Skip to main content

Setahun selepas letupan Beirut, keadaan di Lubnan menjadi lebih teruk

refugee camp

Kem pelarian Arsal© Tariq Keblaoui/MSF 

Fawziyya Al-Sahili berdiri di dapurnya di timur laut Lubnan sambil mengacau rebusan sayur-sayuran. “Jiran saya membawa hidangan ini kepada saya semalam; jika tidak, kami tidak akan mempunyai sayur-sayuran segar,” katanya. “Kami sudah setahun tidak makan daging. Dengan gaji anak saya, kami hanya mampu membeli roti, kacang, dan kekacang. Begitulah keadaan sekarang.”

Wanita berusia 64 tahun itu menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis, dan perlu makan makanan yang sihat dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun, makanan ini selalunya tidak dapat dicapai olehnya dan keluarganya. Salah seorang anak lelakinya bekerja di kedai di mana dia memperoleh 10,000 pound Lubnan setiap hari – kurang daripada AS$1 pada kadar pertukaran tidak rasmi hari ini. Anak lelakinya yang seorang lagi menganggur. Mereka bertiga tinggal bersama di rumah yang belum siap yang tidak mampu mereka siapkan.

Selama dua tahun lalu, dia telah melawat klinik Doctors Without Borders berhampiran rumahnya di bandar Hermel di utara Lubnan untuk pemeriksaan berkala dan mengambil ubat-ubatan serta insulin yang diperlukan untuk rawatannya.

Fawziyya Al-Sahili

Fawziyya Al-Sahili

Fawziyya Al-Sahili di dapurnya mengacau rebusan sayur. © Tariq Keblaoui/MSF 

Fawziyya Al-Sahili, 64, suffers from high blood pressure, diabetes (and osteoporosis). She regularly visits the MSF clinic in Hermel where she is examined and given the right medication.

Fawziyya telah melihat banyak krisis di Lubnan. Walaupun dalam keadaan yang sangat sukar pada masa ini, dia berharap suatu hari nanti keadaan akan bertambah baik lagi. Bersatu dan bersabar adalah motonya. Dia bersyukur atas bantuan yang diterima melalui klinik Doctors Without Borders. © Tariq Keblaoui/MSF 

Fawziyya Al-Sahili

Fawziyya Al-Sahili bersama pekerja sosial. © Tariq Keblaoui/MSF 

Fawziyya Al-Sahili, 64, suffers from high blood pressure, diabetes (and osteoporosis). She regularly visits the MSF clinic in Hermel.

Fawziyya Al-Sahili sedang diperiksa di klinik Doctors Without Borders di Hermal selepas dia terjatuh.© Tariq Keblaoui/MSF 

Selepas letupan

Fawziyya dan keluarganya adalah sebahagian daripada separuh penduduk Lubnan yang kini hidup dalam kemiskinan tegar. Sejak 2019, negara kecil di pantai timur Mediterranean ini telah dilanda krisis ekonomi, inflasi yang meningkat, ketidakstabilan politik, dan wabak COVID-19. Dengan semua ini, berlaku letupan yang menggegarkan ibu negara, Beirut, pada 4 Ogos 2020.

Letupan besar di kawasan pelabuhan mempunyai kesan yang dahsyat: hampir 200 orang terbunuh, lebih 6,000 cedera, dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal. Ia juga memusnahkan beberapa kemudahan awam, termasuk hospital, dan merosakkan gudang pusat pihak berkuasa kesihatan dengan teruk, mengganggu akses kepada ubat-ubatan, terutamanya untuk orang tua dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.

Selepas letupan itu, pasukan Doctors Without Borders menyumbangkan peti pertolongan cemas kepada pertahanan awam Lubnan dan bekalan perubatan serta topeng kepada Pasukan  Palang Merah Lubnan. Pasukan Doctors Without Borders di tiga lokasi—Karantina, Mar Mkhayel, dan Khandak—merawat lebih 1,800 pesakit dengan luka akibat letupan dan 4,500 pesakit dengan penyakit kronik yang memerlukan sokongan perubatan.

