Gaza: Penduduk kehilangan tempat tinggal yang dipaksa mengosongkan hospital Nasser tiada tempat lain untuk dituju
Beratus-ratus orang berkhemah di tempat perlindungan sementara di selatan Gaza. Wilayah Palestin, November 2023. © MSF
Pada 13 Februari, jentolak tentera Israel memusnahkan pintu utara kawasan hospital dan mengarahkan pelarian keluar melaluinya. Kakitangan perubatan dan pesakit diberitahu bahawa mereka boleh tinggal di hospital dengan dihadkan seorang penjaga bagi setiap pesakit. Kakitangan MSF masih berada dalam bangunan itu dan terus merawat pesakit meskipun dalam keadaan hampir mustahil.
Selepas berminggu-minggu pertempuran hebat berhampiran hospital Nasser, kakitangan perubatan, pesakit dan mereka yang berpindah mendapati diri masing-masing terperangkap dalam kawasan itu dengan akses kepada bekalan penting yang sangat sedikit. Ramai yang tercedera akibat pengeboman kuat di Khan Yunis juga tidak dapat sampai ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Menurut maklumat yang diterima pasukan MSF, dalam beberapa hari lalu sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan sepuluh yang lain cedera selepas tembakan dilepaskan ke arah hospital.
Orang ramai dipaksa berada dalam situasi yang mustahil: berada di hospital Nasser yang mana ia bertentangan dengan a Israel dan menjadi sasaran serangan, atau keluar dari kawasan itu ke landskap apokaliptik di mana pengeboman dan perintah pemindahan menjadi sebahagian kehidupan seharian. Hospital perlu dianggap sebagai tempat yang selamat dan tidak seharusnya ada arahan pemindahan sekalipun.Lisa Macheiner,penyelaras projek di Gaza
Kebanyakan mereka yang kehilangan tempat tinggal yang berada di hospital Nasser kini sudah pergi dan ribuan penduduk Gaza sekali lagi mendapati diri mereka tiada tempat untuk dituju. Orang ramai tidak boleh kembali ke bahagian utara Gaza yang sebahagian besarnya musnah disebabkan pusat pemeriksaan menyekat barangan dan orang ramai untuk sampai ke sana. Di selatan, Israel melakukan serangan udara dan mengumumkan serangan darat yang meluas ke atas bandar Rafah yang kini menempatkan 1.5 juta orang.
“Orang ramai bertanya kepada kami ‘Di tempat manakah yang selamat? Ke mana kami harus pergi?’ namun tiada jawapan untuk itu, dan ia benar-benar mengundang perasaan putus asa. Orang ramai tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan. Mereka berasa tidak selamat dan takut memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya,” kata Lisa Macheiner.
Sejak perang di Gaza bermula, pasukan perubatan dan pesakit kami telah dipaksa mengosongkan sembilan kemudahan penjagaan kesihatan yang berbeza di Semenanjung Gaza, selepas diserang kereta kebal, artileri, jet pejuang, penembak tepat dan tentera darat, atau tertakluk kepada arahan pemindahan. Kakitangan perubatan dan pesakit ditangkap, didera dan dibunuh. Penyediaan penjagaan kesihatan dan peningkatan bantuan menyelamatkan nyawa menjadi mustahil disebabkan intensiti pengeboman dan tembakan oleh Israel, selain pertempuran sengit.
Pihak yang bertelagah mesti sentiasa menghormati dan membenarkan akses tanpa halangan ke kemudahan perubatan dan persekitaran mereka serta melindungi kakitangan perubatan dan pesakit.
Doctors Without Borders mengulangi gesaannya ke arah gencatan senjata segera yang akan menyelamatkan nyawa orang awam, membenarkan akses yang mencukupi dan penting kepada makanan dan komoditi asas lain, serta mewujudkan semula sistem penjagaan kesihatan yang bergantung kepada kelangsungan hidup penduduk Gaza.
Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?
Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.