Skip to main content
 Advanced HIV project

Inovasi Menyelamatkan Nyawa

Kami berterusan menggerakkan inovasi untuk memastikan rawatan berkualiti tinggi, berasaskan bukti untuk pesakit kami dalam persekitaran mencabar dan bersumber rendah.

Pendekatan inovatif dalam penjagaan perubatan kemanusiaan  

Persekitaran tidak konvensional selalunya memerlukan pendekatan yang juga tidak bersifat konvensional, sama ada melalui pembangunan teknologi baharu dan penyesuaian yang sedia ada, atau mengenal pasti kaedah kerja yang baharu dan lebih baik. Apa pun pendekatannya, matlamatnya adalah sentiasa untuk memudahkan kerja Doctors Without Borders dalam menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan. 

Kemaskini terkini

Di seluruh dunia, jutaan individu terjejas akibat bencana, penyakit dan konflik. Responden pertama yang bekerja dengan komuniti ini selalunya perlu meliputi kawasan yang luas, namun kekurangan data diperlukan untuk tindak balas yang cekap dan berkesan. Melalui MapSwipe, pasukan Doctors Without Borders di Sudan Selatan sedang membangunkan model kebolehcapaian untuk menganggarkan perjalanan dan masa dari kampung ke perkhidmatan seperti tapak kesihatan dan pusat air di Lankien. 

Dengan telefon mudah alih, anda boleh memainkan peranan dalam membantu komuniti di seluruh dunia, menentukan di mana kedudukan infrastruktur dan populasi kritikal berada sebelum krisis berlaku. 

Related articles

Honduras: Memerangi denggi dengan nyamuk, satu inovasi untuk melindungi manusia daripada kematian
Honduras: Memerangi denggi dengan nyamuk, satu inovasi untuk melindungi manusia daripada kematian
Untuk memerangi krisis kesihatan awam yang berkembang dengan pesat di Honduras, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) bekerjasama r...
Onnie, Labrador yang membantu menjaga mangsa terselamat keganasan dan penyeksaan melampau
Onnie, Labrador yang membantu menjaga mangsa terselamat keganasan dan penyeksaan melampau
Menyediakan psikoterapi dengan bantuan haiwan kepada pesakit di Mexico City
Inovasi: apabila AI membantu naik taraf diagnosis kanser serviks
Inovasi: apabila AI membantu naik taraf diagnosis kanser serviks
Kanser serviks adalah kanser kedua paling membawa maut di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Di Malawi di Afrika Timur, tempat Doctors Without...
Inovasi: Antibiogo sudah pun dilaksanakan di DRC serta Jordan, dan bakal menyusul di makmal Doctors Without Borders yang lain
Inovasi: Antibiogo sudah pun dilaksanakan di DRC serta Jordan, dan bakal menyusul di makmal Doctors Without Borders yang lain
Bertindak balas terhadap kecemasan kesihatan global, Yayasan MSF bertindak dan memberikan respon konkrit yang boleh digunakan serta-merta di negara be...

Kaedah dan program inovatif  

Bagi Doctors Without Borders, inovasi ada dalam budaya kami. Kami sentiasa cuba mencari cara untuk memudahkan dan menambah baik kaedah serta proses kami untuk mencapai pesakit kami atau memastikan akses kepada rawatan perubatan, walaupun menghadapi banyak cabaran dan kerumitan dalam banyak bidang tempat kami bekerja. 

 

Sistem Airdrop Super Versatile (SVAS) 

Awal tahun ini, ICRC dan Doctors Without Borders menyertai usaha untuk menguji Sistem Airdrop Super Versatile (SVAS) yang dipelopori Humanitarian Pilots Initiative (HPI), sebuah NGO Switzerland yang terbabit dalam operasi menyelamat kemanusiaan. 

Untuk mengukuhkan kapasitinya dalam tindak balas kemanusiaan kecemasan, ICRC Air Operations terlibat dalam penyelesaian inovatif dengan sokongan Pasukan Pemudahcara Inovasi ICRC. "Kami mahu menguji keselamatan sistem, ketepatan, ketahanan, keberkesanan kos serta kesesuaiannya dengan keperluan dan piawaian khusus kami dalam memenuhi konteks kemanusiaan operasi," kata Laurent Camisa, Pengurus ICRC Air Operastions yang mengambil bahagian dalam koordinasi dan pelaksanaan ujian. 

