Skip to main content

Bagaimana untuk bekerja di Pusat Rawatan Ebola di Uganda? Temu bual bersama Ruggero Giuliani, doktor dari Itali

A labourer works on the construction of a 39-bed Ebola Treatment Centre in Mubende

Seorang buruh menjalankan kerja pembinaan Pusat Rawatan Ebola (ETC) dengan 39 katil di Mubende, berhampiran pusat wabak Ebola baru-baru ini. ETC di Mubende adalah kemudahan kedua dibina Doctors Without Borders di bandar itu dan akan menyediakan tambahan kapasiti untuk kes Ebola yang disyaki dan disahkan. Pusat ini akan mempunyai Unit Rawatan Rapi dan menyokong usaha mengenal pasti dan merawat pesakit dengan segera, meningkatkan peluang mereka untuk terus hidup. Uganda, October 2022. © MSF/Sam Taylor 

Saya seorang doktor perubatan dan bekerja secara berterusan untuk Doctors Without Borders antara 2003 hingga 2017. Penyakit berjangkit adalah kepakaran saya, jadi saya bekerja dalam pelbagai wabak, taun, Ebola serta krisis pemakanan.

Saya rasa pengalaman dalam sejarah panjang bersama Doctors Without Borders paling menyentuh saya ialah ketika wabak Ebola pada 2014 di Afrika Barat. Saya dihantar sebagai Penyelaras Perubatan untuk membuka projek di Monrovia ketika kemuncak wabak itu jadi ia satu pengalaman yang benar-benar traumatik kerana kami tidak dapat memberikan tahap penjagaan yang sangat baik, kami dihujani pesakit.

Ketika wabak Afrika Barat, kami menerima lebih 20,000 pesakit setahun, berbanding sebelum ini hanya 2,000 dalam tempoh 20 tahun sebelumnya. Ia satu keistimewaan dan secara saintifik sangat merangsang untuk bekerja dalam wabak ini dan cuba mencari penyelesaian yang praktikal. Ia mengingatkan saya ketika zaman HIV dahulu. Saya seorang doktor muda dalam HIV dan kami melihat semua orang muda ini mati dan kami duduk pada waktu malam bercakap tentang apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan penjagaan. Ia mendatangkan trauma kerana kami berdepan 50 kematian setiap hari, suatu keadaan seperti peperangan. Namun di sisi lain ia benar-benar merangsang untuk kami bekerja keras dan mencuba serta mencari penyelesaian klinikal.

Di Hospital Rujukan Mubende, seperti sekarang sekarang, kita ada dua kawasan, satu adalah Pusat Rawatan Ebola, sebelum kami menerima kes disyaki dan disahkan, kemudian salah satu puncak muncul dan kami terpaksa menukar semua kawasan untuk kes disyaki kepada kes yang disahkan untuk menampung pesakit.

Anda mendapati diri anda melakukan perkara yang di luar skop amalan anda. Saya sepatutnya melakukan pusingan wad, dan mendapati diri saya, anda tahu, menyediakan talian IV, membersihkan pesakit, melakukan penjagaan kejururawatan, rawatan perubatan, pembersihan, penjaga. Kita harus fokus pada perkara paling memberi impak. Penjagaan perubatan, tetapi juga maruah pesakit.

Ruggero Giuliani. Italyanong doktor na nagtatrabaho sa Ebola Treatment Centre sa Mubende, Uganda. 2022

Ruggero Giuliani (kanan) adalah seorang doktor Itali yang bekerja di Pusat Rawatan Ebola di Mubende, Uganda. 2022 © MSF

Penyakit ini adalah penyakit yang sangat lama, apabila masuk ke dalam badan, anda melihat tindak balasnya secara besar-besaran, cara ia memburukkan keadaan berlaku dengan cepat. Pesakit mungkin berjalan sedikit apabila mereka masuk dan kemudian mereka merosot dengan cepat.

Kita perlu memperbaiki lagi struktur ETC supaya petugas perubatan dan klinikal dapat bergerak di dalamnya. Jadi dari segi struktur, saya harap ETC baharu itu akan menambah baik bahagian ini kerana sebahagian ETC direka supaya kita boleh melihat pesakit dari luar, tanpa perlu memakai Alat Pelindung Diri (PPE). Ia satu konsep yang hebat.

