Gaza: Doctors Without Borders mengutuk serangan disengajakan ke atas konvoi mengangkut kakitangan, mengakibatkan seorang maut dan seorang cedera
Pakaian diselaputi darah dan muka surat bertanda kerja rumah dibentangkan di kawasan di mana serangan udara dilaporkan mengorbankan dua kanak-kanak, dua dewasa serta mencederakan kira-kira dua dozen yang lain di kem pelarian Jenin. Palestin, 25 October 2023 © MSF/Faris Al-Jawad
Pada 18 November 2023, keluarga kakitangan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) meninggal dunia, manakala seorang lagi cedera, dalam serangan menyasarkan konvoi Doctors Without Borders ketika cuba memindahkan 137 orang - Kakitangan Palestin Doctors Without Borders dan keluarga mereka. Mereka terperangkap selama seminggu di premis Doctors Without Borders yang terletak berhampiran hospital Al-Shifa di Gaza. Doctors Without Borders mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang disengajakan ini.
Pagi ini, pada jam 9:00 pagi waktu tempatan, konvoi Doctors Without Borders terdiri lima kereta, semuanya ditanda dengan jelas pengenalan diri Doctors Without Borders, termasuk di atas bumbung kereta, meninggalkan premis Doctors Without Borders (rumah tumpangan, pejabat, klinik pesakit luar yang terletak berhampiran hospital Al-Shifa). Konvoi itu membawa 137 orang, terdiri kakitangan Doctors Without Borders warga Palestin dan keluarga mereka, antaranya 65 kanak-kanak, sedang menuju ke selatan Gaza ke tempat lebih selamat. Sejak 11 November, mereka terperangkap akibat kerana pertempuran yang berterusan, dan sejak itu, Doctors Without Borders berulang kali mendesak supaya mereka dipindahkan dengan selamat.
Pada 18 November, konvoi Doctors Without Borders terdiri lima kereta - semuanya ditanda dengan jelas pengenalan diri Doctors Without Borders, termasuk di atas bumbung kereta - diserang di jalan Al-Wehda berhampiran persimpangan Jalan Said Al A’as, berdekatan pejabat Doctors Without Borders. Dua daripada kereta Doctors Without Borders sengaja diserang, membunuh seorang ahli keluarga kakitangan Doctors Without Borders dan mencederakan seorang yang lain.
Kenderaan Doctors Without Borders sentiasa ditanda dengan jelas dengan pengenalan Doctors Without Borders, seperti yang dilihat dalam foto ini sejak 2020. Wilayah Palestin, 23 December, 2020 © MSF/Katharina Lange
Doctors Without Borders telah memaklumkan kedua-dua pihak yang terbabit konflik mengenai pergerakan ini. Konvoi itu mengikuti jadual perjalanan ditunjukkan tentera Israel dan sampai ke jalan Salah Al Deen, bersama orang awam lain cuba untuk meninggalkan kawasan itu.
Konvoi itu tiba di pos pemeriksaan terakhir berhampiran Wadi Gaza, yang pada waktu sesak kerana pemeriksaan meluas terhadap rakyat Palestin oleh tentera Israel. Walaupun maklumat dikongsi dengan tentera Israel, mereka tidak dibenarkan menyeberangi pusat pemeriksaan selama berjam-jam. Tembakan kemudian didengari oleh kakitangan kami, mendorong mereka untuk berpatah balik kerana ketakutan dan kembali ke premis Doctors Without Borders, yang terletak kira-kira 7 km dari pusat pemeriksaan.
Doctors Without Borders menyeru sekali lagi supaya segera membenarkan pemindahan kakitangan kami, serta ribuan orang lain, yang terperangkap disebabkan pertempuran dan hidup dalam keadaan sangat teruk di utara Gaza.
Kami menyeru gencatan senjata segera, yang mana ia satu-satunya cara untuk koridor dilaksanakan bagi tujuan memindahkan orang awam yang terperangkap dengan selamat.