Skip to main content

Ujian Klinikal Penting Menentukan Semula Pilihan Rawatan Tuberkulosis Rintang Pelbagai Ubat

India, 29 October, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF

Dianggarkan setengah juta dijangkiti MDR/RR-TB setiap tahun, dan ramai mati disebabkannya. Rejimen endTB mewakili alternatif penting untuk rawatan MDR-TB yang singkat dan melengkapi penggunaan satu lagi rejimen MDR-TB lebih pendek yang sangat berkesan, dipanggil BPaLM, yang tidak sesuai untuk populasi tertentu. Keputusan ujian endTB akan dibentangkan pada Persidangan Kesatuan Dunia, 15-18 November 2023, di Paris, Perancis. India, 29 Oktober, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF

Paris, Perancis; 15 November 2023 – Keputusan percubaan klinikal dibentangkan buat kali pertama hari ini di Persidangan Kesatuan Dunia mengenai Kesihatan Paru-Paru mendedahkan bukti untuk menyokong penggunaan empat rejimen baharu yang dipertingkatkan bagi merawat tuber HYPERLINK "https://doctorswithoutborders-apac.org/en/tuberculosis"k HYPERLINK "https://doctorswithoutborders-apac.org/en/tuberculosis"ulosis rintang pelbagai ubat atau tuberkulosis tahan rifampisin (MDR/RR -TB). Pasukan itu - diketuai oleh Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF), Partners In Health (PIH), dan Interactive Research and Development (IRD) dan dibiayai oleh Unitaid - membentuk konsortium endTB dan memulakan percubaan rawak secara terkawal Fasa III ini pada 2017 .

India, 29 October, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF

India, 29 Oktober, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF 

MDR/RR-TB adalah penyakit disebabkan bakteria TB yang tahan terhadap rifampicin, salah satu antibiotik garisan pertama yang paling berkuasa, serta ditambah/tanpa rintangan terhadap isoniazid. Kira-kira setengah juta orang menghidap MDR/RR-TB setiap tahun, dan ramai mati disebabkannya. Walaupun pelbagai rejimen MDR-TB kini digunakan di seluruh dunia, ramai masih dirawat dengan rawatan konvensional yang membabitkan tempoh panjang (sehingga 24 bulan), tidak berkesan (hanya 59% kejayaan rawatan pada 2018), dan sering menyebabkan kesan buruk, termasuk psikosis akut dan pekak kekal.

Melalui rejimen ini pesakit mesti mengambil secara oral sehingga 14,000 pil sepanjang rawatan penuh, dan ada terpaksa menanggung suntikan harian yang menyakitkan selama berbulan-bulan.

Percubaan itu menemui tiga rejimen ubat baharu yang boleh memberikan keberkesanan dan keselamatan sama kepada rawatan konvensional sambil mengurangkan masa rawatan sehingga dua pertiga. Rejimen endTB mewakili alternatif penting untuk rawatan MDR-TB yang singkat dan melengkapkan penggunaan satu lagi rejimen MDR-TB yang sangat berkesan dan lebih pendek, dipanggil BPaLM, yang tidak sesuai untuk populasi tertentu. Jika disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, rejimen rawatan baharu yang berpusatkan pesakit ini akan memberi kuasa kepada doktor untuk menawarkan rawatan MDR-TB yang dipendekkan tanpa mengira umur, kehamilan dan komorbiditi yang biasa berlaku di kalangan penghidap MDR-TB.

Sebagai tambahan, percubaan itu juga menyokong penggunaan rejimen keempat sebagai alternatif untuk mereka yang tidak boleh bertolak ansur dengan bedaquiline atau linezolid; sekurang-kurangnya satu daripada dua ubat ini ada dalam setiap rejimen disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia semasa untuk MDR-TB.