Kita perlu dapat meihat pesakit dengan jelas dan berada di sana 24/7. Dalam PPE anda tidak boleh melakukannya.

PPE mengehadkan banyak tindakan anda, dengan keberadaan virus ini pada satu sisi, anda perlu berhati-hati dalam apa yang anda lakukan namun di sisi lain perkara ini boleh mengurangkan sentuhan kemanusiaan yang boleh anda tunjukkan kepada pesakit. Selain itu, anda tahu bila anda perlu mengambil vena, dengan sarung tangan ini, anda tahu ia bukan mudah, ia mengehadkan pergerakan anda interaksi anda dengan pesakit dan juga keupayaan untuk memberikan penjagaan yang terbaik.

Kemudian anda berpeluh. Saya tidak memakai cermin mata di dalamnya jadi saya tidak dapat melihat dengan baik dari jauh, sekarang saya semakin tua begitu juga dari dekat, jadi anda tahu tanpa cermin mata, penglihatan saya berkurangan. Peluh, haba di dalamnya mengehadkan walaupun PPE, kini lebih baik daripada sebelumnya dan sudah ditambah baik dalam aspek ini kerana kami mempunyai PPE ringan yang bukan hanya melindungi tetapi membolehkan anda berada lebih lama di dalamnya.

Walaupun keadaan ini bagus, pengubah permainan adalah untuk dapat memantau dan melihat pesakit dari luar. Saya boleh memerhati pesakit setiap saat, saya boleh meminta seseorang memantau tanda-tanda penting yang anda tahu dan memantau perkembangannya. Kami tahu penyakit itu berkembang, jadi saya ingin dapat bertindak cepat, jadi jika saya melihat ketepuan anda turun, boom, saya masuk dan beri oksigen, jika saya lihat denyutan jantung, boom, saya boleh memberi cecair jadi jenis pemantauan berterusan. Inilah yang membolehkan anda campur tangan tepat pada masanya.

Isu besar juga adalah pesakit tiba lewat. Apabila pesakit tiba lewat dalam keadaan penyakit itu berkembang, ia sangat mencabar. Itulah sebabnya penting untuk menerima mereka lebih awal dan bersikap agresif dalam pengurusan klinikal mereka. Ini kunci dalam kelangsungan hidup pesakit. Jika saya boleh mendapatkan anda pada hari kedua atau ketiga dalam penyakit ini, kajian menunjukkan peluang untuk terus hidup meningkat. Setiap kemasukan, dan ini tugas bahagian jangkauan, yang bertanggungjawab membawa pesakit lebih awal adalah kunci untuk meningkatkan survival pesakit.

Ruggero Giuliani, Italian doctor. November 2022 MSF

Ruggero Giuliani, doktor. Uganda, 2022 © MSF

Sangat sukar apabila anda sedar bahawa pesakit anda tidak akan mampu untuk bertahan. Mereka tidak akan berjaya mengharunginya. Anda tahu anda boleh mencuba yang terbaik, tetapi anda tahu apabila mengalami simptom teruk ini, anda tahu tidak ada lagi peluang, jadi apabila menyedari ini, orang itu masih hidup, cuba untuk memegang anda. Saya masih ingat suatu ketika ada pesakit agak gelisah, dia memegang tangan saya "Tolong duduk bersama saya," dan anda sedar dia akan mati.

Di sudut lain, setiap kali anda mempunyai pesakit yang terselamat dan berjaya keluar ia satu kegembiraan. Tahukah anda bahawa kami berjaya mengeluarkan enam pesakit yang terselamat pada hari lain dan ia adalah satu pesta! Dari segi mekanisme daya tindak, ini banyak membantu. Setiap kali anda membawa keluar pesakit yang sembuh daripada penyakit itu, anda berkata "Ahhhhh."

Ruggero Giuliani
Doctor

Ruggero Giuliani is an Italian doctor working with Doctors Without Borders in the Ebola Treatment Centre in Mubende, Uganda.

Categories