Skip to main content

Filipina: Mendepani kesan COVID-19 terhadap tuberkulosis di kawasan setinggan Manila

Doctors Without Borders patient support team conduct contact tracing of households with confirmed tuberculosis patients, at Aroma neighborhood in Tondo, Manila. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Pasukan sokongan pesakit Doctors Without Borders Christian Jay Hontiveros dan Belen Rance mengedalikan pengesanan kontak isi rumah yang mempunyai pesakit disahkan menghidap tuberkulosis, di kejiranan Aroma di Tondo, Manila. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

Duduk di hadapan gerai runcitnya, yang juga rumah dikongsinya bersama sepuluh ahli keluarga, Amalia, 42, tidak menyebut nama penyakit dihidapinya pada Mei 2022. Di bangunan setinggan Tondo, Manila ini, kekurangan privasi menjadikan seseorang lebih cenderung untuk tidak menyebut perkataan 'tuberkulosis' ‘tuberkulosis’ kerana bimbang ia akan menakutkan jiran. Amalia tinggal di Smokey Mountain, sebuah kejiranan dinamakan sempena longgokan sampah yang kini ditutup, tetapi masih ada, di mana asap toksik dikeluarkan antara 1960-an dan 1990-an.

Amalia, a former Doctors Without Borders patient, runs a small store in front of her home in the Smokey Mountain neighborhood. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Amalia, bekas pesakit Doctors Without Borders, menguruskan kedai kecil di hadapan rumahnya di kejiranan Smokey Mountain, Tondo, Manila. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

Amalia pergi ke trak X-ray Doctors Without Borders tidak jauh dari kawasan bukit terbabit pada awal Mei 2022. Amalia memberitahu pasukan Doctors Without Borders bahawa dia mengalami demam setiap petang namun ia hilang selepas mengambil parasetamol. Pakar radiologi mengambil X-ray paru-parunya dan mengumpul kahaknya untuk menguji jangkitan TB. Beberapa hari kemudian, diagnosis disahkan di makmal. Pasukan sokongan pesakit terdiri jururawat dan ahli terapi menghubungi Amalia dan pergi ke rumahnya untuk memberitahu diagnosis dan meyakinkannya bahawa dia boleh pulih dengan berhati-hati mengikuti kursus rawatan selama enam bulan, secara percuma, di pusat kesihatannya. Emosi menyelubunginya apabila menyebut detik ini. "Saya segera teringat ibu saya, itulah punca kematiannya. Saya fikir, mungkin ini akan membunuh saya juga."

Tuberkulosis membunuh sekurang-kurangnya 1.5 juta orang setiap tahun*. Ia adalah penyakit berjangkit paling membawa maut di dunia sebelum COVID-19 berlaku, ini tidak bermakna TB semakin berkurangan, bahkan sebaliknya. Semasa pandemik COVID-19, bilangan kematian berkaitan TB meningkat, dan bilangan kes TB baharu meningkat buat kali pertama dalam beberapa dekad**.

Bakteria TB merebak melalui udara apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk atau bercakap. Ia mudah berjangkit dalam ruang terkurung dan boleh kekal tidak aktif di dalam badan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun tanpa menjadi penyakit aktif.

Penemuan kes aktif TB di Tondo, Manila

Lebih 650,000 orang hidup tinggal dalam keadaan bersesak di Tondo, kawasan seluas kira-kira sembilan kilometer persegi antara pelabuhan dan daerah perniagaan Manila. Ia salah satu kawasan setinggan paling padat penduduknya di dunia. Selama hampir dua tahun, langkah anti-COVID-19 yang ketat menyumbang kepada kesesakan, dengan kawasan kejiranan dan rumah terkurung sepenuhnya, dan pada satu masa tiada sesiapa dibenarkan keluar selama beberapa hari.

Di Tondo, penduduk bergenerasi tinggal bersama dalam bilik kecil yang mempunyai pengudaraan yang teruk. Kanak-kanak berkurung di rumah selama dua setengah tahun disebabkan sekolah ditutup di seluruh negara. Bagi lelaki, yang merupakan pencari nafkah utama, ramai tidak lagi dapat bekerja. Dr Trisha Thadhani, seorang doktor Filipina yang pakar dalam TB melalui projek Doctors Without Borders, menjelaskan: "Seperti di tempat lain, sekatan pergerakan, kebimbangan terhadap risiko melawat kemudahan kesihatan, kekurangan kakitangan perubatan dan penutupan kemudahan kesihatan menyebabkan penurunan mendadak bilangan kes TB yang didiagnosis, selain gangguan dalam rawatan TB."

