Skip to main content
DRC Crisis Header3

Krisis DRC

Kami menyeru bantuan

Keganasan seksual adalah satu kecemasan perubatan dan kemanusiaan yang utama di Republik Demokratik Congo (DRC).

Doctors Without Borders sedang bertindak balas terhadap krisis Republik Demokratik Congo (DRC).

Kemaskini Terkini

2 mangsa setiap jam adalah angka yang didedahkan dalam analisis laporan 2023 itu. Daripada Januari hingga Disember 2023, lebih daripada 25,000 mangsa telah dirawat dengan sokongan Doctors Without Borders di 5 wilayah di mana kami menyediakan penjagaan berkaitan keganasan seksual (Kivu Utara, Kivu Selatan, Maniema, Ituri dan Kasaï Tengah).

Peningkatan yang membimbangkan ini cenderung untuk terus meningkat pada 2024, antara Januari dan Mei, 17,363 mangsa telah dirawat dengan bantuan Doctors Without Borders di wilayah Kivu Utara sahaja, sudah sedia mewakili 69% daripada jumlah keseluruhan mangsa yang dirawat pada 2023 di 5 wilayah yang disebut di atas.

Konflik-konflik bersenjata antara kumpulan berbeza di timur DRC, dan kesan-kesan konflik berkenaan terhadap berjuta-juta orang, benar-benar menyemarakkan fenomena ini. Data penjagaan itu untuk 2023 yang dibentangkan dalam laporan "We Are Calling for Help" menunjukkan bahawa 91% mangsa-mangsa yang dirawat dengan bantuan Doctors Without Borders di DRC telah dirawat di wilayah Kivu Utara, di mana pertempuran-pertempuran antara kumpulan M23, tentera Congo dan sekutu masing-masing telah berlarutan sejak akhir 2021, memaksa ratusan ribu orang awam melarikan diri dan menetap di tapak perpindahan.

Dua pertiga daripada mangsa-mangsa yang dirawat oleh Doctors Without Borders diserang oleh kumpulan bersenjata. Kebanyakan serangan-serangan ini berlaku di tapak-tapak perpindahan dan kawasan sekitarnya, apabila wanita dan gadis - yang menyumbang 98% daripada mangsa-mangsa yang dirawat oleh Doctors Without Borders di DRC pada 2023 - keluar untuk memungut kayu atau air, atau untuk bekerja di ladang.

DRC1
DRC5
DRC6
DRC7

Kemaskini Terkini

HIV/AIDS di DRC: Di sebalik kemajuan, masih terselindung cabaran besar
HIV/AIDS di DRC: Di sebalik kemajuan, masih terselindung cabaran besar
Pada 2002, pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) membuka pusat rawatan pesakit luar pertama yang menawarkan penjagaan percu...
Tindakan Kemanusiaan Mencapai Had Batasan di Ituri, Republik Demokratik Kongo (DRC)
Tindakan Kemanusiaan Mencapai Had Batasan di Ituri, Republik Demokratik Kongo (DRC)
Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) di DRC menyedari tentang krisis kompleks di mana 2.8 juta menghadapi pelbagai lapisan kekerasan...
Inovasi: Antibiogo sudah pun dilaksanakan di DRC serta Jordan, dan bakal menyusul di makmal Doctors Without Borders yang lain
Inovasi: Antibiogo sudah pun dilaksanakan di DRC serta Jordan, dan bakal menyusul di makmal Doctors Without Borders yang lain
Bertindak balas terhadap kecemasan kesihatan global, Yayasan MSF bertindak dan memberikan respon konkrit yang boleh digunakan serta-merta di negara be...

Sokong tugas kami

Dengan bantuan anda, kami boleh terus memberikan sokongan yang mereka dan orang lain yang terdedah yang terperangkap dalam krisis perlukan.