Skip to main content

10 tahun selepas wabak Ebola di Afrika Barat: 5 peringatan penting

Ebola, 10 years after the largest outbreak in history. In the picture, MSF staff members carry a deceased Ebola patient to the morgue.

Kakitangan Doctors Without Borders membawa seorang pesakit Ebola yang meninggal dunia ke bilik mayat. Sierra Leone, Disember 2014. © Anna Surinyach 

Dr Michel Van Herp, seorang pakar Ebola yang terkenal sebelum 2014, melihat kembali kepada wabak Ebola terbesar yang pernah ada, dan menjawab 5 soalan-soalan utama.

1. Apa telah berlaku 10 tahun lalu?

“Apabila kami membaca laporan-laporan mengenai orang ramai mati akibat penyakit yang tidak diketahui di Guinea, pada awal 2014, kami fikir ini mungkin satu wabak Ebola, walaupun penyakit itu sangat jarang berlaku di Afrika Barat. Kami telah menghantar pasukan-pasukan Ebola kami ke lapangan. Pada masa itu, Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) adalah salah satu daripada segelintir organisasi-organisasi yang berpengalaman dalam wabak-wabak Ebola. Tetapi suatu yang jelas bahawa wabak ini telah pun mendiami selama berbulan-bulan dan sudah sedia berada di lebih banyak tempat berbanding yang biasa dihadapi oleh sesiapa pun.

Wabak itu telah melanda di suatu tempat di dunia di mana tidak ada sesiapa pun telah menjangkakannya sebagai Ebola, di sebuah kawasan yang tidak menarik minat pihak-pihak berkuasa, dan tiada sesiapa yang bersedia untuk menanganinya. Kerajaan, agensi PBB dan organisasi-organisasi bantuan mengambil masa yang tersangat lama untuk memandang serius wabak itu. Doctors Without Borders dengan cemas membunyikan loceng penggera, beberapa kali, tetapi tiada siapa yang kelihatan mendengar."

2. Kenapakan wabak ini berbeza?

“Tidak pernah wabak Ebola telah berlaku di begitu banyak negara pada masa yang sama. Virus telah itu merebak di Guinea, Sierra Leone dan Liberia, tetapi terdapat juga kes-kes di Senegal, Mali dan Nigeria. Ia juga merupakan kali pertama negara-negara Barat, seperti Itali, Sepanyol, UK, dan Amerika Syarikat, mempunyai kes-kes Ebola.

Skala wabak ini sama sekali tidak pernah didengari. Apabila ia akhirnya berakhir, pada Mac 2016, lebih daripada 28,000 orang telah dilaporkan dijangkiti, di mana 11,000 daripadanya telah meninggal dunia. Sebelum wabak ini, wabak Ebola terbesar menyebabkan 425 orang dijangkiti! Semua orang, termasuk Doctors Without Borders, benar-benar kecundang disebabkan wabak ini.”

3. Adakah tindak balas terhadap wabak itu juga berbeza?

“Selama hampir enam bulan, dunia telah cuba mengabaikan wabak ini. Hanya pada penghujung musim panas 2014, kerajaan-kerajaan dan organisasi-organisasi bantuan lain akhirnya telah mula untuk membantu.

Pada waktu itu, tidak tersedia rawatan-rawatan untuk Ebola. Pesakit-pesakit akan dimasukkan ke klinik Ebola, terutamanya untuk mengelakkan daripada mereka menjangkiti orang lain. Ketika wabak-wabak yang lebih awal, ahli keluarga boleh menemani pesakit. Namun pada 2014, untuk mengakui bilangan pesakit-pesakit yang besar, struktur-struktur yang sangat besar telah terpaksa dibina. Prosedur-prosedur keselamatan perlu dipastikan tersangat ketat, dan ia mustahil untuk membenarkan ahli-ahli keluarga. Pendekatan berskala besar ini telah menakutkan pesakit-pesakit dan keluarga-keluarga mereka.

Menjelang akhir tahun 2014, berdozen-dozen organisasi-organisasi bantuan, kebanyakannya tidak berpengalaman dengan Ebola, terbabit dalam pelbagai aspek tindak balas. Penyelarasan semua organisasi-organisasi berkenaan, di pelbagai tempat di beberapa negara, adalah amat mencabar. Sesetengah kerajaan beralih kepada taktik-taktik autoritarian untuk memaksa pesakit-pesakit dan keluarga mereka untuk patuh. Itu lebih menakutkan mereka.

Tumpuan kepada pesakit-pesakit dan keluarga-keluarga mereka, yang telah menjadi kunci untuk membendung wabak-wabak sebelumnya, telah hilang sepenuhnya dalam sebuah jentera besar yang telah menjadi tindak balas Ebola.”

In December 2014, MSF rapid response Team intervened on a remote Ebola outbreak in Quewein, Grand Bassa County, Liberia.

Walaupun hospital-hospital besar telah menjadi simbol-simbol wabak ebola di Afrika Barat, aktiviti-aktiviti jangkauan ke komuniti-komuniti yang terjejas kekal sangat penting. Pasukan-pasukan tidak akan bekerja dalam persekitaran hospital yang terkawal, sebaliknya harus menjadi fleksibel dan menyesuaikan diri kepada situasi semasa mengambil pesakit-pesakit, menyokong keluarga-keluarga dan membasmi kuman di rumah-rumah. Liberia, December 2014. © Yann Libessart/MSF

Members of the medical team are getting fully dressed with protective clothing prior to entering the ebola healthcare structure.

