Skip to main content

Inovasi: Antibiogo sudah pun dilaksanakan di DRC serta Jordan, dan bakal menyusul di makmal Doctors Without Borders yang lain

A microbiology laboratory technician is using Antibiogo in CHK Hospital

Seorang juruteknik makmal mikrobiologi menggunakan Antibiogo di Hospital CHK di Kinshasa. Rebublik Demokratik Kongo, 2019. © MSF

Menurut WHO, rintangan antimikrobial (AMR) antara ancaman kesihatan awam paling mendesak pada zaman kita. Pihak berkuasa kesihatan menganggarkan lebih separuh daripada semua antibiotik digunakan secara tidak wajar, terutama di banyak negara berpendapatan rendah atau sederhana (LMIC). AMR tidak boleh diukur di negara-negara ini disebabkan kekurangan sumber teknikal dan manusia untuk mengesan serta memantaunya. Oleh itu, penting untuk mencari respons yang boleh digunakan dengan pantas untuk menangani kecemasan kesihatan dan menghentikan penyebaran AMR.

Yayasan MSF (Médecins Sans Frontières / Doctors Without Borders) sedang membangunkan Antibiogo, peranti perubatan in vitro bertanda CE pertama yang direka, dibangunkan dan diuji untuk dan dengan LMIC. Alat ini, yang merupakan aplikasi bacaan (atau aplikasi), memungkinkan untuk mentafsirkan antibiogram dan memberikan respons yang boleh dipercayai serta praktikal untuk memastikan preskripsi antibiotik yang selamat.

Dengan Antibiogo, mana-mana juruteknik makmal mikrobiologi, di mana-mana sahaja di dunia, akan dapat membaca dan mentafsir Ujian Kecenderungan Antimikrob (AST) secara langsung melalui mana-mana telefon dan mengetahui profil rintangan bakteria yang bertanggungjawab terhadap jangkitan pesakit.
Dr. Nada Malou, Ketua Program Antibiogo

Peperangan menentang rintangan antibiotik adalah berdasarkan maklum balas pelbagai disiplin dengan diagnosis tepat menjadi teras penting

Sebelum memulakan rawatan antibiotik, bakteria patogen perlu dikenal pasti dengan jelas dan diuji untuk penerimaan kepada antibiotik. Dalam kes ini, sampel perlu diambil daripada pesakit, bakteria dikenal pasti, dan AST dilakukan. Di negara berpendapatan tinggi, preskripsi antibiotik difasilitasi oleh penggunaan sistem automatik untuk membaca dan mentafsir AST, dan oleh kepakaran ahli mikrobiologi. Namun dalam LMIC kekurangan peralatan, ahli mikrobiologi klinikal, serta latihan menjadikan tafsiran ujian, lebih rumit dan seringkali tiada.
Akibatnya, AST sering disalah tafsir dan ini terbukti di 70 negara di mana Doctors Without Borders beroperasi. Pesakit sering dilihat tiba di hospital dengan jangkitan kuman yang tidak bertindak balas terhadap rawatan antibiotik.

Untuk membantu doktor dalam LMIC menetapkan antibiotik paling berkesan untuk pesakit mereka, Yayasan MSF telah mencipta alat yang boleh mentafsir foto AST.

Tafsiran AST yang selamat dan boleh dipercayai hasil aplikasi menakjubkan: Antibiogo

Antibiogo adalah alat diagnostik yang membolehkan juruteknik makmal yang bukan pakar mengukur serta mentafsir AST. Ia berdasarkan pemprosesan imej, teknologi kecerdasan buatan dan sistem pakar yang mensimulasikan pengetahuan pakar.

Aplikasi ini dibangunkan kakitangan Yayasan MSF bersama 15 Felo Google.org yang menyokong mereka sepenuh masa, pro bono sepanjang 12 bulan dan memberikan lesen perisian daripada syarikat mikrobiologi pakar, i2a. Dari segi praktis, , aplikasi ini membolehkan juruteknik makmal mengukur diameter zon perencatan, dan kemudian mentafsir keputusan tanpa memerlukan sebarang kepakaran dalam mikrobiologi. Di lapangan, keputusan menunjukkan tahap kesesuaian sangat tinggi, antara 90 hingga 98% bergantung kepada bakteria, jika dibandingkan dengan tafsiran dijalankan oleh ahli mikrobiologi bertauliah. Juruteknik makmal bukan pakar yang bekerja di LMIC kini boleh mengukur dan mentafsir AST untuk memberikan hasil yang tepat.

A technician from the bacteriology laboratory of the CSref of Koutiala seeds culture media in order to carry out identification tests on colonies Labo CSREF. Mali, 2021. © Ismael Diallo

Seorang juruteknik makmal bakteriologi CSref di Koutiala membenihkan media kultur untuk menjalankan ujian identifikasi di makmal koloni CSREF. Mali, 2021. © Ismael Diallo

Antibiogo: harapan hebat untuk memperlahankan rintangan antibiotik di LMIC


Antibiogo adalah peranti perubatan in vitro bertanda CE pertama yang direka oleh Yayasan MSF. Alat ini, sejenis aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma, memberikan tindak balas konkrit untuk memperlahankan AMR di semua negara dengan memudahkan akses kepada diagnosis bakteriologi yang berkualiti. Hasilnya juga boleh digunakan untuk tujuan pemantauan dan mengemas kini rawatan empirikal berdasarkan etiologi sebenar.

Aplikasi Antibiogo sedang dilaksanakan di beberapa makmal Doctors Without Borders, termasuk Jordan dan Kinshasa DRC dan menjelang Disember di Mali, Republik Afrika Tengah dan Yaman dan bertujuan untuk digunakan secara lebih meluas. Sedikit masa lagi, aplikasi itu akan menjadi alat penting untuk profesional dalam penjagaan kesihatan di semua LMIC.