Skip to main content
maternal health

Ramadan ini,

bantu para ibu yang terperangkap di krisis

Bagi wanita yang tinggal di persekitaran krisis, isu kesihatan maternal boleh mengundang maut.

Di negara dalam krisis, kami ada di sana untuk para ibu.

Afghanistan
Yaman

Bayi terus dilahirkan di Afghanistan, di tengah pergolakan politik dan kesannya terhadap penjagaan kesihatan serta ekonomi. Itulah sebabnya, pada 2012 Doctors Without Borders membuka hospital bersalin khusus di Khost, Afghanistan, untuk menyediakan penjagaan ibu dan neonatal yang selamat serta percuma kepada wanita dan bayi mereka. Di hospital ini, wanita didahulukan, menyediakan penjagaan yang sangat diperlukan kepada ibu baharu dan bayi mereka.

“Kami memberikan sokongan kepada unit bersalin di lapan kemudahan penjagaan kesihatan tempatan di daerah luar bandar di Khost. Baru-baru ini kami melakukan penyelenggaraan tambahan untuk memastikan ia terus berjalan, menambah sedikit bahan api supaya ia boleh berfungsi pada waktu malam, dan kami juga membekalkan kit untuk kelahiran biasa yang termasuk beberapa ubat, barangan kebersihan dan topi untuk pastikan bayi sentiasa hangat,” kata Lou Cormack, penyelaras projek Doctors Without Borders di Khost

Di Yaman, antara 2016 dan 2018, seramai 36 ibu dan 1,529 kanak-kanak - 1,018 daripadanya baharu lahir - meninggal dunia di hospital Taiz Houban dikendalikan Doctors Without Borders, di pentadbiran Taiz, serta hospital Abs yang disokong Doctors Without Borders, di Hajjah. Daripada kematian di Taiz Houban, hampir satu pertiga membabitkan kanak-kanak dan bayi baharu lahir yang meninggal dunia semasa proses penghantaran. Ramai bayi baharu lahir dibawa ke Doctors Without Borders untuk penjagaan mempunyai berat lahir rendah atau dilahirkan pramatang, di rumah atau di klinik swasta kecil. Punca kematian paling biasa pada neonatus adalah pramatang, asfiksia kelahiran dan jangkitan teruk (sepsis).

Jumlah kematian tinggi dikaitkan beberapa faktor, kebanyakannya kesan langsung daripada peperangan. Ini termasuk kekurangan kemudahan kesihatan yang berfungsi di Yaman, kesukaran orang ramai untuk sampai kepada kemudahan itu, serta ketidakupayaan mereka untuk menanggung ikhtiar alternatif. Ramai perlu melintasi barisan hadapan, melalui tanah tidak bertuan, atau berurusan melalui beberapa pusat pemeriksaan untuk sampai ke hospital yang masih berfungsi.

Dr Kathrina De Jesus bercerita mengenai aktiviti Doctors Without Borders di hospital ibu dan anak di Taiz Houban, Yaman dalam video ini. Beliau menerangkan peningkatan bilangan pesakit diterima kemudahan perubatan, serta kekurangan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama di kawasan itu. Kathrina juga berharap organisasi lain memulakan perkhidmatan perubatan di Houban untuk menangani keperluan mendesak berkenaan penjagaan kesihatan ibu dan anak.

A proud, happy mother kisses her baby’s hand in Dasht-e-Barchi’s New Born Unit

Seorang ibu yang bangga dan gembira mencium tangan bayinya di Unit Kelahiran Baharu Dasht-e-Barchi. Afghanistan, Mac 2016. © Kate Stegeman/MSF

A healthcare staf assists a new mother at Dasht-e-Barchi’s Kangaroo Mother Care Unit.

Seorang kakitangan penjagaan kesihatan membantu ibu baharu di Unit Penjagaan Ibu Kangaru Dasht-e-Barchi. Afghanistan, Mac 2016. © Kate Stegeman/MSF

MSF health promoter Noor-U-Rahman explains the danger signs to look out forduring pregnancy to a group of caretakers at the MSF-supported Tani comprehensive health centre, Khost province.

