Skip to main content

Campak di DRC: Perjuangan tidak berkesudahan menentang salah satu penyakit paling berjangkit di dunia?

An vaccination point set up by Doctors Without Borders in the Bangabola health zone. Democratic Republic of Congo, 2022. © Pacom Bagula/MSF

Pusat vaksinasi ditubuhkan Doctors Without Borders di zon kesihatan Bangabola. Semasa campur tangan kecemasan ini, pasukan itu memberikan vaksin campak kepada lebih 33,000 kanak-kanak berusia 6 hingga 59 bulan. Republik Demokratik Congo, 2022. © Pacom Bagula/MSF

Apabila seseorang bercakap tentang kecemasan di DRC, masalah campak selalunya bukan yang pertama terlintas di fikiran. Namun penyakit ini kerap mendatangkan malapetaka kepada kanak-kanak kecil—mangsa utama campak—dan telah menjadi sebab utama campur tangan oleh pasukan kecemasan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) di DRC selama bertahun-tahun.

"Kami mempunyai lima pasukan kecemasan yang digerakkan hampir sepanjang masa untuk bertindak balas terhadap pelbagai wabak campak di seluruh negara. Namun sebaik kami memadamkan api di sini, ia menyala pula di seberang sana," kata Dr Louis Massing, rujukan perubatan Doctors Without Borders di DRC. “Pada 2022, kami mengedalikan 45 campur tangan kecemasan berkaitan campak; itu lebih daripada tiga perempat daripada respons kecemasan kami di DRC.”

Wabak campak terbesar pernah direkodkan di DRC berlaku antara 2018 dan 2020. Pada masa itu, hampir 460,000 kanak-kanak dijangkiti penyakit itu, dan 8,000 daripada mereka meninggal dunia.

Kempen vaksinasi berskala besar dianjurkan pihak berkuasa kesihatan, disokong rakan kongsi antarabangsa seperti Doctors Without Borders, membolehkan bilangan kes dikurangkan secara drastik menjelang 2021.

"Namun tahun lalu, , hampir separuh daripada zon kesihatan negara sekali lagi berada dalam situasi wabak," keluh Dr Massing. "Dan ia belum berakhir. Pada Januari 2023 sahaja, hampir 20,000 kes disyaki campak dimaklumkan di DRC dan pasukan kami bertindak balas terhadap wabak campak di wilayah Tshopo, Maniema, Kivu Selatan, Kivu Utara, Lomami dan Lualaba.”

"Tidak boleh ada rantaian yang lemah"

Campak adalah salah satu penyakit paling berjangkit di dunia. Nasib baik, vaksin wujud dan menawarkan perlindungan hampir lengkap apabila seseorang disuntik dua kali. Memandangkan seseorang yang membawa virus itu boleh menjangkiti sehingga 90 peratus mereka yang tidak divaksinasi di sekelilingnya, memastikan perlindungan vaksinasi secara maksimum adalah penting. Ini memerlukan pelaburan besar-besaran dalam vaksinasi rutin, pengawasan dan kempen susulan.

Perjuangan menentang campak ibarat rantai di sekeliling virus: jika satu pautan terputus, virus itu boleh melarikan diri. Pertama, negara mesti memastikan kuantiti vaksin yang mencukupi tersedia untuk mengelakkan kehabisan stok di fasiliti kesihatan. Kemudian, perlu dipastikan bahawa vaksin dihantar ke kemudahan kesihatan dan mereka juga mempunyai peti sejuk yang efisien untuk memastikan vaksin disimpan dalam keadaan baik. Perlu untuk mempunyai kakitangan di lapangan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak semasa konsultasi, dan untuk keluarga supaya mempunyai sumber ekonomi dan fizikal untuk ke sana. Akhir sekali, kempen susulan secara kerap mesti dianjurkan untuk melindungi kanak-kanak yang berada di antara rekahan itu… Memandangkan sifat campak yang membawa kerosakan, maka tidak boleh ada mana-mana rantaian yang lemah.
Dr. Louis Massing, Rujukan Perubatan

Malangnya, banyak elemen pada rantaian itu lemah yang di DRC, dan keadaan ini diburukkan lagi dengan kekangan keselamatan, cabaran geografi untuk mencapai banyak kawasan, serta kadar kelahiran tinggi di negara ini, dengan lebih 2 juta bayi dilahirkan setiap tahun yang perlu dilindungi daripada penyakit itu.

Akibatnya, walaupun kempen kecemasan dijalankan semasa setiap wabak, liputan imunisasi masih kekal tidak mencukupi. Walaupun anggaran liputan boleh berbeza-beza dari satu sumber ke sumber yang lain, anggaran terkini daripada UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan menjelang 2021, hanya 55 peratus kanak-kanak dilindungi dengan satu dos vaksin campak. Perlindungan minimum 95 peratus dengan dua dos disyorkan untuk mencegah penularan penyakit.

