Breadcrumb
- Home
- Kesihatan Mental: Darurat Tak Terlihat
Kesihatan Mental: Darurat Tak Terlihat
Kesihatan fizikal itu penting. Namun kini, lebih berbanding sebelumnya, terbukti bahawa penjagaan kesihatan mental dan sokongan psikososial sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh.
Di seluruh dunia, ramai melaporkan perasaan resah akibat pandemik COVID-19. Sesetengah mereka takut dijangkiti virus itu. Yang lain pula mungkin bimbang tentang mendapatkan ubat atau oksigen untuk ahli keluarga yang dijangkiti. Selain ketakutan terhadap virus, ramai takut dan resah dengan perkara lain berkaitan pandemik ini, daripada kehilangan pekerjaan atau kebebasan bergerak, hinggalah kesunyian kerana tidak dapat menemui keluarga atau rakan untuk sekian lama.
Dalam apa cara sekalipun, pandemik mendatangkan kesan kepada semua orang, dan ia sangat sukar.
Dalam projek kami di seluruh dunia, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) melihat pelbagai cara pandemik ini mendatangkan kesan kepada manusia, dan kami berusaha sebaik mungkin untuk memberikan sokongan.
Di India, Doctors Without Borders menghubungi pesakit COVID-19 melalui telefon, untuk membantu mereka mengurus kegelisahan dan kebimbangan semasa menjalani pengasingan diri. Di Lubnan, ramai pesakit kami yang mendapatkan pertolongan psikologi menderita kemurungan, kegelisahan atau berputus asa. Di Bangladesh, pasukan kami menyediakan penjagaan kesihatan mental, termasuk rundingan kesihatan mental individu untuk mangsa keganasan seksual dan keganasan berasaskan jantina, kepada pelarian Rohingya di Cox's Bazar. Cabaran ini diburukkan situasi sukar di mana mereka merasakan diri sendiri ketika pademik ini, sama ada pelarian di Kenya atau pekerja domestik di Hong Kong.
Lama sebelum pandemik ini bermula, Doctors Without Borders menangani keperluan kesihatan mental pesakit kami dalam pelbagai situasi darurat. Di hampir 90 negara di mana kami beroperasi, pasukan kami memberikan sokongan kesihatan mental yang komprehensif kepada pesakit. Kami menyediakan penjagaan kesihatan mental sebagai bantuan psikologi pertama dalam keadaan kecemasan, sebagai sebahagian daripada rawatan untuk keadaan yang sedia wujud, atau sebagai rawatan psikososial dan psikiatri secara sendiri.
Dalam pelbagai keadaan darurat, keperluan kesihatan mental sama pentingnya dan mendesak seperti keperluan perubatan. Projek kami berkisar daripada konflik hinggalah bencana alam, daripada kesihatan seksual hinggalah tuberkulosis, daripada krisis pelarian hinggalah mencari dan menyelamat, di mana pesakit kami memerlukan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh.
Di seluruh dunia, ramai melaporkan perasaan resah akibat pandemik COVID-19. Sesetengah mereka takut dijangkiti virus itu. Yang lain pula mungkin bimbang tentang mendapatkan ubat atau oksigen untuk ahli keluarga yang dijangkiti. Selain ketakutan terhadap virus, ramai takut dan resah dengan perkara lain berkaitan pandemik ini, daripada kehilangan pekerjaan atau kebebasan bergerak, hinggalah kesunyian kerana tidak dapat menemui keluarga atau rakan untuk sekian lama.
Dalam apa cara sekalipun, pandemik mendatangkan kesan kepada semua orang, dan ia sangat sukar.
Dalam projek kami di seluruh dunia, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) melihat pelbagai cara pandemik ini mendatangkan kesan kepada manusia, dan kami kami berusaha sebaik mungkin untuk memberikan sokongan.
Di India, Doctors Without Borders menghubungi pesakit COVID-19 melalui telefon, untuk membantu mereka mengurus kegelisahan dan kebimbangan semasa menjalani pengasingan diri. Di Lubnan, ramai pesakit kami yang mendapatkan pertolongan psikologi menderita kemurungan, kegelisahan atau berputus asa. Di Bangladesh, pasukan kami menyediakan penjagaan kesihatan mental, termasuk rundingan kesihatan mental individu untuk mangsa keganasan seksual dan keganasan berasaskan jantina, kepada pelarian Rohingya di Cox's Bazar. Cabaran ini diburukkan situasi sukar di mana mereka merasakan diri sendiri ketika pademik ini, sama ada pelarian di Kenya atau pekerja domestik di Hong Kong.
