Skip to main content

"Kami mengejarkannya ke zon merah": Menyelamatkan nyawa anak kecil di Afghanistan

 mom is giving a glass of milk to her son Saddiqulah, 10, in the paediatric department of the Doctors Without Borders supported Boost hospital in Lashkar Gah, Helmand province.

Seorang ibu menyuapkan segelas susu kepada anaknya Saddiqulah, 10, di jabatan pediatrik Hospital Boost yang disokong Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) di Lashkar Gah, wilayah Helmand. Saddiqulah menghidap campak yang menyebabkannya mengalami radang paru-paru dan sepsis yang teruk. Afghanistan, 2022. © Oriane Zerah 

Namanya Tahera*. Dia dibawa ke Hospital Wilayah Herat yang disokong Doctors Without Borders sehari sebelumnya oleh ibu dan bapanya; dengan ruam merah dan bertompok-tompok merebak pada tubuhnya kecil. Selepas dinilai pasukan perubatan kami, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk campak di mana kami sudah mempunyai hampir 50 pesakit walaupun secara teori, kami hanya mempunyai ruang untuk 20 orang.

Selain campak kami juga menyedari Tahera kekurangan zat makanan, dan dia sukar bernafas. Keadaannya juga semakin 

Bimbang dengan keadaannya itu, kami segera mengejarkannya ke 'zon merah', di mana pesakit yang memerlukan penjagaan menyelamatkan nyawa dengan segera dibawa. Keletihannya terasa ketika ada memegangnya.

Kami semua pernah melihat kedaaan sebegini sebelum ini, terlalu kerap, beberapa kali sehari. Di mana badan kanak-kanak kehabisan tenaga, kehabisan kudrat untuk berjuang. Kadang-kadang tidak kira apa yang kami lakukan – kami tetap kehilangan pesakit. Dan berdepan dengan campak kami sudah kehilangan ramai pesakit. Secara purata dua kali sehari.

Semasa meletakkannya di atas katil, kami dapat melihat badannya bergelut untuk bernafas, menggunakan setiap otot untuk memaksa udara masuk dan keluar dari paru-parunya. Walaupun dia berusaha, matanya terpejam, dan tubuhnya mula berputus asa.
Kami telah melakukan semua yang termampu. Kami memberinya oksigen untuk membantunya bernafas. Namun begitu, kami dapat melihat paras oksigennya menurun secara berbahaya. Ketepuan oksigen bagi individu sihat adalah melebihi 95%. Namun baginya tahap ketepuan oksigennya jauh lebih rendah. Dan tidak kira apa yang kami lakukan - ia terus-menerus menurun. 30%, 28%, 22%.

Kulitnya mula bertukar biru. Merasa tidak berdaya, seluruh pasukan terkapai-kapai memikirkan apa lagi yang boleh kami lakukan. Semua pilihan rawatan standard mengecewakan kami. Di ambang kehilangan gadis kecil ini, muncul satu idea.

Apabila bayi baru lahir tidak bernafas dengan baik, anda boleh meletakkan mereka dalam keadaan berbaring di atas bahagian hadapan tubuh, dalam apa yang dipanggil kedudukan 'terlungkup'. Ini boleh meningkatkan fungsi paru-paru. Di Afghanistan, ia sesuatu yang sudah digunakan untuk orang dewasa dengan COVID-19, namun tidak pernah digunakan untuk bayi. Tetapi ia pilihan terakhir kami. Jadi, dengan seluruh pasukan jururawat dan doktor sedang memerhati - kami memutuskan untuk mencubanya. Kami menggulung selimut kecil yang ada pada ibu dan perlahan-lahan menterbalikkan bayi itu. Kemudian kami meletakkannya di atas, di atas bahagian hadapan tubuhnya, dengan mukanya berhati-hati digerakkan untuk menoleh ke satu sisi.

Bayi selalunya tidak gemarkan kedudukan ini, jadi kami tahu kami perlu meminimumkan tahap tekanannya dengan memastikan dia setenang mungkin. Ibunya menyaksikan segala-galanya, sangat bimbang, dan kini kami memintanya untuk datang dan bercakap dengan bayi itu, membelai rambutnya, memberikan jari untuk dipegangnya.

Dalam tempoh lima minit seterusnya kami melihat angka pada monitor oksigen Tahera dengan dengan rasa cemas.

Secara beransur-ansur, ia mula meningkat.

Ia mendaki daripada 22%, sehingga 89, 91, 92%. Dan ia kekal di situ, sekitar angka 90. Hampir normal.

Anda dapat melihat kelegaan pada wajah ibunya; dan pasukan. Kami berjaya mengatasi risiko keadaan kali ini. Kami perlu berpaling dan memberitahu seorang ibu bahawa keadaan akan baik-baik saja.

Campak antara penyakit paling berjangkit di dunia. Ia juga satu daripada yang paling mudah dicegah - dengan vaksin yang selamat dan berkesan. Namun disebabkan krisis di Afghanistan ramai kanak-kanak tidak diberi vaksin. Peperangan dan konflik selama bertahun-tahun menjejaskan perkhidmatan kesihatan Afghanistan. Selama bertahun-tahun pasukan vaksin bergelut untuk melindungi kanak-kanak melalui pelbagai vaksinasi rutin - termasuk campak.

Tahun ini seluruh Afghanistan, bukan hanya projek kami di Herat, telah menyaksikan peningkatan besar kes campak. Di Herat pada masa ini kami menemui lebih 200 kes seminggu, kebanyakannya kanak-kanak di bawah usia lima tahun - 60% daripadanya perlu dimasukkan ke wad dan memerlukan penjagaan tambahan.

 patient in the measles isolation ward at Boost hospital.

Seorang pesakit di wad pengasingan campak di hospital Boost. Lebih 440 pesakit campak dimasukkan ke wad pada Januari dan Februari 2022. Afghanistan, 2022. © Tom Casey/MSF 

Penyelesaiannya sangat mudah - kempen vaksinasi di seluruh negara boleh memutuskan rantaian penularan. Namun - disebabkan peristiwa Ogos 2021, sekatan meberi maksud sokongan kepada Afghanistan terganggu, termasuk pengimportan vaksin campak. Akibatnya, di tengah-tengah wabak tidak ada vaksin yang mencukupi untuk semua orang.

Sehingga setiap kanak-kanak divaksin, kami akan terus melihat kanak-kanak seperti Tahera tiba di hospital kami.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini kami sangat sibuk. Sebagai tindak balas kepada wabak campak kami baru sahaja membuka wad tambahan sebanyak 60 katil hanya untuk pesakit campak. Tiga hari selepas dibuka, kami menerima 112 pesakit, dengan kanak-kanak sering berkongsi katil disebabkan kekurangan ruang.

Susulan usaha advokasi daripada pasukan kami di Herat dan di Kabul, akhirnya vaksin campak yang mencukupi disediakan untuk memvaksin Bandar Herat, tempat kebanyakan pesakit kami berasal.

Walaupun ini akan menyelamatkan nyawa di Bandar Herat, kami juga sedar bahawa komuniti lain tidak akan bernasib baik. Dan kami sering berfikir tentang tempat tanpa kehadiran Doctors Without Borders, dan di mana keadaan hampir pasti lebih teruk.

Buat masa ini, kami nikmati kejayaan yang kami miliki.
 
*Nama diubah

Rebecca Ferguson
Nurse

Rebecca Ferguson is a nurse who has recently returned from her mission with Doctors Without Borders in Afghanistan.