Sepanjang 3 hari ujian, 38 muatan dengan 2412.9 kg barang yang diedarkan melalui beberapa penerbangan khusus dilepaskan ke landasan udara di Sungai Athi, kira-kira 30 km tenggara ibu kota Kenya. Ujian itu termasuk "26 hot pass" penerbangan bersamaan dengan "live run", menambah sehingga 85 minit masa penerbangan "on task". 

Epidemiologi bersama telefon pintar 

Pada Ogos 2017, salah satu perpindahan moden terbesar bermula apabila 700,000 melarikan diri dari keganasan mengerikan di Myanmar, dan hari ini hampir satu juta pelarian Rohingya tinggal di penempatan sementara yang tidak menentu di tenggara Bangladesh. Ketika kecemasan berlaku, organisasi antarabangsa tiba, pusat kesihatan dibina, tempat pengedaran diwujudkan. 

Namun sejauh manakah organisasi yang memberikan bantuan benar-benar tahu mengenai pelarian? 

“Pada Julai 2018, kami menjalankan tinjauan epidemiologi di dua kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh. Matlamatnya untuk mengetahui kadar kelahiran dan kematian, tahap kekurangan zat makanan kanak-kanak, dan apakah penyakit utama dalam komuniti, "jelas María Simón, penyelaras kecemasan dengan Doctors Without Borders di Bangladesh. "Kami juga ingin tahu sama ada mereka menggunakan kemudahan kesihatan kami, serta apa yang menghalang mereka sekiranya tidak menggunakannya." 

Menggunakan aplikasi telefon pintar, pasukan Doctors Without Borders berjaya memusatkan sebilangan besar data semasa melawat isi rumah di seluruh kem. Penemuan tinjauan mendorong pasukan kami membuka klinik bergerak baharu di penempatan besar di mana jarak yang jauh dan keadaan tanah, terutamanya semasa hujan musim tengkujuh, menjejaskan akses kepada penjagaan kesihatan. 

Ambulans bandar beroda tiga menyelamatkan nyawa 

Di seluruh dunia, kenderaan tiga roda menawarkan pengangkutan bandar yang murah. Di Gwoza, sebuah bandar di timur laut Nigeria, kenderaan kecil beroda tiga ini, yang dikenali penduduk tempatan sebagai keke napeps, bukan sekadar alat pengangkutan awam, sebaliknya ia juga satu cara untuk menyelamatkan nyawa. Setiap bulan sekitar 260 pesakit diangkut ke hospital dalam keke napeps, yang digunakan Doctors Without Borders sebagai ambulans sementara untuk mengelakkan sekatan pergerakan di sebuah bandar yang dikawal tentera Nigeria berikutan konflik selama bertahun-tahun. 

Di Gwoza, Doctors Without Borders menyediakan perundingan kecemasan, penjagaan pemakanan dan pesakit dalam serta perkhidmatan kesihatan reproduktif seksual. Kami terus menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan di 12 lokasi lain di seluruh negeri Borno dan Yobe. 

Teleperubatan: "Membawa beberapa ubat terbaik kepada beberapa pesakit paling teruk di dunia" 

Teleperubatan membolehkan pasukan perubatan dari jauh berunding dengan seluruh rangkaian pakar setiap kali mereka berhadapan kes yang melangkaui keupayaan segera mereka. Tanpa akses kepada alat diagnostik lanjutan atau kepakaran pakar, pekerja perubatan di tempat seperti Kimbi selalunya mempunyai kebolehan terhad untuk memahami sepenuhnya banyak simptom pesakit mereka yang lebih kompleks, dan oleh itu tidak semestinya sentiasa menyediakan penjagaan penyelamat nyawa lanjutan. Bagi pakar perubatan Kanada Dr. Raghu Venugopal, teleperubatan boleh membantu mengubahnya. 