Lama sebelum pandemik ini bermula, Doctors Without Borders menangani keperluan kesihatan mental pesakit kami dalam pelbagai situasi darurat. Di hampir 90 negara di mana kami beroperasi, pasukan kami memberikan sokongan kesihatan mental yang komprehensif kepada pesakit. Kami menyediakan penjagaan kesihatan mental sebagai bantuan psikologi pertama dalam keadaan kecemasan, sebagai sebahagian daripada rawatan untuk keadaan yang sedia wujud, atau sebagai rawatan psikososial dan psikiatri secara sendiri.
Dalam pelbagai keadaan darurat, keperluan kesihatan mental sama pentingnya dan mendesak seperti keperluan perubatan. Projek kami berkisar daripada konflik hinggalah bencana alam, daripada kesihatan seksual hinggalah tuberkulosis, daripada krisis pelarian hinggalah mencari dan menyelamat, di mana pesakit kami memerlukan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh.
- Kenapa kesihatan mental penting?
Keadaan kesihatan mental - meliputi kemurungan, kegelisahan, gangguan penggunaan bahan (termasuk alkohol) dan psikosis - boleh mengundang kelumpuhan yang teruk, mempengaruhi fungsi dan keupayaan seseorang untuk menjalani kehidupan memuaskan. Keadaan ini juga dikaitkan peningkatan kematian: Angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan di seluruh dunia 800,000 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun.
Mereka yang memiliki gangguan kesihatan mental juga cenderung mengalami komorbiditi, menjadi punca seseorang jatuh sakit dan meningkatkan risiko kematian. Menurut WHO, jangka hayat purata mereka yang mengalami gangguan kesihatan mental teruk adalah 10 hingga 25 tahun lebih rendah berbanding populasi umum.
Di lokasi di mana Doctors Without Border bekerja, kami menemui pesakit yang hidup melalui keganasan atau bencana alam, yang mana kelangsungan hidup mereka lebih daripada memastikan kesejahteraan fizikal. Walaupun selepas kecederaan fizikal mereka dirawat, luka psikologi yang tersembunyi kekal ada. Inilah sebab mengapa penyediaan rawatan perubatan holistik, merangkumi penjagaan kesihatan mental, sangat penting dalam banyak projek kami.
- Apa cabaran dalam meningkatkan kesihatan mental?
Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental mewakili satu daripada kumpulan paling terpinggir dan terdedah di seluruh dunia. Walaupun rawatan berkesan untuk keadaan kesihatan mental tersedia, hanya sebilangan kecil pesakit kesihatan mental di seluruh dunia mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan mental dan walaupun menerimanya, mereka sering tidak mendapat rawatan paling berkesan atau berdasarkan bukti.
Ramai tidak memahami apa itu kesihatan mental, atau ada rawatan tersedia untuk menolong mereka. Stigma terhadap penyakit mental cukup kuat dalam kebanyakan tempat, dan apabila kesedaran mengenainya sedikit, ia menyumbang kepercayaan bahawa mereka yang mengalami masalah kesihatan mental ini adalah jahat, atau ditakuti. Akibat ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, yang mana keluarga atau komuniti mereka tidak tahu bagaimana merawatnya, boleh menjadi tragis: di seluruh dunia, ratusan ribu mengalami penyakit mental masih dirantai atau dikurung tanpa kehendak mereka.
Banyak negara mempunyai kapasiti terhad untuk menyediakan penjagaan kesihatan mental - apakah ini disebabkan kekurangan infrastruktur yang sesuai, sumber atau profesional terlatih. Mereka yang berdepan peminggiran, keganasan, perpindahan, bencana alam dan bencana buatan manusia serta krisis lain mungkin mengalami masalah kesihatan mental (atau mendapati keadaan sedia ada bertambah buruk), dan biasanya berdepan halangan lebih lanjut untuk merawatnya disebabkan faktor seperti gangguan struktur dan rangkaian kesihatan serta sosial, kemiskinan, selain jarak daripada penjagaan kesihatan.
Apa itu kesihatan mental?
Kesihatan mental adalah keadaan sejahtera di mana seseorang dapat mengatasi tekanan biasa akibat kerja dan kehidupan di rumah, serta dapat memberikan sumbangan dalam komuniti mereka (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
Menjaga kesihatan mental lebih daripada sekadar tidak memiliki masalah kesihatan mental tertentu. Kesihatan mental didasarkan pada faktor biologi, psikologi dan kontekstual - menjadi sihat dalam cara kita berfikir, rasa, dan berhubung dengan orang lain serta persekitaran kita.