Skip to main content

Filipina: Doctors Without Borders menutup jurang-jurang kekurangan ubat-ubatan TB di Tondo, Manila dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Manila

Tondo, Manila, Philippines, 2023 © Ezra Acayan

Dr. Trisha Thadhani, doktor perubatan untuk projek tuberkulosis (TB) Doctors Without Borders di Tondo, menilai keadaan kesihatan seorang kanak-kanak di kawasan kejiranan Aroma, Barangay 105, Tondo, Manila. Pasukan ini menjalankan aktiviti pencarian kes aktif (ACF) untuk TB di daerah-daerah Tondo I dan II. 2023 © Ria Cristina Torrente

Sejak Januari 2024, lebih 300 pesakit telah didiagnosis dengan TB melalui aktiviti-aktiviti pencarian kes aktif Doctors Without Borders di Tondo, Manila. Walaupun sesetengah pesakit dapat memulakan rawatan, ramai yang lain tidak dapat memulakan rawatan berikutan ketiadaan ubat-ubatan TB. Selain itu, sebilangan pesakit-pesakit yang memulakan rawatan tidak dapat meneruskan rawatan sehingga selesai kerana kekurangan ubat-ubatan untuk fasa sambungan. Ini disebabkan oleh kekurangan ubat yang kembali berulang di pusat-pusat kesihatan tempatan, dan disebabkan oleh kesukaran-kesukaran para pesakit dari segi ekonomi untuk membeli sendiri ubat-ubatan TB. Anggota masyarakat enggan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti saringan pada aktiviti-aktiviti pencarian kes aktif yang dianjurkan oleh Doctors Without Borders, bimbang dengan kesan kekurangan ubat sekiranya mereka didiagnos menghidap TB.

Di daerah-daerah 1 dan 2 Tondo, Manila, Doctors Without Borders telah menggerakkan aktiviti pencarian kes aktif untuk tuberkulosis sejak 2022, dengan kerjasama bersama MHD. Projek-projek Doctors Without Borders ini membolehkan pemeriksaan TB dapat diakses dan tersedia berhampiran kawasan-kawasan tempat di mana penduduk-penduduk Tondo tinggal dan bekerja. Pasukan Doctors Without Borders menyediakan saringan TB percuma, mengesan kes-kes kontak isi rumah, dan merujuk pesakit-pesakit positif TB ke pusat-pusat kesihatan tempatan. Mereka juga membuat susulan dengan pesakit-pesakit untuk memastikan mereka mematuhi rejimen rawatan dan memutuskan rantaian-rantian penularan.

“Hari ini, kami berasa lega kerana kami dapat menyokong Jabatan Kesihatan Manila dan fasiliti-fasiliti kesihatan di Tondo dengan sumbangan 54,720 tablet ubat-ubatan TB,” kata Ghazali Babiker, Ketua Misi untuk Doctors Without Borders di Filipina. “Lebih 100 pesakit-pesakit yang telah mengetahui mengenai status positif TB mereka dan telah menunggu dengan cemas selama beberapa bulan, akan dapat menerima rawatan yang amat diperlukan. Bagaimanapun, ini adalah satu penyelesaian sementara, yang tidak boleh menjadi kebiasaan memandangkan gangguan dalam perolehan ubat TB adalah boleh dicegah. Dengan usaha-usaha antarabangsa untuk menghapuskan TB berterusan secara global, kami memerlukan komitmen politik yang kuat daripada ketua-ketua pelbagai negara dan masyarakat sivil untuk mengambil bahagian dalam usaha ini, termasuk dari Filipina.”

Diagnosis dan rawatan yang betul, terutamanya selaras dengan pengesyoran-pengesyoran terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah kunci untuk menghapuskan TB, tetapi ini tidak boleh dicapai tanpa bekalan ubat-ubatan yang mencukupi dan tepat pada masanya. Doctors Without Borders dengan tegas menggesa semua pihak berkepentingan yang telah terbabit dalam penjagaan TB di Filipina untuk mencari penyelesaian-penyelesaian yang berterusan bagi menangani isu kekurangan ubat berkenaan di negara ini.

Kekurangan ini tidak terhad kepada ubat-ubatan untuk rawatan TB. Terdapat juga kelewatan dalam penyediaan rawatan pencegahan, disebabkan oleh kekurangan ujian kulit tuberkulin (TST), yang diperlukan untuk menguji beberapa kanak-kanak sebelum memulakan rawatan pencegahan, dan kepada kekurangan tablet dos tetap larut air (FDC) yang mesra kanak-kanak  -- digunakan untuk rawatan pencegahan untuk kanak-kanak yang terdedah kepada pesakit TB - yang mana ketika ini tidak tersedia di negara ini.

Tondo adalah salah satu kawasan paling padat dengan penduduk di negara ini, dengan kira-kira 76,000 penduduk bagi setiap kilometer persegi. Sehingga kini, Doctors Without Borders sudah menyaring 29,291 orang dan telah mendiagnosis 1,280 pesakit dengan TB. Penemuan-penemuan ini diterjemahkan kepada kadar positif purata 4.3%, yang mana lebih tinggi berbanding kadar positif TB kebangsaan 3% di Filipina.

Agustina with her grandsons Clark and Ion during a medical evaluation at one of Doctors Without Borders active case finding sites for tuberculosis in Tondo, Manila. © Ezra Acayan, 2023.

Agustina bersama cucu-cucunya Clark dan Ion semasa penilaian perubatan di salah satu tapak-tapak pencarian kes aktif Doctors Without Borders untuk tuberkulosis di Tondo, Manila. Kredit foto: Ezra Acayan, 2023

Melalui kerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Manila dan Pejabat Pencegahan dan Kawalan TB Bandar Manila, projek pencarian kes aktif Doctors Without Borders termasuk saringan melalui x-ray, diagnosis bantuan komputer, penilaian perubatan dan pengumpulan kahak. Doctors Without Borders juga mengendalikan pendedahan diagnosis; permulaan rawatan kepada susulan berkala dan lawatan-lawatan ke rumah untuk memastikan pematuhan kepada rejimen rawatan; mengenal pasti kontak-kontak rapat para pesakit dan menggalakkan mereka untuk meneruskan saringan; pemeriksaan kanak-kanak dalam isi rumah pesakit untuk menilai kelayakan mereka untuk rawatan pencegahan; dan penyediaan ubat-ubatan untuk rawatan pencegahan kanak-kanak. Sehingga kini, 340 kanak-kanak telah dimulakan dengan rawatan pencegahan.

TB adalah salah satu daripada penyakit-penyakit berjangkit yang paling membawa maut di dunia, dan Filipina adalah salah satu daripada sepuluh negara teratas di dunia dengan beban TB tertinggi. Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia - termasuk Filipina - sangat digesa untuk menumpukan usaha-usaha dan sumber-sumber bagi menghapuskan TB.