Akibatnya, kes tidak dapat dikesan atau dirawat; ramai mungkin telah dijangkiti tanpa disedari. Di Tondo, Doctors Without Borders melancarkan projek "pencarian kes aktif" TB dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Manila. Matlamatnya untuk menyaring orang ramai, mengesan kontak kes, merujuk pesakit positif TB ke pusat kesihatan tempatan dan membuat susulan untuk memastikan mereka mematuhi rejim rawatan, membantu menyelamatkan nyawa dan memutuskan rantaian penularan.

Sejak Mei 2022, dengan persetujuan dan sokongan awal pihak berkuasa serta masyarakat, pasukan bergerak Doctors Without Borders mengembara melalui barangay (kawasan kejiranan) Tondo dengan trak yang mengandungi peralatan radiologi. Matlamatnya untuk menjadikan saringan mudah diakses dan tersedia sedekat mungkin dengan tempat tinggal serta lokasi ahli komuniti bekerja. Namun kehadiran peranti ini sahaja tidak mencukupi untuk menggalakkan penduduk mendapat saringan.

"Apabila kami memulakan aktiviti itu, hanya sedikit yang mahu disaring disebabkan tanggapan fikiran mereka serta ketakutan mengenai TB. Cabaran utama kami adalah untuk menggalakkan orang ramai mengambil bahagian dalam saringan walaupun mereka berasa 'sihat'. Suatu yang biasa didengar bahawa batuk kering hanya menjejaskan orang yang sudah tua atau sudah sakit,"
- Dr Ruth Roxas, manager, pengurus inisiatif pencarian kes aktif (ACF) Doctors Without Borders

Antara yang dibimbangi adalah potensi untuk mendapat tahu diri dijangkiti dan ditolak keluarga serta jiran yang risau diri sendiri dijangkiti, atau kehilangan pekerjaan. Mendapatkan rawatan memakan masa, anda perlu pergi ke pusat kesihatan secara tetap selama enam bulan untuk mengisi semula ubat anda, dan pengangkutan ke pusat kesihatan mungkin mahal. "Selalunya, keutamaan bukanlah kesihatan, tetapi memperoleh wang yang mencukupi untuk menyara keluarga," kata Ruth. Pasukan promosi kesihatan Doctors Without Borders, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, cuba mengatasi halangan ini.

Trak X-ray mudah alih untuk saringan TB

Seawal jam 8 pagi, pembesar suara di barangay mengumumkan dengan kuat dan jelas: "X-ray paru-paru percuma!" Setiap hari, dengan niat yang baik, pasukan yang kebanyakannya berasal dari Tondo, berjalan di setiap lorong berliku di kawasan kejiranan untuk menggalakkan masyarakat membuat saringan, mengetuk setiap pintu satu demi satu. Mereka juga menjalankan sesi meningkatkan kesedaran untuk menangani tanggapan salah tentang penyakit ini: TB boleh disembuhkan dan rawatan mengurangkan risiko jangkitan dalam isi rumah. Kini, antara 400 dan 450 orang datang untuk disaring dalam trak Doctors Without Borders setiap minggu.

Mobile x-ray truck at one of Doctors Without Borders' active case finding sites for tuberculosis. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Trak x-ray mudah alih di salah satu tapak pencarian kes aktif Doctors Without Borders untuk tuberkulosis. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

A patient is given a free chest x-ray at one of Doctors Without Borders active case finding sites for tuberculosis. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

 Seorang pesakit diberi x-ray dada percuma di salah satu tapak pencarian kes aktif Doctors Without Borders untuk tuberkulosis. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

A Doctors Without Borders personnel processes a chest x-ray at one of MSF's active case finding sites for tuberculosis. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Kakitangan Doctors Without Borders memproses x-ray dada di salah satu tapak pencarian kes aktif Doctors Without Borders untuk tuberkulosis. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

A five-year-old patient is given a free chest x-ray at one of Doctors Without Borders active case finding sites for tuberculosis. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Seorang pesakit berusia lima tahun diberi x-ray dada percuma di salah satu tapak pencarian kes aktif Doctors Without Borders untuk tuberkulosis. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

Melakukan saringan dalam jumlah besar menggunakan mesin X-ray tunggal dan seorang ahli radiologi mungkin sukar tanpa menggunakan kotak hitam yang kecil dan inovatif. Ia mengandungi program perisian menggunakan kecerdasan buatan, "diagnosis bantuan komputer" (CADx). Kemampuan mengenali TB dengan cepat pada X-ray dada, ia mempercepatkan proses pemeriksaan dengan ketara.

