Skip to main content

Lubnan: Doctors Without Borders gesa perlindungan orang awam dan petugas perubatan di tengah serangan Israel

MSF health promotion activities in Downtown Beirut. Lebanon, October 2024. © Elham Haider/MSF

Aktiviti promosi kesihatan oleh Doctors Without Borders di Downtown Beirut, Lebanon. Oktober 2024.t. Lebanon, Oktober 2024. © Elham Haider/MSF

Pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) sedang berusaha tanpa henti untuk memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan di kemudahan sedia ada, sambil meningkatkan operasi bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat akibat konflik ini. Namun, serangan udara Israel yang berterusan memaksa kami memberhentikan beberapa aktiviti di kawasan yang paling terjejas. Kami terus menyesuaikan operasi bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang amat diperlukan.

Doctors Without Borders menyeru semua pihak yang berperang agar melindungi orang awam, fasiliti kesihatan, dan petugas kesihatan di Lubnan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat memenuhi keperluan perubatan yang mendesak.

Disebabkan tahap keganasan yang melampau, kerosakan jalan raya, dan tiada jaminan keselamatan, kami tidak dapat sampai ke semua kawasan yang terjejas di Lubnan, walaupun keperluan perubatan dan kemanusiaan semakin meningkat.
François Zamparini, Penyelaras Kecemasan

Minggu lalu, Doctors Without Borders terpaksa menutup kliniknya di kem pelarian Palestin di Burj el Barajneh, di selatan Beirut. Kami juga terpaksa menghentikan sementara operasi di Baalbek-Hermel, di timur laut Lubnan. Kedua-dua kawasan ini terletak di zon serangan yang teruk.

“Kami berjaya membuka semula klinik di Hermel secara separa minggu ini untuk memastikan pesakit mendapat bekalan ubat, dengan memberikan bekalan ubat untuk tempoh dua hingga tiga bulan, bergantung kepada tahap keseriusan keadaan mereka,” tambah Zamparini.

Pesakit di kawasan ini sudah pun terjejas, berdepan dengan kesukaran mendapatkan rawatan perubatan yang amat diperlukan. Penutupan fasiliti perubatan menyebabkan golongan yang menghidap penyakit kronik tidak mendapat rawatan penting.

Pasukan perubatan Doctors Without Borders juga masih tidak dapat beroperasi dengan baik di selatan Lubnan akibat tiada jaminan keselamatan untuk kakitangan perubatan. “Sebuah hospital yang kami rancang untuk menyokong dan telah mendermakan kit trauma dan ubat-ubatan di Nabatiyeh, hanya beberapa kilometer dari garisan hadapan, telah terkena serangan pada 5 Oktober,” jelas Zamparini.

Pasukan perubatan bergerak Doctors Without Borders yang sebelum ini menyokong pusat kesihatan umum di Nabatiyeh dan kawasan lain yang lebih dekat dengan sempadan Lubnan sejak November 2023 telah di paksa menghentikan aktivitinya. Pasukan yang sebelumnya pernah sampai ke kawasan berhampiran sempadan tidak lagi boleh berbuat demikian dan kini hanya mampu beroperasi sejauh ke Sauda, kira-kira 50 kilometer ke utara sempadan selatan, di mana keperluan amat mendesak.

Distribution of non food item kits in Downtown Beirut. Lebanon, October 2024. © Maryam Srour/MSF

Pengagihan Kit Barangan Bukan Makanan di Pusat Bandar Beirut, Lubnan, Oktober 2024. © Maryam Srour/MSF

Dalam tempoh dua minggu yang lalu, sekurang-kurangnya 50 petugas perubatan telah terkorban akibat serangan udara Israel. Ini menjadikan jumlah keseluruhan petugas kesihatan yang terbunuh sejak Oktober tahun lepas melebihi 100 orang, menurut Kementerian Kesihatan Awam Lebanon. Pengeboman berat oleh Israel turut menyebabkan gangguan teruk terhadap akses perubatan di seluruh Lebanon. Sehingga 1 Oktober 2024, enam hospital dan 40 pusat penjagaan kesihatan umum terpaksa ditutup kerana keadaan peperangan yang semakin memuncak, menurut laporan dari Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Konflik bersenjata ini memburukkan lagi krisis kemanusiaan sedia ada, dan meningkatkan keperluan asas yang telah lama tidak dipenuhi. Sistem kesihatan Lebanon yang sudah sedia terbeban akibat krisis ekonomi negara, kini berada di ambang kehancuran. Ramai kakitangan perubatan telah berhijrah, manakala kemudahan perubatan tempatan kekurangan kapasiti dan sumber. Pusat-pusat kesihatan yang sudah mencapai kapasiti maksimum kini semakin tertekan untuk memenuhi keperluan perubatan yang semakin meningkat, terutamanya daripada golongan pelarian yang kehilangan tempat tinggal.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), skala pemindahan di Lebanon melebihi kemampuan negara itu untuk menyediakan perlindungan yang mencukupi, dengan lebih sejuta orang telah dipindahkan. Kebanyakan tempat perlindungan yang dihuni kini berada dalam keadaan yang amat daif.

Bagi membantu situasi ini, Doctors Without Borders telah mengerahkan 12 pasukan perubatan bergerak ke pelbagai wilayah, termasuk Beirut, Mount Lebanon, Saida, Tripoli, Bekaa, dan Akkar. Pasukan ini menyediakan bantuan kecemasan psikologi, konsultasi perubatan umum, serta sokongan kesihatan mental. Selain itu, bantuan berupa tilam, kit kebersihan, makanan panas, dan air bersih turut diberikan.

Namun begitu, keperluan yang dihadapi oleh orang ramai jauh lebih besar daripada apa yang mampu ditampung oleh kami.

Kita perlu memastikan kesinambungan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Orang awam dan infrastruktur awam, kemudahan perubatan serta petugas kesihatan tidak boleh dijadikan sasaran. Keselamatan mereka mesti dijamin.
François Zamparini, Penyelaras Kecemasan