Penganjur kesihatan Doctors Without Borders Noor-U-Rahman menerangkan tanda bahaya yang perlu diberi perhatian semasa mengandung kepada sekumpulan penjaga di pusat kesihatan komprehensif Tani yang disokong MSF, wilayah Khost. © Tom Casey/MSF

Bangladesh
Republik Afrika Tengah

Sementara itu daerah Cox's Bazar di Bangladesh menempatkan pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan bersasar di negara jiran Myanmar, Rakhine sejak 1978. Keganasan terkini bermula Ogos 2017, mencetus penghijrahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, memaksa ratusan ribu tinggal di kem dengan keadaan semakin teruk. Kira-kira 860,000 pelarian Rohingya tinggal di kawasan seluas 26 kilometer persegi. Dalam keadaan ini, bukan mudah untuk ibu mengandung menerima penjagaan pra dan antenatal yang selamat serta selesa.

Ribuan terbunuh atau cedera dan jutaan kehilangan tempat tinggal selama bertahun-tahun konflik berdarah - namun sebahagian besarnya diabaikan - di Republik Afrika Tengah (CAR). Menurut PBB, lebih separuh daripada rakyat dianggap memerlukan bantuan kemanusiaan, dan hampir 1.4 juta kehilangan tempat tinggal atau menjadi pelarian. CAR terus menjadi salah satu negara yang mempunyai situasi paling kritikal dari segi jangka hayat, kematian ibu, kekurangan zat makanan dan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan. Bersalin dalam CAR boleh menjadi berbahaya.

A midwife checks a newborn baby at Doctors Without Borders primary health centres in Cox’s Bazar, Bangladesh.

Seorang bidan memeriksa bayi baharu lahir di pusat kesihatan utama Doctors Without Borders di Cox's Bazar. Bangladesh, Julai 2019. © Anthony Kwan/MSF

0-day-old son at the Goyalmara Mother and Child hospital in Cox’s Bazar,

Sualeha Mohamed Ayubiu, 25, memegang anak lelakinya yang berusia 10 hari di hospital Ibu dan Anak Goyalmar di Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh. Dia pernah tinggal di Manupara, Bhushidong City, Myanmar. Dia kini tinggal di kem untuk pelarian di Bangladesh. Bangladesh, Ogos 2020. © Hasnat Sohan/MSF

Pasukan penjagaan kesihatan Doctors Without Borders bekerjasama dengan wanita hamil untuk menyediakan perkhidmatan bersalin, penjagaan obstetrik kecemasan dan konsultasi selepas bersalin. Kami bekerjasama dengan bidan dan atendan kelahiran tradisional untuk mewujudkan program supaya kelahiran yang rumit dapat dikenal pasti dengan cepat untuk membantu mencegah kematian ibu setiap hari, pada bulan biasa dan juga pada Ramadan. Di Khost, perkhidmatan hospital bersalin berjalan 24/7.

Apa cabaran dalam menyediakan penjagaan kesihatan maternal?

Di kawasan luar bandar seperti Khost, Afghanistan, dan tempat lain di luar bandar besar, majoriti wanita tidak mempunyai akses mencukupi kepada penjagaan obstetrik yang penting. Ini diburukkan lagi dengan kekurangan bidan dan doktor wanita.

Pembiayaan juga satu lagi cabaran. Di Afghanistan, Doctors Without Borders menyaksikan pemotongan pembiayaan kritikal pada sistem kesihatan Afghanistan. Seiring langkah ekonomi dilaksanakan terhadap kerajaan baharu, Afghanistan mengalami krisis kewangan. Pekerja penjagaan kesihatan melakukan yang terbaik untuk terus menyediakan penjagaan kepada wanita hamil walaupun kemudahan mereka tidak mendapat dana yang sangat diperlukan.

