Wabak Mpox di DRC: 5 perkara perlu diketahui
Pasukan promosi kesihatan Doctors Without Borders sedang mengendalikan sesi promosi kesihatan untuk meningkatkan kesedaran mengenai wabak Mpox. DRC, Mei 2023. © MSF
Bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah buruk dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan peningkatan bilangan orang yang telah dijangkiti, mutasi yang membawa kepada penularan virus daripada manusia kepada manusia, dan notifikasi kes-kes yang disyaki di tapak-tapak untuk orang yang dipindahkan di wilayah Kivu Utara.
Apakah situasinya di negara ini, dan apakah yang dilakukan oleh pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) untuk menangani kecemasan baharu ini? Dr Louis Albert Massing, Penyelaras Perubatan Doctors Without Borders di DRC, menyediakan beberapa jawapan.
Apa itu mpox and apakah risiko-risiko yang ditimbulkannya?
Mpox adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus cacar monyet. Ia berjangkit melalui kontak rapat antara manusia atau dengan haiwan yang dijangkiti. Ia telah menjadi endemik di Afrika Tengah (strain I) dan Afrika Barat (strain II) sejak 1970-an dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia pada 2022-2023. Puluhan ribu kes yang dikaitkan dengan varian Afrika Barat telah dilaporkan di lebih 110 negara.
Dalam terma-terma praktikal, mpox menyebabkan ruam, kesan lepuh dan kesakitan, yang mana semuanya memerlukan rawatan sokongan untuk menguruskan simptom-simptom dengan seberapa efektif yang mungkin, dan mengelakkan komplikasi-komplikasi lanjut. Kebanyakan pesakit yang telah dirawat pulih dalam masa satu bulan, tetapi penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat. Di DRC, di mana kadar kematian bagi strain adalah lebih tinggi daripada di Afrika Barat, lebih daripada 479 orang telah meninggal dunia sejak awal tahun ini. Sebagai perbandingan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa mpox telah meragut nyawa 89 orang di seluruh dunia pada 2022.
Apakah situasi semasa di DRC?
Dari segi sejarah, penyakit ini adalah endemik di 11 daripada 26 wilayah di negara ini. Bagaimanapun, bilangan kes telah meningkat secara mendadak selama lebih daripada dua tahun, menyebabkan pihak berkuasa kesihatan mengisytiharkan wabak pada Disember 2022. Jumlah kes telah meningkat tiga kali ganda pada 2023, dengan lebih 14,600 kes-kes disyaki dimaklumkan dan 654 kematian. Namun pada 2024, keadaan telah menjadi lebih teruk. Antara Januari dan pertengahan Julai, lebih daripada 12,300 kes yang disyaki telah dilaporkan, dan 23 wilayah telah terkesan.
Kecepatan wabak itu membimbangkan, terutamanya apabila satu mutasi genetik telah dikenal pasti di wilayah Kivu Selatan, dengan penularan daripada manusia kepada manusia kini berterusan selama berbulan-bulan. Ini belum lagi dikenal pasti dengan strain Congo Basin, tidak seperti strain Afrika Barat yang telah menyebabkan wabak global pada 2022. Sebagai tambahan kepada mutasi ini, sebab lain yang membimbangkan ialah penyakit itu telah direkodkan di kem orang yang berpindah di sekitar Goma, di Kivu Utara, di mana kepadatan penduduk yang tinggi menjadikan keadaan kritikal. Terdapat risiko sebenar letusan penyakit itu, memandangkan pergerakan penduduk yang besar masuk dan keluar dari DRC.
Pengenalpastian kes-kes, pemantauan pesakit-pesakit, dan penjagaan yang tersedia kekal sangat terhad, manakala kekurangan vaksin-vaksin menjadikan keadaan lebih bertambah sukar.
The identification of cases, the monitoring of patients, and the care available remain extremely limited, while the lack of vaccines makes the situation even more difficult. Persepsi penyakit itu yang telah dikaitkan dengan unsur mistik atau sihir dalam sesetengah masyarakat juga merumitkan pematuhan orang ramai terhadap langkah-langkah kesihatan awam. Ini menggambarkan keperluan untuk bekerjasama secara rapat dengan pemimpin-pemimpin masyarakat bagi mengajak semua orang supaya mematuhi langkah-langkah tersebut. Doctors Without Borders menyeru untuk menggerakkan semua yang telah terbabit dalam tindak balas ini, dan untuk komuniti-komuniti yang paling berisiko untuk dilindungi secepat mungkin melalui vaksinasi.
Apakah situasi berhubung vaksin-vaksin di DRC?
