Skip to main content

Gaza: “Tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh diterima” Serangan udara Israel membunuh ramai orang awam, merosakkan klinik Doctors Without Borders

An MSF clinic in Gaza City where we provide trauma and burn treatment was damaged by Israeli aerial bombardment of the area around it, leaving a sterilization room unusable and a waiting area damaged.

Klinik Doctors Without Borders di bandar Gaza, di mana kami menyediakan rawatan trauma dan melecur, rosak disebabkan pengeboman udara Israel di kawasan sekelilingnya, menyebabkan bilik pensterilan tidak dapat digunakan dan kawasan menunggu rosak. Tiada yang cedera di klinik kami, tetapi ada yang terbunuh disebabkan pengeboman. Mei 16, 2021. © MSF

Pengeboman di kawasan itu juga merosakkan klinik kami, menyebabkan bilik pensterilan tidak dapat digunakan dan kawasan menunggu rosak. Tiada yang cedera di klinik kami, di mana kami menyediakan rawatan trauma dan melecur.

Dr. Mohammed Abu Mughaiseeb, Timbalan Koordinator Perubatan Doctors Without Borders di Gaza, ada di sana, dan dia menggambarkan keadaan itu sebagai sangat seram apabila letupan besar menggegarkan kawasan kejiranan dan wanita serta kanak-kanak berlari keluar ke jalan sambil menjerit dan menangis

Keadaan sudah sedia mengerikan minggu ini, dengan jumlah orang awam terkorban meningkat setiap hari, namun apabila saya melihat kerosakan di kawasan itu dan klinik Doctors Without Borders pada sebelah pagi selepas serangan itu, saya terdiam. Semuanya terjejas - rumah, jalan raya, pokok. Klinik di mana kami merawat lebih 1000 kanak-kanak setahun yang mengalami kecederaan melecur dan trauma, kehilangan dinding dan serpihan bergelimpangan merata tempat. Klinik itu kini ditutup bukan sahaja kerana strukturnya rosak tetapi juga disebabkan akses laluannya musnah dan kawasan itu juga masih tidak selamat.
Dr. Mohammed Abu Mughaiseeb
“Airstrikes are still continuing until now and have caused a lot of destruction around MSF clinic and office.”

“Situasi itu menakutkan. Serangan udara masih berterusan hingga kini dan menyebabkan banyak kemusnahan di sekitar klinik dan pejabat MSF, kata Koordinator Doctors Without Borders di Gaza, Ayman Djaroucha. Mei 16, 2021. © MSF

Akses kepada penjagaan kesihatan untuk mangsa yang mengalami kecederaan mengancam nyawa sangat terhad kerana serangan udara Israel merosakkan banyak jalan menuju hospital. Tambahan pula,  ramai kakitangan perubatan bimbang dengan keselamatan mereka sewaktu bergerak menuju ke tempat kerja dan bekalan beberapa perubatan semakin berkurangan. Dua doktor antara 42 yang terbunuh dalam serangan udara berhampiran klinik kami.

Setakat tengah hari waktu tempatan pada 17 Mei sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh di Gaza, termasuk 59 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan. Seramai 10 orang, termasuk dua kanak-kanak di Israel telah terbunuh oleh roket dan peluru berpandu yang ditembak dari Gaza oleh kumpulan bersenjata Palestin.

Menurut Ketua Misi di Wilayah Palestin Diduduki:

Serangan dahsyat ke atas orang awam dan infrastruktur awam yang kita saksikan di Gaza tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh diterima. Keadaan kritikal. Bilangan yang cedera dan kehilangan tempat tinggal semakin meningkat manakala kakitangan dan bekalan kemanusiaan tambahan masih tidak dapat memasuki Gaza. Pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan mereka berbaki 24 jam lagi untuk kehabisan beg darah, bermakna mereka tidak boleh melakukan pemindahan darah untuk pesakit, satu tindakan penting dalam merawat mangsa yang cedera.
Ely Sok, Ketua Misi
Additional humanitarian support and supplies still cannot enter into Gaza.

Ketika berdepan peningkatan angka mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal, sokongan dan bekalan kemanusiaan tambahan masih tidak dapat masuk ke Gaza. 16 Mei 2021. © MSF

Pasukan Doctors Without Borders bekerja syif 24 jam untuk menyokong kakitangan perubatan di bilik kecemasan dan bilik bedah hospital Al-Awda, di kawasan Jabalia, dan merawat 40 hingga 45 pesakit dengan luka dalam dan melecur teruk setiap hari. Doctors Without Borders juga mendermakan bekalan perubatan kepada pelbagai kemudahan perubatan di Gaza sepanjang minggu lalu. Keadaan tidak selamat bermakna kami tidak boleh mengendalikan program rawatan biasa kami untuk luka terbakar dan penjagaan trauma selepas pembedahan.

Ketika Israel meneruskan pengeboman udara dan artileri ke atas Gaza, lebih 38,000 rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka demi keselamatan menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan sekurang-kurangnya 2,500 orang telah kehilangan tempat tinggal, termasuk beberapa kakitangan Doctors Without Borders. Ramai kakitangan kami mencari perlindungan di rumah saudara mereka, namun Doctors Without Borders menyediakan tempat perlindungan sementara bagi mereka yang tidak memilikinya.

Israel perlu menghentikan serangan di tengah Gaza ini, kerana kita sudah banyak kali melihat mereka membunuh orang awam walaupun sejauh mana serangan mereka ‘bersasar’ kerana mustahil untuk mengehadkan kesan pengeboman di tempat yang padat dengan penduduk. Akses selamat untuk kakitangan dan bekalan kemanusiaan juga perlu diatur dengan segera.
Ely Sok, Ketua Misi
The damage to our clinic shows no place in Gaza is safe.

Ketika Israel meneruskan pengeboman udara dan artileri ke atas Gaza, ramai kakitangan dan pesakit Doctors Without Borders terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk keselamatan. Kerosakan pada klinik kami menunjukkan tiada tempat yang selamat di Gaza. 16 Mei 2021. © MSF