Didier, logistics supervisor, is in charge of transporting the vaccines from the Doctors Without Borders base in Bangabola town to the banks of the Ngiri river. Democratic Republic of Congo, 2022. © Pacom Bagula/MSF

Didier, penyelia logistik, bertanggungjawab terhadap pengangkutan vaksin dari pangkalan Doctors Without Borders di bandar Bangabola ke tebing sungai Ngiri. Vaksin kemudiannya diangkut menggunakan kanu ke kawasan kesihatan di Lisombo, kawasan kesihatan terletak sejauh 65 km dan hanya boleh diakses melalui sungai. Ini membabitkan perjalanan bot selama 7 jam dengan sampan bermotor dan perjalanan 14 jam dengan sampan dayung. Republik Demokratik Congo, 2022. © Pacom Bagula/MSF

"Sesetengah kawasan hanya boleh dicapai menggunakan kanu, atau berjalan kaki melalui hutan," kata Alexis Mpesha, pengurus logistik untuk salah satu pasukan kecemasan Doctors Without Borders di DRC. "Suatu yang biasa untuk pasukan kami menjadi satu-satunya yang sampai ke kampung-kampung tertentu kerana pihak berkuasa kesihatan tempatan tidak mempunyai peralatan, bahan api atau sumber manusia untuk ke sana.”

Bagi ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka vaksin, jarak ke pusat kesihatan berfungsi, kos pengangkutan dan kadangkala yuran perundingan boleh jadi mengecewakan. "Rawatan mahal dan sumber kami terhad," kata Anne Epalu, orang asli dari kampung Bangabola, tempat Doctors Without Borders bertindak balas terhadap wabak campak pada 2022. "Sesetengah kanak-kanak mati hanya kerana ibu bapa mereka tidak mempunyai wang untuk membayar rawatan ."

Doctors Without Borders vaccination campaign in DRC in 2022

Pasukan kecemasan kami di DRC memberi vaksin campak kepada lebih 2 juta kanak-kanak di 14 wilayah dan merawat lebih 37,000 kanak-kanak campak. Pasukan Doctors Without Borders menggerakkan sokongan kepada Kementerian Kesihatan untuk menganjurkan kempen vaksinasi dan menyediakan pusat rawatan apabila peningkatan mendadak kes campak dilaporkan di sesuatu kawasan dan kapasiti tindak balas tempatan terhad atau akses sukar. Sebagai tambahan kepada campur tangan kecemasan semasa wabak, Doctors Without Borders turut menyediakan sokongan logistik untuk aktiviti vaksinasi rutin di kemudahan kesihatan di beberapa wilayah di mana pasukannya hadir sepanjang tahun.

Menggalakkan imunisasi sangat diperlukan

Pada 2022, pasukan kecemasan Doctors Without Borders di DRC memvaksin lebih 2 juta kanak-kanak di 14 wilayah dan merawat lebih 37,000 pesakit campak. Pasukan Doctors Without Borders bertugas untuk menyokong Kementerian Kesihatan untuk menganjurkan kempen vaksinasi dan menyediakan unit rawatan apabila peningkatan pesat kes campak dilaporkan di sesuatu kawasan dan kapasiti tindak balas tempatan terhad atau akses sukar. Selain campur tangan kecemasan semasa wabak, Doctors Without Borders juga menyediakan sokongan logistik untuk aktiviti vaksinasi rutin di kemudahan kesihatan di beberapa wilayah di mana pasukannya hadir sepanjang tahun.

Namun usaha dan pelaburan lebih besar diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan dan rakan kongsi mereka untuk meningkatkan liputan imunisasi di DRC dan menghentikan kitaran wabak yang tidak berkesudahan.

Pelaksanaan dos kedua dalam aktiviti rutin imunisasi campak perlu dipercepatkan. Pendekatan ini baru-baru ini diterima pakai pihak berkuasa dan boleh membawa perubahan yang nyata. Menawarkan aktiviti vaksinasi tangkapan susulan yang sistematik semasa perundingan pediatrik di kemudahan kesihatan juga boleh membantu meningkatkan dengan ketara liputan imunisasi di DRC.
Dr. Louis Massing, Rujukan Perubatan

Sementara itu, memandangkan penularan wabak berterusan di negara ini, yang meletakkan lebih ramai kanak-kanak dalam keadaan berisiko setiap hari, maka penting untuk menganjurkan kempen vaksinasi secara besar-besaran yang sudah dirancang sejak akhir 2022 tanpa berlengah di seluruh negara.

“Sementara itu, pasukan kami komited untuk terus bertindak balas terhadap serangan campak di DRC sebagai sokongan kepada pihak berkuasa kesihatan sebaik mungkin. Namun untuk berbuat demikian, penting bahawa vaksin kecemasan yang mencukupi tersedia di negara ini”, jelas Dr Louis Massing.