Skip to main content

Syria: Satu generasi yang hilang hidup dalam bahaya dan situasi terdesak di kem Al-Hol

A child runs through the streets of Al Hol camp in northeastern Syria, where ISIS-affiliated families are gathered, in difficult living conditions.

Seorang kanak-kanak berlari melalui jalan-jalan kem Al Hol di timur laut Syria, tempat keluarga yang bersekutu dengan ISIS berkumpul, dalam keadaan hidup yang sukar. Syria, 2022. © Florent Vergnes


Pada Februari 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikejarkan ke klinik MSF di Al-Hol dengan luka melecur tahap dua pada muka dan lengan. Rawatan perubatan yang boleh menyelamatkan nyawa hanya tersedia pada jarak tidak lebih satu jam pemanduan, namun mengambil masa dua hari sebelum pemindahannya diluluskan oleh pihak berkuasa kem. Dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di bawah kawalan pengawal bersenjata, terpisah daripada ibunya, dalam kesakitan.

Hanya beberapa bulan kemudian, pada Mei tahun sama, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilanggar sebuah trak dan dikejarkan ke klinik kecil yang sama. Kakitangan MSF mengesyorkan dia dirujuk ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Walaupun situasi mendesak, ia mengambil masa berjam-jam untuk pemindahannya diluluskan. Dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, tidak sedarkan diri dan bersendirian.

Di dalam kem Al-Hol, Timur Laut Syria

Large View of Al-Hol Camp, Eastern Al- Hasakah Governorate, Northeastern Syria.

Pemandangan Besar Kem Al-Hol, Wilayah Timur Al- Hasakah, Timur Laut Syria. © Syria, 2020. MSF

Inside Al Hol Camp, Eastern Al-Hasakah Governorate, Northeastern Syria.

Di dalam Kem Al Hol, Gabenor Al-Hasakah Timur, Timur Laut Syria. Syria, 2020. © Ricardo Garcia Vilanova

A woman in the market of the Al Hol camp in northeastern Syria, where families affiliated with the Islamic State are gathered in difficult living conditions. Syria, 2022. © Florent Vergnes

 

Seorang wanita di pasar kem Al Hol di timur laut Syria, di mana keluarga yang bergabung dengan Negara Islam berkumpul dalam keadaan hidup yang sukar. Syria, 2022. © Florent Vergnes 

Ini hanyalah dua daripada 79 kanak-kanak yang maut di kem tahanan Al-Hol di Syria tahun lalu. . Pada 2021, 35% daripada mereka yang meninggal dunia di kem Al-Hol adalah kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun.

“Kami telah melihat dan mendengar banyak kisah tragis di kem tahanan Al-Hol di Syria, termasuk kanak-kanak yang mati akibat terlalu lama ditangguhkan daripada mendapat rawatan perubatan segera, selain kanak-kanak lelaki turut dilaporkan diculik daripada ibu mereka sejurus mencapai usia sekitar 11 tahun, sehingga tidak pernah dilihat lagi,” kata Martine Flokstra, Pengurus Operasi Doctors Without Borders di Syria.

Bagi kanak-kanak dan penjaga mereka di Al-Hol, jika mereka boleh mendapatkan rawatan perubatan sekalipun, ia selalunya ujian yang menakutkan. Kanak-kanak yang memerlukan rawatan di hospital utama kira-kira sejam perjalanan dari kem dikawal ketat pengawal bersenjata, dan dalam kebanyakan kes tanpa diiringi penjaga mereka, kerana penjaga jarang diberi kebenaran untuk pergi bersama anak-anak mereka.
Martine Flokstra, Operations Manager

Kem itu suatu ketika dahulu direka untuk menyediakan tempat tinggal yang selamat, sementara dan perkhidmatan kemanusiaan disediakan kepada orang awam yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik di Syria dan Iraq. Namun, sifat dan tujuan Al-Hol lama menyimpang dan semakin berkembang menjadi penjara terbuka yang tidak selamat dan tidak bersih selepas orang ramai dipindahkan ke sana dari wilayah dikawal Negara Islam (IS) pada Disember 2018.

“Ahli Gabungan Global yang menentang IS, serta negara lain yang warganya kekal ditahan di Al-Hol dan kemudahan tahanan serta kem lain di Timur Laut Syria, telah mengecewakan rakyat mereka.