Apabila batuk kering disyaki selepas analisis sinar-X, kahak pesakit dikumpul dan dihantar ke makmal Jabatan Kesihatan di Manila, di mana mesin dipanggil "GeneXpert" boleh membuat diagnosis dalam masa beberapa hari. Pasukan sokongan pesakit Doctors Without Borders kemudian mengambil alih tugas menemani pesakit yang baru didiagnosis dan mencari kontak kes dalam rumah. Mencari orang-orang ini dalam lorong-lorong kecil yang berliku di Tondo bukanlah tugas mudah. Ia memerlukan kesabaran. Kadang-kadang anda perlu berjalan melalui beberapa pondok yang diperbuat daripada besi beralun dan palet kayu yang secara ajaibnya berdiri di atas satu sama lain, dikelilingi anjing kurus yang menyalak berterusan. Mengetuk banyak pintu. Menjejaki semula langkah. Kadang-kadang terpaksa balik keesokan harinya.

View of Tondo, one of the poorest and most densely populated slums in the Philippines. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Tondo antara kawasan setinggan termiskin dan paling padat penduduk di Filipina. Untuk mencari pesakit, kakitangan Doctors Without Borders selalunya perlu berjalan melalui pondok diperbuat daripada besi beralun dan palet kayu yang kelihatan berdiri di atas satu sama lain. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

Pengesanan kontak isi rumah untuk mengelak TB terus menular

Begitulah cara pasukan Doctors Without Borders menggalakkan Amalia memulakan rawatan di pusat kesihatannya, dan ahli keluarga yang tinggal di rumah sama turut dijemput menjalani saringan. Cucu-cucunya diperiksa dan diberi rawatan pencegahan selama tiga bulan oleh doktor Doctors Without Borders dengan persetujuan ibu bapa mereka.

"Bayi dan kanak-kanak kecil sangat terdedah kepada bentuk penyakit yang teruk dan membawa maut," kata Trisha. "Bagaimanapun, diagnosis kanak-kanak lebih kompleks berbanding orang dewasa, kerana sukar untuk mereka mengeluarkan kahak diperlukan untuk analisis makmal. Selain itu, terdapat kekurangan nutrisi di barangay Tondo, menjadikan kanak-kanak lebih terdedah. Melindungi kanak-kanak melalui langkah-langkah pencegahan selari dengan rawatan orang dewasa apabila pencemaran disyaki berlaku adalah keutamaan kami". Pasukan perubatan kami mencadangkan rawatan pencegahan untuk kontak kes selepas diagnosis klinikal dijalankan untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun dan selepas ujian kulit untuk kanak-kanak antara lima dan 14 tahun.

A grandmother watches as Doctors Without Borders TB doctor, conducts a medical evaluation of her grandson. Philippines, 2023. © Ezra Acayan

Agustina memerhati Trisha Thadhani, doktor TB Doctors Without Borders, menjalankan penilaian perubatan terhadap cucunya Ion, di salah satu tapak pencarian kes aktif Doctors Without Borders untuk tuberkulosis di Tondo, Manila. Filipina, 2023. © Ezra Acayan

Amalia kini sudah sembuh. Dia telah membuka kedai runcit kecilnya dan sekali lagi boleh memeluk cucu-cucunya tanpa bimbang. Kadar kes TB yang disahkan dalam kalangan penduduk yang telah disaring oleh pasukan kami setakat ini, iaitu lebih daripada 6,400 orang dalam tempoh sepuluh bulan lalu, adalah secara purata lima peratus. Angka tinggi ini mengesahkan hipotesis awal kami tentang kemungkinan peningkatan kes TB berikutan pandemik COVID-19.

Pasukan kami terus menjejaki TB pintu demi pintu, hari demi hari. "Ia ibarat satu titisan di lautan," kata Trisha, namun dia tetap berharap jurang yang masih ada susulan kebangkitan wabak itu dapat diisi dengan usaha bersama pihak berkepentingan kawalan TB di Tondo dan tempat lain.

 

https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/tuberculosis

** https://www.who.int/en/news/item/27-10-2022-tuberculosis-deaths-and-disease-increase-during-the-covid-19-pandemic