Skip to main content

Pergolakan politik Myanmar mengancam rawatan HIV

Ma Sabai, 24, who was born with HIV and diagnosed at 17, waits for her appointment at MSF’s Moegaung clinic in Kachin state.

Ma Sabai, 24, yang dilahirkan dengan HIV dan didiagnosis pada 17, menunggu untuk temujanji dia dia klinik Moegaung Doctors Without Borders di negeri Kachin. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Impak kepada mereka yang menghidap HIV 

Diagnosis yang lewat atau rawatan yang tergendala memudaratkan mereka yang hidup dengan HIV. Ia mengundang peningkatan tahap virus dalam darah mereka, melemahkan sistem imun dan menyebabkan tubuh badan mereka bergelut untuk melawan jangkitan yang boleh membawa maut. Dan jika HIV tidak didiagnosis sehingga ia berada di peringkat lanjut, responsnya terhadap rawatan akan semakin berkurangan.

Sejumlah 2,929 temu janji direkodkan tidak dihadiri di klinik Médecins Sans Frontières (MSF) antara Februari dan Oktober, peningkatan 89 peratus pada tempoh sama tahun lalu. Lebih membimbangkan, kami mengesan pesakit yang langsung tidak dapat kami hubungi. Di Shan, pekerja jangkauan komuniti kami terputus hubungan dengan 120 pesakit sejak Februari - peningkatan 50 peratus tahun ke tahun - dan bagi mereka ini, tidak banyak boleh kami lakukan.

Risikonya bukan sekadar pada pesakit. Tahap virus lebih tinggi meningkatkan kemungkinan penularan HIV kepada orang lain. Jika ramai yang tidak mendapatkan rawatan atau tidak dapat mendiagnosis keadaan mereka serta memulakan terapi antiretroviral, kita boleh menjangka jangkitan meluas merentas komuniti menyebabkan kemajuan dicapai bertahun-tahun dalam menangani wabak itu akan kembali kepada keadaan asal.

Kesan lebih luas akibat pergolakan politik terbaharu ini terhadap sistem penjagaan kesihatan awam Myanmar menyaksikan banyak hospital ditutup atau sekadar menawarkan rangkaian perkhidmatan yang terhad ketika kakitangan sedang mogok. Ini bermakna pilihan yang ada semakin sedikit untuk rujukan pesakit HIV kami apabila keperluan mereka kritikal, mengancam nyawa pesakit kami yang paling berisiko.

MSF bangkit mengisi jurang dalam perkhidmatan HIV

Walaupun keadaan beransur pulih sejak 10 bulan lalu, NAP masih belum berada dalam kedudukan untuk kembali menerima pesakit daripada MSF ke dalam programnya. Kami tidak akan mempertimbangkan untuk memulakan semula pemindahan pesakit sehingga paling awal 2023. 

Banyak kemudahan NAP masih menawarkan perkhidmatan yang terhad, sekali pun ia berfungsi. Diagnosis dan permulaan rawatan untuk pesakit baharu dihentikan di banyak lokasi. Lebih banyak kemudahan terpencil sekadar mampu dikendalikan seorang jururawat yang hanya boleh memberikan ubat tetapi tidak dapat menguji darah untuk memantau beban virus atau mengendalikan pesakit lebih kompleks yang mana HIV mereka berada pada tahap lebih kritikal.

Ini menyaksikan pengunduran dalam strategi MSF untuk menurunkan skala aktiviti HIV. Kami kini mendiagnosis dan memulakan rawatan untuk pesakit baharu dalam skala besar buat kali pertama sejak 2019 – menerima 399 pesakit sejak tentera mengambil alih kuasa – dan pesakit NAP melawat fasiliti MSF di Shan, Kachin dan Tanintharyi melebihi 7,200 kali untuk meneruskan rawatan memandangkan klinik kerajaan tidak dapat menyokong mereka.

The outside of MSF’s HIV clinic in Myitkyina, Kachin state

Di luar klinik HIV Doctors Without Borders di Myitkyina, negeri state. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Kapasiti Doctors Without Borders untuk bertindak balas

Tahap sejauh mana klinik kami boleh berkembang untuk memenuhi permintaan adalah berbeza-beza. Di Kachin, kami boleh menyediakan pengisian semula ubat, diagnosis dan pemeriksaan, namun jumlah pesakit NAP yang datang ke kemudahan kami di Shan begitu besar sehingga mengehadkan sokongan yang boleh kami tawarkan.

