Skip to main content

Gaza: Doctors Without Borders kutuk serangan ke atas tempat perlindungan yang mengorbankan nyawa anak perempuan kakitangan yang berusia lima tahun

Destruction in Gaza. Palestine, October 2023. © Mohammed ABED

Wilayah Palestin, 9 Oktober 2023. © MSF

Pagi semalam, sebutir peluru, seakan-akan dari kereta kebal, menembusi dinding bangunan di mana lebih 100 kakitangan Doctors Without Borders dan ahli keluarga mereka berlindung di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu cedera parah akibat serangan berkenaan dan menjalani pembedahan di Hospital Eropah Gaza. Namun, dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya pada 9 Januari. Tiga yang lain cedera ringan dalam serangan itu

Kami marah dan sangat terkesan dengan kematian seorang lagi ahli keluarga kakitangan Doctors Without Borders kami. Serangan terhadap orang awam ini tidak boleh diterima, dan sekali lagi, menunjukkan bahawa tidak kira di mana anda berada di Gaza, tidak akan ada tempat yang selamat. Peluru itu tidak meletup ketika impak, jika tidak ramai lagi kakitangan kami dan keluarga mereka berkemungkinan besar terbunuh.”
Thomas Lauvin, penyelaras projek

Sebelum kejadian itu, Doctors Without Borders memaklumkan kepada tentera Israel bahawa tempat perlindungan berhampiran Hospital Eropah Gaza menempatkan kakitangan Doctors Without Borders dan keluarga mereka. Tambahan pula, tiada arahan pemindahan dikeluarkan sebelum serangan. Meskipun Doctors Without Borders tidak dapat mengesahkan siapa yang melancarkan peluru itu, ia kelihatan sama dengan apa yang digunakan kereta kebal Israel. Doctors Without Borders telah menghubungi pihak berkuasa Israel dan sedang mendapatkan penjelasan lanjut.

Empat kakitangan Doctors Without Borders terbunuh sejak permulaan perang ini dan itu tidak termasuk ramai lagi ahli keluarga yang lain.

Kami mengulangi gesaan kami untuk gencatan senjata segera dan berterusan di Gaza. Keganasan tidak berpihak terhadap orang awam mesti ditamatkan sekarang.

Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?

Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.