Skip to main content

Palestin: Penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat rindu untuk pulang ke tanah air

Doctors Without Borders (MSF) teams are conductiong mental health support to displaced Gazans in the West Bank in displacement centres where they are sheltering. West Bank, Palestinian Territories, October 2023. © Faris Al-Jawad/MSF

Pasukan Doctors Without Borders mengendalikan aktiviti sokongan kesihatan mental kepada penduduk Gaza yang dipindahkan di Tebing Barat di pusat perpindahan di mana mereka berlindung. Tebing Barat, Wilayah Palestin, Oktober 2023. © Faris Al-Jawad/MSF

“Sebelum 7 Oktober, segalanya OK untuk saya” kata Hussein*, 62, yang tinggal di Gaza tetapi bekerja di Israel selama 37 tahun sebelum perang yang sedang berlaku kini di Semenanjung Gaza. “Saya pergi untuk bekerja di Ashdod. Kadang-kadang saya tidur di sana, dan kadang-kadang saya kembali ke Gaza untuk melawat keluarga saya dan tinggal bersama mereka.”

Untuk menyara keluarganya, Hussein mengecat rumah dan bekerja di ladang di Ashdod, sebuah bandar di Israel kira-kira 35 hingga 40 kilometer di utara Gaza.

"Saya dilayan dengan baik, dan saya mempunyai ramai rakan Israel," katanya. “Sehari sebelum serangan 7 Oktober, saya sedang minum kopi bersama rakan baik saya di tempat saya tinggal. Dia orang Israel, dan saya bertemu dengannya semasa membeli sayur-sayuran di pasar. Saya pernah membawa dia dan keluarganya beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran dari Gaza. Keluarga kami juga cepat berkawan.”

The remnants of a destroyed building in Jenin after an Israeli incursion on 1 November. The harrowing bloodshed in Gaza is spilling over into the West Bank, where 141 Palestinians have been killed since 7 October. West Bank, Palestinian Territories, November 2023. © Faris Al-Jawad/MSF

Sisa bangunan yang musnah di Jenin selepas pencerobohan Israel pada 1 November. Pertumpahan darah yang mengerikan di Gaza merebak ke Tebing Barat, di mana 141 rakyat Palestin terbunuh sejak 7 Oktober. Tebing Barat, Wilayah Palestin, November 2023. © Faris Al-Jawad/MSF

Namun pada 7 Oktober semuanya berubah untuk Hussein. “Saya sedang tidur apabila rakan saya dan seorang lelaki lain memasuki bilik saya dan mula membelasah saya dengan kayu. Mereka menjerit, ‘orang kamu membunuh kami di sini dan kamu tidur di rumah kami!’ Mereka melepaskan anjing mereka untuk menyerang saya. Anjing menggigit dan mengoyak perut serta tubuh saya.”

Selepas 10 minit, Hussein berjaya melarikan diri, namun dia mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat selamat.

“Saya menelefon rakan Israel saya, yang datang menjemput saya. Dia membawa saya ke rumah rakan lain, dan saya bersembunyi di sana selama 10 hari tanpa melihat matahari. Pada 18 Oktober, saya mengambil teksi dan datang ke sini ke Tebing Barat.”

Hussein tiba di Ramallah, bandar utama Tebing Barat, dan memutuskan untuk menuju ke utara ke Jenin, di mana banyak pusat yang dikendalikan Pihak Berkuasa Palestin menampung ratusan penduduk Gaza yang dipindahkan.

Pasukan kami pergi ke pusat-pusat ini untuk memberikan sumbangan perubatan, termasuk ubat-ubatan untuk penyakit tidak berjangkit, serta menawarkan sokongan kesihatan mental. Beberapa pesakit melaporkan kepada pasukan kami bahawa mereka dipukul, dihina dan didera semasa ditahan tentera Israel sejak 7 Oktober.

“Orang-orang di sini memang baik hati. Saya tidak menjangkakannya,” kata Hussein. “Tetapi keluarga saya berada di Bandar Gaza. Isteri dan anak-anak saya tinggal di sana. Kadang-kadang saya berjaya menghubungi mereka melalui telefon. Mereka memberitahu saya bagaimana keadaan di sana. Ia dahsyat.

Saya hanya mahu hidup dengan aman. Kami tidak mahu menyusahkan sesiapa, dan kami berharap tiada siapa yang mengganggu kami. Untuk hidup aman dalam keluarga, anak dan cucu kita. Palestin adalah negara saya, di mana sahaja saya berada, ia adalah negara saya. Saya rindu untuk melihat keluarga saya di Gaza.”

Hari ini, Hussein percaya bahawa dia tidak akan dapat kembali ke Ashdod, bandar di mana dia pernah bekerja.

"Keadaan tidak tidak akan sama lagi," katanya.

 

*Nama ditukar untuk kerahsiaan.

Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?

Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.