Peningkatan pesakit ini, di samping gangguan terhadap import ubat-ubatan, mengancam bekalan perubatan kami. Selama berbulan-bulan, kami sekadar mampu menawarkan preskripsi ubat anti-retroviral yang lebih pendek, dan kini kami kehabisan ubat-ubatan untuk merawat jangkitan oportunistik dalam kalangan mereka yang menghidap HIV, seperti meningitis kulat dan peralatan yang diperlukan untuk mendiagnos HIV pada bayi. Jika stok ini tiada, hasilnya mungkin boleh membawa maut kepada pesakit.

Perjalanan mencabar klinik HIV Doctors Without Borders

Ketidakstabilan politik Myanmar mencetus konflik antara tentera Myanmar di satu pihak, dan militia awam pro-demokrasi serta pertubuhan bersenjata etnik di pihak yang lain. Pembunuhan, pengeboman bersasar dan perebutan wilayah adalah perkara biasa di serata negara.

Ramai yang melawat klinik kami terpaksa melalui perjalanan jauh, dan perjalanan itu kini dipenuhi cabaran yang mungkin menghalang mereka daripada menempuhinya. Pusat pemeriksaan tentera dan polis yang menakutkan, di mana orang ramai digeledah dan dipaksa membayar ‘wang kopi’ untuk melepasi, sangat berleluasa. Perintah berkurung jam 10 malam hingga 4 pagi memberi lebih sedikit masa kepada orang ramai untuk sampai ke klinik dan pulang tepat pada masanya, manakala tindakan keganasan sporadik menimbulkan risiko kepada mereka yang bergerak di beberapa laluan.

An MSF staff member washes her hands at MSF’s HIV clinic in Myitkyina on 1 October 2021. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Seorang kakitangan perubatan mencuci tangannya di klinik HIV Doctors Without Borders' HIV di Myitkyina. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

“Laluan antara Chipwe dan Myitkyina ditutup secara rasmi selama berbulan-bulan, jadi terdapat banyak sekatan pemeriksaan dan segelintir sahaja pemandu berani untuk datang,” kata Brang Seng*, 30, yang hanya disahkan menghidap HIV April lalu dan terpaksa membuat lawatan kerap ke Klinik MSF selepas dia memulakan rawatan.

“Saya bimbang dengan konflik yang meningkat, yang akan menghalang saya daripada bergerak, dan sekali gus terlepas temu janji saya, jadi saya datang lebih awal. Saya hanya boleh datang apabila ada teksi. Ia bukan setiap hari.”

Ekonomi Myanmar yang musnah mengehadkan akses kepada penjagaan kesihatan

Pandemik COVID-19, ditambah pula rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, menyebabkan ekonomi negara itu bergolak. Ramai hilang pekerjaaan dan inflasi melambung tinggi meningkatkan kos keperluan harian, terutamanya makanan dan petrol.

Keretapi murah antara bandar tidak beroperasi dan laluan bas juga tidak boleh diharap, bermakna orang ramai terpaksa menggunakan kereta atau motosikal persendirian yang lebih mahal. Bagi pesakit HIV kami, ini bermakna kos tambahan untuk sampai ke klinik kami sementara kedudukan kewangan mereka tenat.

Walaupun dapat sampai ke klinik MSF di Moegaung di negeri Kachin, pengalaman pesakit HIV U Hla Tun* menggambarkan cabaran dihadapi penduduk Myanmar sejak Februari. Dia mencari rezeki dengan mengangkut anak khinzir dengan motosikalnya dari tempat tinggalnya di Karmine untuk dijual di bandar perlombongan jed di Hpakant. Sebelum ini, dia mampu memperoleh 100,000 kyat (AS$55) untuk setiap kali perjalanan. Tetapi dengan Hpakant menghadapi gangguan internet dan rasa tidak selamat akibat pertempuran, permintaan terhadap ternakan menurun dan dia tidak dapat bergerak semudah sebelumnya.