Percubaan endTB mendaftarkan 754 pesakit yang pelbagai dari tujuh negara (Georgia, India, Kazakhstan, Lesotho, Pakistan, Peru dan Afrika Selatan). Ini termasuk populasi yang dikecualikan mengikut sejarah seperti remaja dan mereka yang mempunyai komorbiditi seperti gangguan penggunaan substan, dan peserta yang hamil semasa percubaan. Percubaan ini menilai lima rejimen rawatan selama sembilan bulan, dan elemen rawak berdasarkan hasil yang disesuaikan, bermakna lebih ramai pesakit diberikan rejimen yang menunjukkan hasil yang lebih baik.

India, 29 October, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF

India, 29 Oktober, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF 

“Kami berdiri di puncak kejayaan besar dalam pertempuran menentang MDR, penyakit yang secara tidak seimbang memberi kesan kepada penduduk miskin di seluruh dunia. Hasil ujian kami menawarkan harapan kepada mereka yang sangat memerlukan dan menekankan keperluan penyelidikan dan inovasi yang berterusan - serta akauntabiliti syarikat swasta yang menerima dana awam - untuk menangani penyakit yang terlalu kerap menyerang golongan yang paling rentan dalam kalangan kita. Namun kos beberapa ubat kekal menjadi penghalang. Satu contoh adalah delamanid yang masih berharga 12-40 kali lebih tinggi daripada sepatutnya mengikut kos yang dianggarkan secara bebas untuk menghasilkan ubat itu,” kata Carole Mitnick, ScD, Rakan Kongsi Pengarah Kesihatan Dalam Penyelidikan untuk projek endTB, Penyelidik Utama Bersama kajian itu, serta Profesor Kesihatan Global dan Perubatan Sosial di Sekolah Perubatan Harvard.

“Untuk sekian lama, MDR-TB menjadi ancaman menggerunkan dengan pilihan rawatan terhad dan tidak boleh diterima dengan baik, namun hari ini, kami mendedahkan bukti untuk pelbagai rejimen secara oral yang inovatif dan dipendekkan yang akan membolehkan rawatan MDR-TB yang berpusatkan pesakit secara individu. Ini menandakan detik penting dalam memerangi penyakit yang melanda populasi yang terdedah seluruh dunia. Apa yang menjadikan keputusan ini lebih luar biasa ialah kepelbagaian, dan hasil generalisasi, percubaan terkawal rawak Fasa III ini,” kata Lorenzo Guglielmetti, MD, Pengarah Médecins Sans Frontières untuk projek endTB dan Penyelidik Utama Bersama kajian itu.
Lorenzo Guglielmetti
India, 29 October, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF

India, 29 Oktober, 2023 © Siddhesh Gunandekar/MSF 

"Keputusan ini memberikan harapan baharu kepada semua yang menunggu rawatan untuk tuberkulosis paling berbahaya dan sukar untuk dirawat di seluruh dunia," kata Dr Philippe Duneton, Pengarah Eksekutif Unitaid. “Kami memiliki penyelidikan bertaraf emas. Ubat-ubatan itu sudah tersedia di tempat yang diperlukan. Jika disyorkan, bukti berkualiti tinggi ini boleh diterjemahkan dengan cepat kepada pilihan rawatan lebih baik yang sesuai untuk semua orang yang menghidap tuberkulosis rintang dadah."

Percubaan klinikal endTB menilai lima rejimen eksperimen untuk MDR/RR-TB terhadap standard penjagaan dalam dua populasi analisis yang berbeza. Rejimen endTB 1, 2, 3, menunjukkan hasil tidak inferior terhadap kawalan dalam kedua-dua analisis populasi primer, membuktikan kejayaan dalam merawat RR-TB. Rejimen 1, 2, dan 3 mencapai hasil menggalakkan dalam masing-masing 89.0%, 90.4%, dan 85.2% peserta. Rejimen 5 juga menunjukkan tindak balas rawatan yang kuat pada 85.6% dan tidak inferior terhakdap kawalan 80.7% dalam salah satu analisis populasi utama. Walaupun keputusan konsisten dalam kedua-dua populasi diperlukan untuk secara rasmi mewujudkan hasil tidak inferior, rejimen 5 menjanjikan alternatif untuk pesakit yang tidak dapat menerima rawatan lain yang disyorkan.