DRC telah meluluskan dua vaksin dan sedang cuba mendapatkan bekalan-bekalan, namun pada peringkat ini, tiada vaksin yang sudah tersedia. Rundingan sedang dijalankan dengan negara-negara tertentu, dan bidang-bidang keutamaan sedang dikenal pasti. Kami berharap perkara-perkara itu akan segera diselesaikan dan vaksin-vaksin yang mencukupi akan dibekalkan kepada negara untuk bertindak di kawasan-kawasan wabak utama.
Apa yang sedang dilakukan oleh pasukan-pasukan Doctors Without Borders sementara itu?
Kami telah menyediakan beberapa intervensi untuk menyokong tindak balas terhadap wabak ini. Ini bukan kali pertama: intervensi kecemasan telah pun dijalankan pada 2021 di wilayah Mai-Ndombe, kemudian pada 2023 dan awal 2024 di wilayah Équateur. Namun kami meningkatkan usaha-usaha kami berdasarkan perkembangan-perkembangan terkini.
Sejak pertengahan Jun, satu daripada pasukan kami telah menyokong zon kesihatan Uvira di Kivu Selatan. Kami menyokong penyediaan penjagaan untuk mereka yang mengalami simptom-simptom teruk di hospital rujukan am Uvira, dan membuat susulan bersama pesakit-pesakit dengan bentuk penyakit itu yang lebih ringan secara pesakit luar, sambil mengasingkan kes-kes yang disyaki. Pasukan-pasukan kami sedang melatih kakitangan perubatan dalam pengurusan perubatan dan telah terbabit sama dalam langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta peningkatan kesedaran masyarakat. Di Uvira, sejak lima minggu lalu, lebih 420 pesakit telah pun dirawat oleh Doctors Without Borders, termasuk 217 kes serius. Kami juga membekalkan hospital-hospital dengan kit-kit untuk rawatan dan untuk pengambilan sampel-sampel.
Di Kivu Utara, kami telah melancarkan aktiviti-aktiviti pengawasan dan peningkatan kesedaran di tapak kem untuk orang-orang yang dipindahkan di Goma di mana kami berada, dan kami sedang memperkukuhkan fasiliti-fasiliti penjagaan kesihatan dari segi triage, pengasingan dan pengurusan pesakit-pesakit yang mengalami gejala-gejala mpox.
Di barat laut negara ini, dua intervensi telah dilancarkan: satu di zon kesihatan Bikoro, di Équateur, dan satu lagi di zon kesihatan Budjala di Selatan-Ubangi. Kedua-dua intervensi akan dijalankan selama beberapa bulan. Ia juga bertujuan untuk melatih kakitangan perubatan dalam penjagaan perubatan dan psikologi, mengukuhkan pengawasan epidemiologi, langkah pencegahan dan kawalan jangkitan, termasuk meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya bagi kumpulan-kumpulan orang yang kadangkala lebih sukar untuk turut serta, seperti mereka yang mengalami kurang upaya. Di Budjala, 329 pesakit telah dirawat dengan sokongan kami antara pertengahan Jun dan pertengahan Julai. Di wilayah Équateur, kami juga akan menjalankan penyelidikan operasi bersama pihak-pihak berkuasa kesihatan untuk lebih memahami dinamik virus dan cara memerangi penyakit itu.
Apa yang perlu diberikan keutamaan segera?
Wabak ini merebak di kawasan-kawasan yang mempunyai realiti-realiti demografi dan geografi yang kadangkala sangat berbeza. Tindak balas mestilah bukan sahaja multisektoral tetapi juga telah disesuaikan dengan setiap konteks. Sementara menunggu ketibaan vaksin-vakisn, seramai mungkin rakan kongsi mesti menyokong aspek-aspek utama tindak balas lain seperti analisis makmal, pengawasan, sokongan untuk pengasingan dan pengasingan kendiri, peningkatan kesedaran, dll. Dan, sudah tentu, penjagaan pesakit. Hari ini, semua aspek-aspek ini mengalami pelbagai kekurangan dan memerlukan sumber-sumber yang besar untuk berfungsi dengan baik.
Selebihnya, seperti yang saya katakan, kami hanya boleh merayu, seperti ramai yang lain, supaya vaksin-vaksin tiba di negara ini secepat mungkin dan dalam kuantiti yang banyak, supaya kami dapat melindungi komuniti di kawasan yang paling terjejas - terutamanya kumpulan-kumpulan yang paling berisiko seperti pekerja kesihatan Congo, yang berada di barisan hadapan jangkitan, begitu juga kumpulan-kumpulan berisiko lain seperti pekerja-pekerja seks dan orang yang dipindahkan di kem.
Sudikah anda menyokong kami?
Bantu kami menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa di tempat yang paling diperlukan ketika waktu-waktu krisis dengan menghulurkan derma hari ini.