Skip to main content

Bertindak balas terhadap mereka yang tercedera di Baitulmaqdis: "Pesakit terus-menerus datang seperti ombak"

An MSF doctor assesses a patient in a trauma point in the Palestinian Red Crescent Society (PRCS) hospital in Jerusalem.

Seorang doktor dari Doctors Without Borders doctor memeriksa pesakit di pusat trauma di hospital Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) di Baitulmaqdis. Palestin, 15 April 2022. © MSF

Ketika itu jam menujukkan 6.30 pagi. Saya mendengar suara rakan sekerja saya Andrea dan Otero bercakap di luar bilik saya. Jelas kelihatan sesuatu yang besar sudah berlaku. Andrea memberitahu saya bahawa Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PCRS) sudah menghubungi. Kami terpaksa bergegas ke segera.

Andrea adalah seorang doktor kecemasan Itali, Otero pula doktor dan pakar bius di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sepanyol, dan saya seorang Pakar Bedah Trauma. Bersama-sama kami sebahagian daripada pasukan trauma Doctors Without Borders yang berpangkalan di Hebron, di Wilayah Palestin Yang Diduduki. Pada hari Jumaat itu, bersama dua lagi doktor am Doctors Without Borders, kami berusaha menyokong pasukan PRCS dalam menilai dan menstabilkan mereka yang tercedera.
Di kejiranan Wadi al-Joz, PRCS menyediakan Pusat Penstabilan Trauma untuk menilai pesakit. Sesetengah akan dirawat oleh PRCS di perkarangan Al-Aqsa, manakala yang lain dengan kecederaan lebih teruk akan dibawa melalui ambulans ke tempat trauma kami atau terus ke hospital.

Dalam beberapa minit sahaja, ambulans pertama tiba. Pesakit mengalami luka besar pada kepala berdarah kerana diserang polis Israel. Kemudian dua lagi ambulans tiba. Salah seorang pesakit adalah gadis muda, ditembak di belakang dengan peluru getah - trauma akibat benda tumpul yang boleh menyebabkan patah tulang rusuk atau tulang lain. Kami memeriksa paru-parunya dengan ultra bunyi dan nasib baik, keadaannya baik. Kami berpindah ke pesakit lain dengan luka pada bahagian bawah punggungnya. Dia dipukul dengan baton dan mengalami kesakitan yang amat sangat.

Dia tidak dapat menggerakkan kakinya. Kami mengesyaki patah tulang belakang. Selepas menstabilkannya, kami memutuskan untuk memindahkannya ke hospital terdekat untuk X-ray. Kami tertanya-tanya betapa teruknya dia dipukul.

Tiba-tiba, gadis yang cedera akibat peluru getah itu terjatuh di atas lantai kerana tidak sedarkan diri. Tanda-tanda vitalnya normal, tetapi dia bergetar seperti daun. Dia mengalami serangan keresahan.. Otero memberinya ubat untuk menenangkannya. Saya terfikir betapa mengerikan sekali pengalaman dilaluinya dan berapa lamakah kenangan keganasan itu akan kekal bersamanya.

Kami merawat seorang pesakit lain yang melecur pada muka akibat bom tangan renjatan. Senjata ini direka untuk menghasilkan kilatan cahaya buta namun apabila ditembak terlalu dekat boleh menyebabkan luka melecur yang dahsyat. Dua lagi pesakit kanak-kanak tiba. Satu dengan luka besar pada kepala. Dia dipukul. Andrea merawatnya, manakala Otero dan saya memeriksa kanak-kanak yang lain dengan luka yang sangat dekat dengan mata kanannya. Dia tidak ingat bagaimana dia cedera. Kami mengesyaki patah tulang pipi dan memindahkannya ke hospital rujukan.

Kira-kira jam 10 pagi kami menerima kemas kini daripada PRCS: jumlah yang tercedera mencecah 150 orang. Sekurang-kurangnya lima berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke dewan bedah untuk membaiki kerosakan yang teruk pada muka mereka selepas ditembak oleh peluru getah. Peluru ini, yang selalunya mempunyai teras logam, boleh melumpuhkan, mencacatkan dan juga membunuh.

Tidak kira berapa ramai pesakit trauma yang anda lihat atau zon perang yang anda bekerja, setiap kali anda merawat seseorang yang tercedera disebabkan perlakuan ganas manusia lain, adalah mustahil untuk tidak merasakan kesakitan yang mendalam pada jiwa.

Pesakit terus datang seperti ombak. Kami cuba menstabilkan mereka secepat mungkin untuk mengosongkan katil demi kegunaan pesakit lain yang baru datang. Kadang-kadang kelihatan seperti ambulans berhenti tiba, kemudian tiba-tiba dua atau tiga akan datang serentak. Pengalaman luar biasa paramedik, jururawat dan pemandu PRCS dalam bertindak balas terhadap kecemasan sedemikian membantu dalam menangani tindak balas ini.

Menjelang 11:30 pagi, aliran pesakit akhirnya berkurangan. Semua yang tercedera telah dirawat dijaga dan sudah tiba masanya untuk berehat. Andrea, Otero dan saya memutuskan untuk pergi minum kopi berhampiran hospital lapangan di Bukit Zaitun. Dalam perjalanan, imej luar biasa muncul di hadapan mata kami: pemandangan indah Baitulmaqdis. Kami berdiri di sana dan tertanya-tanya bagaimana tempat yang begitu indah dapat mempersembahkan adegan keganasan yang kami saksikan hanya beberapa jam yang lalu. Tidak kira berapa ramai pesakit trauma yang anda lihat atau zon perang yang anda bekerja, setiap kali anda merawat seseorang yang tercedera disebabkan perlakuan ganas manusia lain, adalah mustahil untuk tidak merasakan kesakitan yang mendalam pada jiwa. Benarlah kata pepatah Rom dari Plautus, dua ribu tahun lalu: “Homo homini lupus” – "Manusia adalah serigala bagi sesama manusia."
 

Carlo Brugiotti
Pakar bedah

Carlo Brugiotti adalah pakar bedah trauma Bersama Doctors Without Borders di Wilayah Palestin Yang Diduduki.