Pesakit di klinik HIV Doctors Without Borders' di Myitkyina

Brang Seng, 30, who was diagnosed with HIV in April 2021, stands outside MSF’s Myitkyina clinic in Kachin state. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Brang Seng*, 30, yang didiagnosis dengan HIV pada April 2021, berdiri di luar klinik Myitkyina Doctors Without Borders di negeri Kachin. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Ma Sabai, 24, who was born with HIV and diagnosed at 17, with her family at MSF’s Moegaung clinic in Kachin state. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Ma Sabai, 24, yang dilahirkan dengan HIV dan didiagnosis pada 17, dengan keluarganya di klinik Moegaung Doctors Without Borders di negeri Kachin. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

Naw Naw, 47, who has been receiving HIV services from MSF for 20 years, attends a consultation at MSF’s HIV clinic in Myitkyina, Kachin state. Myanmar, 2021.

Naw Naw, 47, yang telah menerima perkhidmatan HIV daripada Doctors Without Borders selama 20 tahun, menghadiri rundingan di klinik HIV Doctors Without Borders di Myitkyina, negeri Kachin. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

A patient has a consultation with an MSF doctor at MSF’s Moegaung clinic in Kachin state. Myanmar, 2021

U Hla Tun*, 58, yang telah menerima perkhidmatan HIV daripada Doctors Without Borders selama hampir 20 tahun, dalam perunding dengan doktor di klinik Moegaung Doctors Without Borders di negeri Kachin. Myanmar, 2021. © Ben Small/MSF

“Ia terlalu sukar untuk bergerak. Saya tidak boleh bergerak sekitar kawasan itu dan berniaga kerana pertempuran dan COVID. Hanya beberapa pembeli sahaja yang tinggal dan perniagaan saya hampir tergendala,” katanya. "Tiada jaminan keselamatan di Hpakant, jadi orang ramai tidak mahu membeli dan menternak khinzir lagi."

Bagi pesakit yang tidak dapat ke klinik kami disebabkan halangan seperti ini, kami masih boleh memberi mereka ubat melalui pengangkutan awam - di negeri Shan kami melakukan 270 penghantaran sejak Februari. Namun ia bukan penyelesaian jangka panjang. Pesakit yang keadaannya tidak stabil perlu berjumpa doktor perubatan, dan tanpa konsultasi serta ujian yang mereka terima di klinik kami, mereka tidak mendapat kualiti penjagaan yang mencukupi.

Masa depan?

Adalah penting bahawa mereka yang menghidap HIV di Myanmar mempunyai akses yang boleh dipercayai kepada penjagaan kesihatan. Ini bermakna Program AIDS Kebangsaan yang berfungsi sepenuhnya, dan sebagai gantinya komuniti penggerak yang boleh mengisi kekosongan. Dengan penderma tidak dapat menyalurkan dana melalui kerajaan tentera Myanmar, yang akan dianggap sebagai sokongan tersirat, mungkin organisasi seperti MSF perlu terus memainkan peranan sehingga berlaku perubahan dalam landskap politik. Oleh itu, pembiayaan berterusan untuk perkhidmatan HIV di Myanmar adalah penting.

Semua halangan dalam penyediaan penjagaan HIV perlu dibongkar. Memastikan permit import sentiasa tersedia untuk ubat-ubatan dan bekalan perubatan lain dianggap satu kejayaan yang pantas, namun konflik dan perselisihan ekonomi yang memberi kesan kepada akses pesakit kami terhadap penjagaan kesihatan di Myanmar akan memerlukan usaha dan masa yang lebih lama untuk ditangani.

Sejak lebih 20 tahun, Medicines Sans Frontieres (MSF) berada di barisan hadapan tindak balas HIV di Myanmar, mendapatkan pembiayaan penting dan merintis rawatan antiretroviral. Menjelang 2013, kami adalah pembekal antiretroviral terbesar di negara ini, dan kami sudah merawat hampir 42,000 pesakit secara keseluruhan. Model paling utama kami memastikan bahawa kes yang paling kompleks, terutama yang mempunyai kondisi lain termasuk tuberkulosis, menerima penjagaan berkualiti paling tinggi.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, kami memperkukuhkan kapasiti kerajaan dalam merawat mereka yang menghidap HIV, dengan matlamat utama untuk memindahkan pesakit kami ke Program AIDS Kebangsaan (NAP) dan menutup operasi HIV kami. Menjelang 2021, kami telah memindahkan lebih 26,000 penghidap HIV ke program kerajaan, termasuk semua pesakit kami di Yangon.

 

*Nama telah ditukar

 

Baca artikle ini dalam Bahasa Burma.
Categories