebelum sempat ke hospital selepas ditahan di pusat pemeriksaan tentera.

Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan terhadap Wanita pada 25 November menandakan permulaan 16 hari aktivisme menentang keganasan berasaskan jantina, kempen PBB dan masyarakat sivil yang dirangka untuk meningkatkan kesedaran dan merangsang usaha menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia. Semasa kempen itu, Doctors Without Borders Myanmar akan meningkatkan kesedaran mengenai kempen promosi kesihatan digital baharunya yang disediakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan kesihatan akibat keganasan pasangan seksual dan intim, serta untuk membantu mangsa terselamat daripada keganasan itu untuk mengakses klinik Doctors Without Borders yang menyediakan rawatan perubatan dan saluran kepada perkhidmatan psikososial.

Konflik bukan sekadar menghalang pesakit daripada mengakses penjagaan kesihatan, malah menyukarkan kakitangan Doctors Without Borders untuk sampai kepada pesakit yang paling memerlukan dan memberikan penjagaan dalam komuniti. Malah pekerja kesihatan yang tinggal dan bekerja dalam komuniti tidak selalu dapat sampai kepada mereka yang berada di lokasi paling jauh di kawasan projek kami, di mana sedikit sahaja kesedaran wujud bahawa keganasan pasangan seksual dan intim mendatangkan kesan teruk kepada kesihatan, serta penjagaan untuk isu ini tersedia bersama Doctors Without Borders.

Seorang jururawat yang terbabit dengan penjagaan keganasan pasangan seksual dan intim kami di Shan, May Phyu* berkata: “Pesakit mempunyai pengetahuan sangat terhad tentang [SV-IPV]. Beberapa orang didera setiap hari tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka didera. Hanya segelintir pesakit datang sendiri ke klinik, kerana mereka tahu mereka memerlukan rawatan perubatan selepas melalui keganasan seperti itu.”

Sentimen ini dissokong penyelia program tindak balas keganasan seksual Doctors Without Borders di Rakhine yang menyatakan bahawa terdapatnya satu bentuk kepercayaan, terutamanya berkaitan keganasan pasangan intim, bahawa ia suatu yang "biasa".

Untuk menggalakkan pesakit mendapatkan bantuan fizikal dan psikososial bagi keganasan pasangan seksual dan intim, pasukan kami perlu menerangkan terlebih dahulu mengenai perkara itu dan meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kesan kepada kesihatan, rawatan yang tersedia dan cara menghubungi perkhidmatan Doctors Without Borders services.

Bercakap tentang pendidikan kesihatan [HE], kami mengedarkan risalah, dan bagi sesetengah yang tidak boleh membaca, kami menganjurkan sesi HE dalam komuniti. Bagaimanapun, saya fikir prevalennya kurang di media sosial. Sekarang ini, semua orang menggunakan telefon bimbit, dan alangkah baiknya jika kita juga boleh berkongsi pendidikan kesihatan tentang (SV-IPV) melalui media sosial.
May Phyu*, jururawat

Penggunaan Internet di Myanmar meningkat mendadak dalam tempoh sepuluh tahun lalu, meningkat daripada 908k pengguna kepada 23.9 juta, dengan 15 juta pengguna media sosial aktif, kebanyakannya di Facebook.

Tambahan pula, meskipun kedudukan keseluruhannya kurang baik dalam indeks 'Wanita, Keamanan dan Keselamatan' terkini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan wanita di Myanmar meningkat daripada 67.3% pada 2017 kepada 90% yang mana ia jauh lebih tinggi daripada beberapa negara jiran seperti Laos, Kemboja dan Bangladesh masing-masing pada kadar 81%, 79% dan 75%.

Doctors Without Borders sedang memanfaatkan trend ini dengan menggunakan Facebook untuk menyebarkan pendidikan kesihatan dan kesedaran tentang kesihatan reproduktif wanita dan keganasan pasangan seksual dan intim. Kempen Doctors Without Borders Myanmar juga akan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan Doctors Without Borders dan membolehkan orang ramai mencari klinik terdekat dengan mereka, dengan sasaran untuk menjangkau mereka di zon konflik aktif.

Dari semasa ke semasa, projek itu akan menggunakan perkhidmatan mesej sebagai medium untuk menghubungkan pesakit secara terus kepada penyedia penjagaan kesihatan dalam talian.

A patient attends the new clinic in Bhamo, Kachin state to receive antenatal care throughout her second pregnancy. Myanmar, August 2023.

Seorang pesakit hadir ke ke klinik baharu di Bhamo, negeri Kachin untuk mendapatkan penjagaan antenatal bagi kehamilannya yang kedua. Myanmar, Ogos 2023. © Zar Pann Phyu/MSF

Pendekatan berasaskan komuniti

Meskipun Facebook dan perkhidmatan pendidikan kesihatan dalam talian Doctors Without Borders tersedia secara meluas, laluan kami masih jauh dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian penjagaan di negara yang pergerakannya sangat terhad dan berbahaya. Dr Noor Rijnberg, pelaksana kesihatan reproduktif seksual, menggambarkan visi pasukan SV-IPV di Myanmar sebagai “untuk mendekatkan penjagaan kepada orang ramai dan dengan cara itu memastikan penjagaan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan yang tidak mempunyai akses boleh, selain mengadaptasi program supaya bersesuaian dengan cara terbaik komuniti boleh menerima penjagaan."

Di semua tapak kliniknya di Myanmar, Doctors Without Borders menjalankan perkhidmatan untuk kesihatan reproduktif seksual dan mangsa yang terselamat daripada keganasan pasangan seksual dan intim. Di bandar Bhamo, baru-baru ini kami telah membuka klinik baharu, khusus untuk kesihatan seksual dan reproduktif serta keganasan seksual dan keganasan pasangan intim, bagi menangani bilangan tinggi tahap keperluan yang tidak dipenuhi, terutama dalam kalangan mereka yang dipindahkan di kawasan itu.

Pelaburan mampan seperti ini lebih penting berbanding sebelum ini untuk menangani keganasan pasangan seksual dan intim di tengah-tengah kesan berterusan daripada pelbagai krisis di Myanmar.