Skip to main content

Sebulan selepas pengisytiharan wabak Ebola : Apa Doctors Without Borders lakukan di Uganda

Second Ebola Treatment Unit in Madud.

Unit Rawatan Ebola Kedua di Madud. Uganda, Oktober 2022. © MSF/Sam Taylor

Sejak bermulanya wabak itu dan sehingga 23 Oktober, 90 pesakit disahkan menghidap Ebola dan 28 orang dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit itu. Sejumlah 32 orang lagi pulih dan dibenarkan keluar dari pusat rawatan.

Memandangkan cabaran timbul disebabkan kekurangan vaksin berlesen atau rawatan pada masa ini untuk jenis Ebola Sudan, dan berdasarkan pengalaman daripada wabak sebelumnya, Doctors Without Borders memfokuskan tindak balasnya dalam tiga bidang. Pasukan doktor, jururawat, pakar logistik, pakar pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC), serta penganjur kesihatan sedang berusaha untuk mengehadkan penularan wabak, mengurangkan kematian dan memudahkan pemantauan epidemiologi, penyelidikan dan inovasi.

Satu daripada matlamat terpenting dalam mengawal penyebaran wabak adalah untuk mengurangkan masa antara gejala pertama penyakit dan pengurusannya. Kita tahu bahawa lebih awal pesakit dirawat, lebih besar peluang mereka untuk hidup dan semakin kurang risiko penyakit itu merebak dalam masyarakat.
Denis K. MBAE, Koord. Projek Jangka

Di Daerah Mubende, pusat wabak berkenaan, beberapa pasukan Doctors Without Borders kini ditempatkan berdekatan dengan pesakit. Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka melawat pusat kesihatan atau sekolah di mana pesakit Ebola telah melaluinya untuk menyokong pencegahan dan kawalan jangkitan atau untuk memberikan nasihat berkaitan promosi kesihatan.

Pasukan juga menyediakan sokongan perubatan dan sosial kepada mereka yang terpaksa menjalani pengasingan diri selama 21 hari disebabkan kontak rapat dengan pesakit Ebola melalui pengagihan keperluan asas seperti produk kebersihan, sumbangan makanan dan peralatan komunikasi. Sokongan ini bertujuan untuk mengimbangi kehilangan aktiviti menjana pendapatan dan membolehkan individu berkenaan mengasingkan diri dalam keadaan yang boleh diterima.

A labourer works on the construction of a 39-bed Ebola Treatment Centre in Mubende

Seorang buruh sedang bekerja di kawasan pembinaan Pusat Rawatan Ebola berkapasiti 39 katil di Mubende, berdekatan pusat penularan wabak Ebola. ETC di Mubende ini adalah fasiliti kedua dibina Doctors Without Borders di bandar terbabit dan akan membantu meningkatkan kapasiti untuk kes Ebola sama ada yang disyaki atau sudah disahkan. Pusat itu akan dilengkapi Unit Rawatan Rapi dan menyokong usaha mengenal pasti serta merawat pesakit dengan kadar segara, sekali gus meningkatkian peluang mereka untuk selamat. Uganda, Oktober 2022. © MSF/Sam Taylor

Petugas promosi kesihatan Doctors Without Borders juga terbabit dalam mengenal pasti dan memantau kontak supaya dapat mengesan dengan segera mereka yang berisiko membawa penyakit dan meningkatkan kesedaran mengenai cara mencegahnya serta apa perlu dilaklukan sekiranya mereka menunjukkan simptom.  Akhir sekali, Doctors Without Borders bersiap sedia untuk menyokong pusat kesihatan terkesan untuk membantu mereka menyediakan rawatan kesihatan primer secara percuma kepada populasi di kawasan yang terkesan dengan wabak.

Pada masa sama, Doctors Without Borders terus menyokong Kementerian Kesihatan Uganda dalam memberikan rawatan perubatan kepada pesakit di daerah Mubende, yang kekal sebagai pusat wabak. Satu pusat rawatan Ebola 40 katil sudah siap, dan satu lagi kemudahan 40 katil, yang akan mempunyai kapasiti untuk menyediakan rawatan rapi, sedang dalam pembinaan di bandar Mubende untuk pesakit yang disahkan. Unit rawatan 8 katil di Madudu untuk mereka yang berada di peringkat awal penyakit kini sudah pun siap dan beroperasi.

Sebagai tambahan kepada pembinaan semua unit terbabit, kami menyumbang ubat-ubatan dan peralatan perlindungan, dan menyediakan latihan kepada kakitangan perubatan yang bekerja di kemudahan kesihatan, terutamanya tentang cara menjaga pesakit dan juga mengenai langkah-langkah kebersihan yang perlu dilaksanakan, yang penting untuk mengelak penularan nosokomial. Kami juga membekalkan Kementerian dengan kakitangan Doctors Without Borders yang berpengalaman dalam menguruskan kes demam berdarah, seperti doktor dan jururawat.
Denis Basdevant, Koordinator Projek

Di Kampala, ibu negara, Doctors Without Borders akan membangunkan langkah sama: aktiviti promosi kesihatan, sokongan sosial untuk kontak, sokongan kepada kemudahan kesihatan dari segi pencegahan dan kawalan jangkitan, serta sokongan untuk penjagaan kesihatan bukan berkaitan Ebola. Doctors Without Borders juga dijangka terbabit dalam rawatan pesakit dalam masa terdekat.

Akhir sekali, dari segi epidemiologi, Pusat Wabak bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, dalam menyokong aktiviti epidemiologi, termasuk pengawasan serta kawalan dan pencegahan jangkitan.

Doctors Without Borders turut menyatakan minat dan ketersediaan untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan yang akan bermula pada beberapa minggu akan datang mengenai vaksin dan rawatan untuk virus Ebola strain Sudan. "Kelulusan vaksin dan rawatan berkesan untuk strain Ebola Zaire pada 2018-2019 di Republik Demokratik Congo dan pengurusan wabak berikutnya menjadi alat penting dalam mengawal penyebaran virus. Walaupun kita sedar bahawa ia boleh dibangunkan dan diuji terlebih dahulu untuk menentukan keselamatan, namun keberkesanannya hanya boleh diuji semasa wabak. Oleh itu, dan seperti yang berlaku dengan ujian klinikal yang dijalankan untuk vaksin dan rawatan strain Zaire di DRC pada 2019, Doctors Without Borders bersedia untuk melabur banyak dalam penyelidikan ini," kata John Johnson, pakar tindak balas wabak dan vaksin Doctors Without Borders.

Categories