Akses sebenar kepada pilihan rawatan baharu ini bergantung kepada penghapusan semua halangan terhadap penjagaan yang tepat pada pada masanya dan berkualiti tinggi. Keputusan percubaan ini boleh menangani halangan utama untuk menjaga ramai orang dan konsortium endTB akan terus menyokong untuk meningkatkan akses serta kemampuan kepada penjagaan TB yang berkualiti.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai keputusan ujian klinikal, sila layari endTB.org

UNITAID

Unitaid menyelamatkan nyawa dengan menyediakan produk kesihatan baharu dan mampu dimiliki oleh rakyat di negara berpendapatan rendah serta sederhana. Unitaid bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengenal pasti rawatan, ujian dan alatan yang inovatif, membantu menangani sekatan pasaran yang menghalang mereka, serta menyampaikannya kepada pihak yang paling memerlukannya – dengan pantas. Sejak ia diwujudkan pada 2006, Unitaid sudah memberikan akses kepada lebih 100 produk kesihatan penting untuk membantu menangani cabaran kesihatan terbesar dunia, termasuk HIV, TB dan malaria; kesihatan wanita dan kanak-kanak; serta pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas wabak. Setiap tahun, produk ini memberi manfaat kepada lebih 170 juta orang. Unitaid adalah perkongsian yang dihoskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF)

Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) adalah sebuah organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa yang bebas yang menyampaikan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas akibat konflik bersenjata, wabak, bencana alam dan pengecualian daripada penjagaan kesihatan. Hari ini, Doctors Without Borders telah beroperasi di hampir 70 negara.

Doctors Without Borders terbabit dalam penjagaan tuberkulosis selama lebih 30 tahun dan membuka program pertamanya untuk merawat TB rintang pelbagai ubat pada 1999. Doctors Without Borders mempunyai projek rawatan TB di 30 negara; ia salah satu penyedia rawatan bukan kerajaan terbesar untuk TB rintang dadah. Pada 2022, 17,800 orang memulakan rawatan barisan pertama untuk batuk kering dalam program Doctors Without Borders di seluruh dunia; 2,590 pesakit memulakan rawatan tuberkulosis tahan dadah.

Partners In Health

Partners In Health adalah sebuah organisasi kesihatan global yang komited tanpa henti untuk meningkatkan kesihatan golongan miskin dan terpinggir. PIH membina kapasiti tempatan dan bekerjasama rapat dengan komuniti miskin untuk menyampaikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, menangani punca penyakit, melatih penyedia, memajukan penyelidikan dan menyokong perubahan dasar global. PIH mula merawat MDR-TB pada 1995 dan sejak itu melaksanakan program rawatan berasaskan komuniti untuk MDR-TB di beberapa negara, termasuk Peru, Russia, Haiti, Lesotho dan Kazakhstan.

IRD

IRD adalah organisasi penyampaian dan penyelidikan kesihatan global yang berpangkalan di Dubai yang bekerja di 15 negara, termasuk negara MDR-TB yang mempunyai beban tinggi seperti Pakistan, Indonesia dan Bangladesh. Pasukan IRD memanfaatkan inovasi proses dan teknologi untuk menangani jurang penyampaian kesihatan global, termasuk penggunaan inovasi pasaran kesihatan seperti model perniagaan sosial untuk melibatkan penyedia swasta dalam penjagaan kesihatan paru-paru dan diabetes, serta penggunaan insentif berasaskan prestasi untuk komuniti penyaring dan penyokong rawatan, insentif pesakit untuk membolehkan pematuhan rawatan, dan penggunaan platform teknologi maklumat sumber terbuka untuk membolehkan pemantauan rapi penjagaan pesakit dan kualiti program.

Categories