Doctors Without Borders is rehabilitating and extending the Mrima Heath Centre in Likoni, a popular Mombasa neighbourhood, in order to improve access to reproductive health. In the meantime, Doctors Without Borders installed a temporary container-made maternity to provide a free and safe place for pregnant women to deliver. Kenya, February 2017. © Yann Libessart/MSF

Doctors Without Borders sedang memulihkan dan memperluaskan Pusat Kesihatan Mrima di Likoni, kejiranan Mombasa yang popular, untuk meningkatkan akses kepada kesihatan reproduktif. Dalam pada itu, Doctors without Borders memasang kontena yang dijadikan wad bersalin sementara untuk menyediakan tempat percuma dan selamat bagi ibu hamil bersalin. Kenya, Februari 2017. © Yann Libessart/MSF

A mother carrying her newborn baby using the kangaroo mother care technique

Seorang ibu membawa bayinya yang baharu lahir menggunakan teknik penjagaan ibu kanggaru, digunakan di hospital Castor untuk bayi yang beratnya di bawah 1.6kg. Republik Afrika Tengah, Februari, 2017. © Borja Ruiz Rodriguez/MSF

Health promoter explains the methods of contraception available to women and couples at the Gbaya Ndombia maternity clinic

Penganjur kesihatan menerangkan kaedah kontraseptif yang tersedia untuk wanita dan pasangan di klinik bersalin Gbaya Ndombia di PK5, Bangui. Republik Afrika Tengah, November 2016. © Sandra Smiley/MSF

Nurse and midwife Furaha Bazikanya, examines a young pregnant woman in one of the two consultation spaces at a mobile clinic in the village of Kier.

Jururawat dan bidan Furah Bazikanya, memeriksa seorang wanita muda yang hamil di salah satu daripada dua ruang konsultasi di klinik bergerak di kampung Kier. Sudan Selatan, Disember 2017. © Frederic NOY/COSMOS

Untuk memburukkan keadaan, pasar dan sistem pengangkutan ditutup, orang ramai menetap di rumah, tidak pasti sama ada kemudahan kesihatan masih dibuka. Walaupun kebanyakan isu ini kini diselesaikan, kekurangan dana menyebabkan wanita hamil kembali bergelut untuk melahirkan anak dengan selamat.

Doctors Without Borders melihat kesan langsung keganasan terhadap kesihatan individu dan komuniti di mana kami berkhidmat. Orang yang cedera memerlukan penjagaan. Kanak-kanak tidak dapat sampai ke kemudahan perubatan semasa musim malaria. Gangguan perlindungan dan rawatan vaksinasi untuk HIV dan tuberkulosis (TB). Wanita ditinggalkan tanpa bantuan sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Related articles

Setahun selepas serangan ke atas wad ibu bersalin Dasht-e-Barchi
Setahun selepas serangan ke atas wad ibu bersalin Dasht-e-Barchi
Pada 12 Mei 2020, wad bersalin hospital Dasht-e-Barchi di Kabul, Afghanistan, diserang. Seramai 24 orang terbunuh, menurut sumber rasmi. Pada 15 Jun, ...
Yaman: Kekurangan zat makanan bertambah buruk dalam kalangan kanak-kanak di Abs
Yaman: Kekurangan zat makanan bertambah buruk dalam kalangan kanak-kanak di Abs
Pasukan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) di utara Yaman umumnya merawat lebih ramai kanak-kanak dengan kes kekurangan zat makana...
Afghanistan: Malnutrisi  melonjak di Herat sambil penjagaan kesihatan di titik pecah
Afghanistan: Malnutrisi melonjak di Herat sambil penjagaan kesihatan di titik pecah
The Afghan healthcare system has been fragile and plagued by major gaps for years now, and the suspension of international aid as a result of the rece...
Yaman: Kekurangan zat makanan bertambah buruk dalam kalangan kanak-kanak di Abs
Yaman: Kekurangan zat makanan bertambah buruk dalam kalangan kanak-kanak di Abs
Pasukan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) di utara Yaman umumnya merawat lebih ramai kanak-kanak dengan kes kekurangan zat makana...
Afghanistan: Kecederaan dan kehilangan tempat tinggal meningkat ketika keganasan merebak serata negara
Afghanistan: Kecederaan dan kehilangan tempat tinggal meningkat ketika keganasan merebak serata negara
Keganasan di Afghanistan melonjak sejak Mei dengan pertempuran di kawasan sekitar serta dalam wilayah ibu kota antara tentera Afghan dan Emiriah Islam...
Yaman: Berjuang untuk akses penjagaan antenatal di Al Qanawis
Yaman: Berjuang untuk akses penjagaan antenatal di Al Qanawis
Seperti kebanyakan wanita lain di kampungnya, Fatima, 17, tidak mempunyai akses kepada penjagaan antenatal semasa kehamilannya. Dia baru-baru ini mela...