Dengan begitu banyak kakitangan-kakitangan baharu yang tidak berpengalaman bekerja dengan ebola, Doctors Without Borders terpaksa memperketatkan peraturan-peraturan keselamatannya. Memakai dan menanggalkan peralatan pelindung diri dengan betul adalah bahagian yang penting. Kakitangan tidak akan melakukan ini sendirian, tetapi sentiasa dengan sokongan daripada rakan sekerja, untuk memeriksa sama ada pakaian itu benar-benar selamat. Guinea, April 2014. © Amandine Colin/MSF

Epidemiologist Michel Van Herp explains to the population in Gbando what is Ebola and how to avoid transmission.

Doktor perubatan dan ahli epidemiologi Michel Van Herp menerangkan kepada penduduk di Guinea apa itu Ebola dan bagaimana untuk mengelak penularan, pada Mac 2018. Pergi ke kampung-kampung yang terjejas untuk bercakap dengan mereka, menerangkan apa penyakit itu dan bertanya kepada mereka tentang kerisauan masing-masing, dianggap sebagai penting ketika wabak-wabak sebelum ia melanda Afrika Barat. © Joffrey Monnier/MSF

4. Apakah kita belajar sesuatu apa daripadanya?

“Banyak perkara-perkara yang kami anggap sebagai ‘pengajaran yang diperoleh’ adalah perkara-perkara yang kami sudah tahu sebelum 2014, namun telah dilupakan. Tetapi kami juga telah belajar perkara-perkara baharu. Kami telah belajar bagaimana kami dengan mudah boleh mengambil calitan oral orang mati, untuk menguji sama ada mereka telah meninggal dunia akibat Ebola. Ini telah membolehkan kami untuk lebih memahami dinamik wabak itu.

Kami juga telah menganjurkan kajian-kajian klinikal dan telah menemui vaksin yang baik terhadap strain Ebola Zaire. Dan kami telah belajar daripada penganjuran kajian-kajian klinikal, jadi kami lebih pantas semasa wabak 2018 di DRC. Di DRC, kami telah menemui rawatan-rawatan dengan antibodi-antibodi untuk strain Ebola Zaire."

Jackson Niamah, Liberian Physicians Assistant at MSF's Ebola Management Centre in Monrovia addresses UN security council members in New York who later unanamously vote through an emergency resolution on the Ebola outbreak.

Jackson Naimah, seorang ketua pasukan di Pusat Rawatan Ebola Doctors Without Borders di Monrovia, Liberia, bercakap kepada Majlis Keselamatan PBB di New York, menerangkan keperluan mendesak untuk menangani krisis Ebola di rantau ini. Ia mengambil masa yang sangat lama sebelum PBB, kerajaan-kerajaan lain serta agensi-agensi bantuan lain telah mula membantu tiga negara itu yang paling terjejas iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone. Liberia, September 2014. © Morgana Wingard

5. Apa yang perlu untuk berlaku demi masa hadapan?

"Terdapat perkara-perkara yang sangat konkrit yang boleh kami perbaiki. Kami harus sekali lagi membenarkan seorang ahli keluarga menemani seorang pesakit di klinik Ebola. Kami boleh melindungi mereka dengan lebih baik sekarang, dengan vaksinasi dan ubat-ubatan untuk pra-pendedahan profilaksis.

Pesakit-pesakit yang sangat teruk harus menerima rawatan antibodi dengan lebih cepat. Antibodi-antibodi boleh menjadi penyelamat sebenar dan lebih cepat pesakit menerimanya, lebih baik mereka berfungsi. Kita mesti menyesuaikan model-model kita untuk menggunakan pilihan ini dengan sebaiknya. Dan kita perlu terus mencari rawatan-rawatan lain. Virus Ebola boleh mencetuskan tindak balas keradangan yang sangat kuat sehingga boleh membunuh pesakit. Jika kami mempunyai sejenis ubat untuk menenangkan tindak balas keradangan itu, kami akan menyelamatkan lebih ramai pesakit-pesakit Ebola.

Kita juga mesti menambah baik susulan untuk pesakit-pesakit selepas pemulihan mereka. Virus ini boleh berlegar dalam otak, mata, dan testis mangsa yang terselamat. Satu lagi jenis ubat-ubatan, antivirus, boleh membersihkan virus dari tempat-tempat ini. Dan enam bulan selepas pemulihan penuh mereka, mangsa-mangsa Ebola yang terselamat harus mendapatkan suntikan vaksin, untuk meningkatkan sistem imun mereka sekali lagi.

Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, kami semestinya telah melakukan kesilapan-kesilapan ketika kami telah bertindak balas terhadap wabak Ebola. Ada kesilapan-kesilapan yang telah dipaksa, ada juga yang tidak dipaksa. Namun secara umum, kami jelas telah melakar kemajuan, dan terdapat opsyen-opsyen yang baik untuk lebih banyak kemajuan. Peluang-peluang untuk pesakit yang menghidap Ebola dalam wabak seterusnya akan jauh lebih baik berbanding dilalui mereka sepuluh tahun lalu."