Skip to main content

Gaza: "Mereka yang cedera berisiko mati dalam beberapa jam berikutanya"

Ambulances carrying victims of Israeli strikes crowd the entrance to the emergency ward of the Al-Shifa hospital in Gaza City on October 15, 2023. Palestinian Territories, October 2023. © Dawood Nemer/AFP

Ambulans membawa pesakit yang cedera ke wad kecemasan Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza. Wilayah Palestine, Oktober 2023. © Dawood Nemer/AFP

Apa situasi hospital di Gaza?

Sejak perintah untuk berpindah dikeluarkan pihak berkuasa Israel, memaksa lebih sejuta penduduk bersesak ke selatan Semenanjung Gaza, orang ramai terpaksa membuat pilihan amat sukar sama ada untuk terus berada di sana tinggal atau pergi. Bagi pekerja kesihatan, ini bermakna membuat pilihan antara meninggalkan pesakit mereka untuk berdepan situasi kematian yang hampir pasti atau terus berada di sana dan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

Ada yang memilihuntuk kekal di sana dan terus bekerja walaupun menghadapi risiko. Kami berhubung dengan beberapa rakan sekerja kami yang menyokong pasukan Kementerian Kesihatan, terutamanya di hospital Al-Shifa di Bandar Gaza, di mana MSF menyediakan penjagaan untuk mangsa melecur selama bertahun-tahun. Hari ini, kakitangan perubatan mengalami nasib sama seperti penduduk Gaza lain: mereka sentiasa dibom sejak 10 hari lalu. Rakan sekerja kami memberitahu kami bahawa ramai doktor dan pekerja kesihatan lain meninggal dunia sejak permulaan serangan Israel.

Mereka melaporkan antara 800 hingga 1,000 orang cedera setiap hari di Semenanjung Gaza, namun angka ini hanya termasuk mereka yang berjaya sampai ke hospital. Memandangkan akses kepada kemudahan kesihatan amat berbahaya dan rumit dengan kekurangan petrol, hanya pesakit yang paling teruk mendapatkan rawatan hospital. Sejak bermulanya konflik, lebih 9,700 orang tercedera. Saya percaya mereka ini berkemungkinan besar akan mati dalam beberapa jam akan datang memandangkan mustahil untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Adakah sistem kesihatan masih berfungsi di Gaza?

Kami sudah sedia menyaksikan keruntuhan dalam rawatan pesakit. Kakitangan perubatan tidak lagi boleh merawat atau menerima pesakit baharu dengan betul. Semuanya dilakukan dalam keadaan sangat teruk, dengan kekurangan kakitangan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan. Pesakit dan mereka yang cedera teruk berterusan masuk, dengan luka trauma yang kompleks, melecur, patah tulang dan anggota badan yang remuk.

Hospital Al-Shifa, hospital utama di Gaza, kini menempatkan ribuan penduduk yang menuju ke sana untuk berlindung daripada pengeboman berterusan. Walaupun Gaza dalam kegelapan, Al-Shifa salah satu daripada beberapa tempat yang masih mempunyai elektrik, walaupun bahan api hanya akan bertahan paling lama 24 jam lagi.

Ringkasnya, tanpa bekalan elektrik, ramai pesakit akan mati – terutamanya mereka yang berada dalam rawatan rapi, neonatologi serta yang menggunakan mesin sokongan pernafasan. Pesakit yang menghidap penyakit kronik, seperti diabetes dan kanser, serta wanita hamil juga berisiko disebabkan kekurangan ubat.

Apa yang kami tahu tentang keadaan hidup mereka yang berpindah di selatan?

Air kini sudah menjadi keutamaan paling besar kami. Hari ini, 60 peratus daripada penduduk di Gaza, lebih daripada sejuta orang, dianggarkan tinggal di luar tanpa akses kepada air dan penjagaan kesihatan. Tiada penjagaan kesihatan asas tersedia kerana klinik ditutup, malah keadaan kebersihan sangat teruk.

Selain mereka yang mengalami kecederaan parah, kami berisiko untuk melihat gelombang penyakit yang dikaitkan dengan keadaan hidup yang buruk: penyakit seperti cirit-birit, jangkitan pernafasan dan kulit serta dehidrasi boleh berkembang dengan cepat, dan membahayakan mereka yang paling terdedah, termasuk wanita dan kanak-kanak. Separuh penduduk di Gaza berusia bawah 18 tahun. Namun tiada sistem kesihatan lagi untuk menjaga mereka.

Apa yang anda lihat jadi keutamaan dalam sokongan perubatan?

Penting untuk memulihkan dan memastikan hospital berfungsi. Untuk melakukan ini, , gencatan senjata secara tetap mesti dijamin untuk membolehkan ubat-ubatan dan bahan api dibawa masuk secara besar-besaran. Jika kita kehabisan ubat bius, pakar bedah terpaksa menghentikan pembedahan.

Sokongan kemanusiaan segera diperlukan untuk sejuta orang yang kehilangan tempat tinggal. Mereka memerlukan akses kepada air dan sanitasi, serta penjagaan kesihatan asas, sebelum kesihatan mereka merosot secara mendadak.

 

Will you support our emergency response work?

Help us provide lifesaving medical care during emergencies by making a donation today.