Situasi ini disaksikannya sendiri semasa bekerja dengan Doctors Without Borders di Republik Demokratik Congo. "Ada seorang wanita mengalami sakit perut yang teruk," katanya. Kesakitan itu melumpuhkan, tetapi puncanya tidak jelas, jadi dia melakukan beberapa siri ujian ultrabunyi. Sumber di hospital Kimbi terhad, dan hakikat bahawa kakitangan perubatan memiliki akses kepada mesin ultrabunyi adalah satu kemewahan diagnostik yang agak jarang berlaku untuk kawasan itu. Namun sehingga Dr. Venugopal dapat melihat dari imej ultrabunyi bahawa wanita itu mempunyai beberapa nodul yang tidak dapat dijelaskan dalam hatinya, dia tidak mempunyai kepakaran untuk mengetahui maksudnya, dan tidak ada pakar lain yang berkelayakan di hospital - atau, untuk perkara itu, di rantau ini. Jadi pasukan berkenaan memuat naik fail imej ke platform teleperubatan Doctors Without Borders, yang mana melaluinya seorang sukarelawan daripada rangkaian pakar klinikal boleh memberikan pendapat pakar mereka. Seorang pakar radiologi di AS dapat memberitahunya bahawa keadaan itu tidak membimbangkan kesihatan pesakit. "Ini adalah ilustrasi hebat tentang penggunaan teleperubatan," kata Dr. Venugopal. 

Dron: Alat kemanusiaan yang berguna 

Dron. Perkataan itu menyebabkan ramai dalam dunia kemanusiaan menggigil. Namun di sebalik reputasi mereka, 'kenderaan udara tanpa pemandu' (UAV) ini semakin digunakan untuk menyelamatkan nyawa. Bagi Doctors Without Borders, dron telah mengubah banyak perkara. 

Mencipta peta bermaklumat yang dipertingkatkan oleh teknologi sistem maklumat geografi (GIS), peranti ini mempunyai pelbagai kegunaan - sama ada untuk merancang susun atur kem besar, mengenal pasti lokasi lubang gerudi dalam wabak kolera atau menjejaki vaksin semasa ia dilancarkan keluar. 

Di daerah Nsanje, selatan Malawi, pasukan kami baru-baru ini menggunakan dron kecil untuk menjalankan eksesais pemetaan udara Makhanga — kawasan seluas 60 kilometer persegi, yang sebahagiannya terputus daripada bantuan semasa banjir besar pada 2015. Beberapa peta terperinci Makhanga wujud, dan pasukan kecemasan kami mahu bersiap sedia untuk meramal jangkaan pada musim hujan yang akan datang. 

Hipotermia pada bayi baharu lahir 

Hipotermia penyumbang utama kepada morbiditi dan kematian neonatal di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Ini berlaku walaupun di tempat dengan iklim lebih panas. Protokol standard - menggunakan inkubator - tidak sesuai untuk tetapan sumber rendah. Inkubator mahal; memerlukan elektrik yang boleh dipercayai; dan memerlukan latihan penting untuk pengendalian, memastikan kebersihan serta penyelenggaraan. 

Doctors Without Borders menggunakan kepakaran neonatal kami dan kekuatan khusus dalam analisis masalah untuk menjelaskan kelemahan peralatan dan amalan sedia ada. Kami juga sedang menganalisis pelbagai cabaran kontekstual di mana apa-apa penyelesaian pemanasan alternatif sekalipun mestilah juga mampu tangani. Dengan cara ini, kita akan dapat mengenal pasti apa yang akan menjadi penyelesaian realistik. 

 Haydan hospital in Haydan district – Saada governorate

Ali Nabil - berusia satu hari ketika foto pertamanya dirakam di Jabatan Bersalin di Hospital Haydan. © Mohammed Almahdi/MSF 

 Iraq: maternal health activities in Mosul - June 2019

"Terdapat hospital yang lebih dekat di Hammam al-Alil, namun kami memilih untuk ke sini. Kami memilih untuk pergi jauh demi mendapatkan kualiti yang baik berbanding ke hospital yang lebih dekat. Ini adalah kelahiran pertama saya di hospital ini." Zeina*, ibu kepada empat anak. © Maya Abu Ata/MSF 

*Nama sudah ditukar