Breadcrumb
- Home
- Apa Anda Boleh Lakukan: Menjaga Kesihatan Mental Anda
Apa Anda Boleh Lakukan: Menjaga Kesihatan Mental Anda
Dalam apa-apa keadaan kecemasan, semua pasti merasa tertekan. Kami mengalami tahap kesusahan lebih tinggi kerana banyak faktor: kesukaran mengakses keperluan asas dan rawatan perubatan; kekurangan barang asas untuk menjaga kebersihan; kekurangan maklumat boleh dipercayai. Di samping itu, terdapat ketidakpastian mengenai bila darurat, konflik atau pandemik akan berakhir, dan ini menimbulkan lebih banyak tekanan.
Inilah sebabnya mengapa penting untuk setiap orang menjaga kesihatan mental mereka, terutamanya semasa pandemik.
Apa kata lihat beberapa aktiviti penjagaan diri?
Cubalah ini:
Apa cara lain boleh membantu anda menjaga kesihatan mental? Berikut beberapa langkah boleh anda ambil:
1. Perhatikan emosi anda.
Sebagai manusia, emosi sebahagian besar daripada diri kita. Ia mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku kita. Cuba elakkan emosi yang tidak menyenangkan menggangu minda dan mempengaruhi kehidupan anda
2. Tetapkan rutin harian.
Rasa cemas dan atau tidak selesa? Ini perkara biasa, terutama disebabkan pandemik ini membawa begitu banyak perubahan dan cabaran. Namun, ada satu perkara boleh anda lakukan untuk mendapatkan sedikit kawalan di sebalik begitu banyak ketidakpastian - dengan menetapkan rutin biasa!
3. Bersenam!
Bersenam secara teratur memberi manfaat bukan hanya untuk kesihatan fizikal anda tetapi juga kesihatan mental anda. Kajian menunjukkan senaman dapat mengurangkan tekanan, membantu anda pulih daripada kemurungan dan kegelisahan, serta menambah baik tidur anda.
4. Fikirkan lingkaran kawalan anda
Penting untuk akui bahawa ada perkara dalam hidup anda yang dapat anda kawal, dan perkara yang anda tidak dapat. Inilah sebabnya penting untuk melihat kehidupan melalui lensa kedua-dua lingkaran berbeza ini.
5. Cari perkara yang perlu disyukuri
Bersyukur dapat membahagiakan anda! Syukur adalah tentang menghargai apa yang sudah anda miliki dan bergembira dengannya. Dengan rasa syukur, kita melatih otak untuk fokus melihat perkara positif walaupun dalam situasi tidak menyenangkan. Ini bukan sahaja menjadikan kita lebih bahagia, tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
6. Mula menulis jurnal.
Selain mempunyai jurnal penghargaan, anda sebenarnya boleh menggunakan latihan yang disebut terapi jurnal. Ini dapat membantu menguruskan emosi anda, dan membantu meningkatkan kesihatan mental anda. Gunakan jurnal untuk menulis apa sahaja dan semua yang anda mahukan - dari apa yang anda fikirkan di kepala hingga yang anda rasakan di hati anda!
7. Cuba luahkan diri anda dengan seni dan warna.
Terapi seni dan warna dapat membantu anda menghilangkan tekanan, berkomunikasi, dan mengekspresikan diri. Jenis terapi ini merangkumi melukis, membuat lakaran, mengecat, membuat patung, mewarna dan pelbagai bentuk kreatif yang berbeza.