Skip to main content

Indonesia: Selepas empat tahun, projek kesihatan remaja lestari Doctors Without Border diserahkan kepada komuniti

Training on adolescent reproductive health

Projek kesihatan remaja Doctors Without Borders di Indonesia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti, serta akses untuk remaja kepada perkhidmatan kesihatan yang disasarkan, termasuk promosi kesihatan dan sesi pendidikan. Pembinaan kapasiti antara aktiviti dalam projek ini, dan pekerja kesihatan dilatih mengenai topik kesihatan reproduktif seksual remaja. 21/4/2022 © MSF 

Program ini memberi tumpuan kepada pembinaan hubungan komuniti tempatan dengan penyedia perkhidmatan kesihatan, pada masa sama mengukuhkan hubungan antara pusat kesihatan, dan sekolah awam serta swasta tempatan. Matlamat utama adalah untuk terus meningkatkan kualiti, dan akses buat remaja kepada perkhidmatan kesihatan disasarkan, termasuk promosi kesihatan dan sesi pendidikan. Sebagai sebahagian daripada projek, pasukan terbabit menyokong kakitangan pusat kesihatan tempatan dalam menjalankan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (AFCS) dan mengendalikan pembinaan kapasiti melalui bimbingan dan latihan. Apabila Doctors Without Borders sudah tiada, masyarakatlah yang akan mengambil alih tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Walaupun terpaksa menyesuaikan aktiviti kesihatan remaja kami kerana tsunami 2018 dan terkini pandemik COVID-19, kami berbangga dengan apa yang dicapai pasukan, dan teruja melihat masyarakat mengambil alih perkara ini. Masih banyak perlu dilakukan untuk kesihatan remaja di Indonesia, namun sebagai MSF kami sudah mencapai tahap di mana kami boleh mengalihkan perhatian kami kepada keperluan lain.
Walter Lorenzi, Ketua Misi

Sistem kesihatan selalunya direka bentuk untuk memenuhi keperluan masyarakat dewasa namun tidak selalunya mencukupi untuk memenuhi keperluan kesihatan remaja, terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan yang rentan dan terpinggir. Keperluan ini boleh termasuk kesihatan seksual dan reproduktif, HIV, ketagihan, kesihatan mental dan penyakit tidak berjangkit.

Doctors Without Borders percaya menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk remaja bermakna melibatkan mereka dengan cara yang bermakna, dan ini dilakukan di Indonesia melalui pendekatan berasaskan rakan sebaya. Contohnya, Doctors Without Borders menyokong penubuhan tujuh sudut belia komuniti di Banten yang kini semuanya diurus dan dikendalikan sukarelawan kesihatan remaja dengan sokongan pihak berkuasa komuniti. Sudut belia ini sering dikunjungi lebih 4,000 remaja dan menawarkan perkara seperti kelas muzik, sukan, lukisan dan perpustakaan. Semua venue ini juga digunakan untuk menghubungkan remaja dengan penyedia perkhidmatan kesihatan.

AH project in Indonesia 1

Projek kesihatan remaja Doctors Without Borders di Indonesia menumpukan kepada peningkatan kualiti dan akses untuk perkhidmatan kesihatan disasarkan, termasuk promosi kesihatan dan sesi pendidikan. Di Provinsi DKI Jakarta, Doctors Without Borders menubuhkan program Posyandu Remaja (klinik kesihatan bersepadu remaja) UKS (unit kesihatan sekolah) di sekolah tidak formal pada 2020. Walaupun ia ditangguhkan akibat COVID-19, pasukan berjaya meneruskan aktiviti itu pada 2022.

Kelihatan seorang doktor dari Doctors Without Borders mengawasi salah seorang remaja yang mengambil tekanan darah21/8/2022 © MSF

Adolescent Health project activities in school

Projek kesihatan remaja di wilayah Banten dan DKI Jakarta memfokuskan kepada membina hubungan masyarakat tempatan dengan penyedia perkhidmatan kesihatan, serta mengukuhkan hubungan antara pusat kesihatan dan sekolah awam serta swasta tempatan. Ia salah satu aktiviti sekolah. Seorang pelajar Sekolah Rendah Negeri 2 Mukim Rangkasbitung, Daerah Lebak, Provinsi Bantern, sedang memeriksa kesihatan rakan sebayanya. 09/12/2022 © Sania Elizabeth/MSF

adolescent health project in community

Siskha Ekawati, bidan dari pusat kesihatan Rangkasbitung menjelaskan bahawa remaja terlatih itu semakin yakin sejak terbabit dalam perbincangan bersama pihak berkuasa berhubung projek kesihatan remaja. 09/12/2022 © Sania Elizabeth/MSF

Siswidi Yatnila, ketua kampung Rangkasbitung Barat, mukim Rangkasbitung, daerah Lebak, wilayah Banten berkata,

“Kami menerima manfaat daripada intervensi Doctors Without Borders dan sebagai contoh remaja semakin yakin bercakap di hadapan forum besar. Walaupun Doctors Without Borders telah selesai dengan projeknya, kami akan terus menggerakkannya dengan semua pihak masing-masing seperti bidan kampung, bidan dari puskesmas (pusat kesihatan masyarakat), serta pihak berkuasa lain.”

Siswidi juga memaklumkan bahawa kampung itu dijanjikan komitmen daripada mukim bahawa ia akan terus menyokong aktiviti terbabit di masa hadapan

Pencapaian

Antara 2018 hingga penghujung 2022, Doctors Without Borders menyokong enam klinik kesihatan komuniti, termasuk melalui rujukan, menyediakan sokongan logistik dalam bentuk kerja pemulihan kecil, dan menderma ubat-ubatan serta bekalan lain. Lebih 2,240 remaja menerima manfaat daripada perkhidmatan kaunseling, 1,271 remaja telah disaring dalam komuniti dan dirujuk ke klinik untuk rawatan lanjut, dan lebih 720 sesi pendidikan kesihatan dijalankan menjangkau hampir 45,000 orang muda. Daripada sesi berkenaan, 62 peratus diketuai oleh sukarelawan kesihatan (kader) yang disokong Doctors Without Borders.  

Elemen penting projek sebegini ialah golongan muda itu sendiri, begitu juga komuniti yang menyokong mereka, yang begitu gigih sekali terbabit. Rita Rahmawati, antara pelajar Sekolah Menengah 1 Jawilan berkongsi pendapatnya,

“Banyak faedah ketika terbabit dengan pasukan Doctors Without Borders, dan saya sendiri semestinya banyak belajar. Kami menerima latihan kaunseling dan kini saya boleh mengendalikan kaunseling rakan sebaya. Dan semua aktiviti sentiasa menyeronokkan serta menarik."

Categories