Pasukan Doctors Without Borders juga melawat dari rumah ke rumah di kawasan yang terjejas untuk menilai keperluan orang ramai. Mereka memasang tangki air dan mengedarkan kit pembersihan dan kebersihan air; mereka juga meningkatkan sokongan psikososial.

Dalam beberapa minggu selepas letupan itu, beberapa hospital awam hampir mencapai kapasiti penuh kerana bilangan pesakit yang tinggi dengan COVID-19. Orang yang cedera dalam letupan bergegas ke hospital tanpa mengambil langkah pencegahan, kerana coronavirus adalah kebimbangan mereka yang paling kecil.

Dengan bilangan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat, Lubnan telah dikenakan sekatan selama beberapa minggu. Malah sebelum wabak, sistem kesihatan awam menghadapi kesesakan biasa dalam ubat-ubatan dan bekalan perubatan akibat krisis ekonomi. Selepas pandemik, keadaan menjadi lebih teruk.

Kekurangan ubat-ubatan

Setahun selepas letupan Beirut, keperluan rakyat untuk bantuan perubatan dan psikologi masih sangat besar. Pada masa yang sama, lawatan ke doktor telah menjadi satu kemewahan bagi ramai orang kerana kos penjagaan kesihatan swasta. "Sistem kesihatan di Lubnan sangat diswastakan sehingga semakin ramai orang tidak mampu membeli ubat atau berjumpa doktor," kata Hammoud al-Shall, penolong penyelaras projek Doctors Without Borders. “Orang ramai perlu membuat keputusan sama ada untuk membelanjakan wang mereka untuk makanan atau ubat. Harga kedua-duanya adalah sehingga lima kali ganda daripada harga sebelum ini."

Fawziyya memerlukan ubat tahan sakit tetapi mendapati adalah mustahil untuk mendapatkan walaupun ubat yang paling asas, seperti paracetamol. "Saya jatuh dan sekarang saya sakit kepala," katanya. “Saya ingin membeli paracetamol, tetapi ahli farmasi tidak mempunyainya. Kami mencuba tiga farmasi lain, tetapi ia tidak dapat ditemui. Ubat itu tidak lagi tersedia di Lubnan.”

Kekurangan ubat-ubatan sedemikian adalah mencabar, walaupun untuk organisasi seperti Doctors Without Borders. Sukar untuk syarikat tempatan mengimport ubat ke negara ini, jadi pasukan Doctors Without Borders kini mengimport ubat-ubatan yang paling penting sendiri. Krisis bahan api yang semakin meningkat telah meningkatkan kos pengangkutan, menjejaskan kedua-dua stok bekalan perubatan dan pesakit yang cuba mendapatkan rawatan perubatan.

Masa depan yang tidak menentu

Ramai penduduk di Lubnan, samaada orang Lubnan atau pelarian - sedang bergelut dengan tekanan dan trauma psikologi disebabkan oleh peperangan dan perpindahan. Kini, keadaan hidup yang semakin merosot menambahkan beban dan menjejaskan kesihatan mental mereka. Ramai pesakit yang mendapatkan bantuan psikologi dari Doctors Without Borders mengalami kemurungan, kebimbangan atau berputus asa.

Fawziyya Al-Sahili bimbang tentang masa depan keluarganya. Dia amat risaukan anak lelakinya yang tidak bekerja. Anak lelakinya juga mendapat rawatan dengan Doctors WIthout Borders untuk sokongan psikososial.

Hidangan makanan sudah siap. Fawziyya duduk di atas permaidani dengan pinggan-pinggan berisi nasi, roti putih dan sup sayuran dihadapannya. Kebimbangannya tentang masa depan sentiasa bermain di minda, tetapi dia tidak berputus asa. Terdapat perpaduan dikalangan rakyat Lubnan dan dia mendapat sokongan dari komunitinya - bukan hanya dari jiran yang membawa makanan untuknya tetapi pekerja sosial dan doktor dari klinik Doctors Without Borders di mana keluarganya mendapat rawatan perubatan, psikososial dan ubat-ubatan percuma yang mereka memerlukan.

Categories