Lima fakta tentang kem Al-Hol, Timur Laut Syria
  • Pada 2021, 35% yang meninggal dunia di kem Al-Hol adalah kanak-kanak di bawah usia 16 tahun. Ini termasuk kanak-kanak yang maut selepas dilanggar lori air, terjatuh dalam lopak air kotor dan terbunuh akibat keganasan. Di samping sifat berbahaya kem tahanan, banyak laporan mengenai kanak-kanak lelaki yang memasuki usia remaja dipisahkan secara paksa daripada ibu atau penjaga mereka di 'The Annex'. Hanya sedikit atau tiada maklumat langsung tentang ke mana mereka dibawa atau apa yang berlaku kepada mereka seterusnya.
  •  Sejumlah 64% penduduk Al-Hol adalah kanak-kanak, manakala 50% penduduk kem itu berusia bawah 12 tahun.
  • Penyebab utama kematian di Al-Hol ialah berkaitan jenayah, menyumbang 38% daripada semua kematian di kem. Sebagai tambahan kepada 85 kematian berkaitan jenayah itu, 30 cubaan bunuh juga dilaporkan di kem itu.
  • Al Hol kini secara hakikatnya adalah penjara luar, di mana ramai dilucutkan hak mereka dan terdedah kepada keganasan dan ketidakamanan, majoritinya kanak-kanak yang tidak melakukan apa-apa untuk menerima nasib yang menimpa mereka. Dianggarkan hampir 60 negara yang mempunyai warganegara di Al-Hol dan kem tahanan lain yang berkaitan di Syria (Roj) termasuk UK, Australia, China, Sepanyol, Perancis, Switzerland, Tajikistan, Turki, Sweden dan Malaysia. Berikutan beberapa kepulangan dan penghantaran pulang, jumlah penduduk kem kini menjangkau kira-kira 53,000 orang, yang mana kira-kira 11,000 daripadanya adalah warga asing yang ditempatkan di bahagian luar kem dipanggil 'The Annex'.
  • Sejak Oktober 2020, daripada kira-kira 53,000 yang ditahan, lebih 1,300 keluarga Syria meninggalkan kem Al-Hol ke kawasan asal mereka, namun senarai menunggu panjang dan proses untuk mendapatkan kebenaran keluar adalah suram. Pada Ogos 2022, kira-kira 3000 rakyat Iraq telah dihantar pulang ke negara asal.

“Mereka mesti bertanggungjawab dan mengenal pasti penyelesaian alternatif untuk orang yang ditahan di kem. Sebaliknya, mereka telah menangguhkan atau hanya enggan menghantar pulang warganegara mereka, dalam beberapa kes sehingga melucutkan kewarganegaraan mereka, menjadikan mereka tidak bernegara.

“Walaupun keadaan ganas dan tidak selamat di Al-Hol, dengan lebih tiga tahun selepas lebih 50,000 orang dipindahkan ke sana, perkembangan dilakukan masih tidak mencukupi untuk menutup kem itu.

“Masih tiada alternatif jangka panjang untuk menamatkan penahanan sewenang-wenangnya dan tidak pasti ini. Semakin lama masyarakat disimpan di Al-Hol, semakin teruk keadaannya, menyebabkan generasi baharu terdedah kepada eksploitasi dan tanpa sebarang prospek zaman kanak-kanak bebas daripada keganasan,” kata Martine Flokstra.

Selepas 11 tahun perang, 14.6 juta direkod memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria. Ia negara yang mempunyai bilangan pelarian dalaman (IDP) terbesar di dunia, dengan 6.9 juta IDP, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Ramai yang sudah berulang kali kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam keadaan tidak menentu. MSF beroperasi di Syria di mana kami mampu, namun ketidakamanan berterusan dan kekangan akses terus mengehadkan keupayaan kami untuk memberikan bantuan kemanusiaan yang sepadan dengan skala keperluan. Permintaan berulang kami untuk kebenaran beroperasi di kawasan dikawal Kerajaan Syria tidak diberikan. Di kawasan di mana akses boleh dirundingkan, seperti barat laut dan timur laut Syria, kami menjalankan dan menyokong hospital serta pusat kesihatan, dan kami menyediakan penjagaan kesihatan melalui klinik mudah alih.

Categories