Pakistan: Kecemasan banjir masih jauh untuk berakhir
Pemandangan beberapa pondok ditenggelami banjir di sebuah kampung berdekatan Khipro, Sanghar, wilayah Sindh . Pakistan, November 2022. © Asim Hafeez for MSF
Tindak balas kecemasan Doctors Without Borders di Sindh and dan timur Balochistan
Di Sindh dan timur Balochistan, pasukan Doctors Without Borders menyaksikan angka yang tinggi mereka yang memerlukan rawatan untuk malaria. Meskipun musim sejuk, di mana kadar malaria diramal menurun, kami terus melihat 50%kadar positif malaria pada Disember dalam kalangan pesakit yang disaring di klinik perubatan mudah alih kami dan telah merawat lebih 42,000 pesakit sejak Oktober.
Banjir telah memusnahkan kawasan tanaman dan ternakan yang luas, yang menjadi sumber mata pencarian utama bagi banyak masyarakat. Di klinik perubatan mudah alih kami di utara Sindh dan timur Balochistan Doctors Without Borders sudah menyaksikan angka membimbangkan dalam kes kekurangan zat akut. Sejak permulaan aktiviti kami di wilayah ini, kami telah menyaring 28,313 kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan di klinik perubatan bergerak kami. Daripada yang disaring, 23% (6,489) mengalami kekurangan zat makanan akut yang teruk dan 31% (8,738) mengalami kekurangan zat makanan akut sederhana, dan mereka ini lebih separuh daripada kanak-kanak yang tiba di klinik kami.
“Kami masih dalam fasa kecemasan”
"Kami sudah berbulan-bulan bertindak balas dan pasukan kami di Sindh dan timur Balochistan masih melihat orang ramai tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara. Ketika bulan musim sejuk, keadaan orang ramai lebih rentan. Ketika tumpuan beralih kepada pemulihan dan pembinaan semula, tindak balas kemanusiaan yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan segera orang ramai tidak ada. Pada Disember, pasukan perubatan kami terus melihat kadar malaria, kekurangan zat makanan akut dan jangkitan kulit yang tinggi. Organisasi kemanusiaan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam tindak balas tidak boleh lupa bahawa keadaan masih kritikal,” kata Edward Taylor, Penyelaras Kecemasan Doctors Without Borders di utara Sindh dan timur Balochistan.
Di kawasan tempat kami bekerja, air masih belum surut, dan keperluan perubatan serta kemanusiaan kecemasan kekal memuncak. Orang ramai amat memerlukan akses kepada bantuan makanan, air minuman yang selamat, penjagaan kesihatan dan tempat tinggal. Kita masih dalam fasa darurat.Edward Taylor, Penyelaras Kecemasan
Pasukan kecemasan Doctors Without Borders sedang mengendalikan klinik bergerak dan pasukan malaria melawat lebih 50 lokasi setiap minggu di daerah Dadu, Jacobabad dan Shahadat Kot di Sindh dan Jaffarabad, Naseerabad, Sohbatpur, Jhal Magsi dan Usta Mohammed di timur Balochistan. Setakat ini, kami sudah menyediakan penjagaan perubatan asas kepada lebih 92,000 orang, terutamanya untuk penyakit kulit, malaria, jangkitan saluran pernafasan dan cirit-birit.
Kembali ke rumah yang musnah dan sumber air tercemar
Mereka yang pulang ke kampung mendapati rumah serta tanah masing-masing musnah, masih dikelilingi air bertakung. Kehilangan rumah dan harta benda yang dahsyat memberi kesan kepada kesihatan mental orang ramai, serta mata pencarian mereka. Pasukan Doctors Without Borders menyediakan pertolongan cemas psikologi dan sesi kaunseling berkumpulan untuk menyokong orang ramai ketika waktu yang amat sukar ini.
Sementara itu, mereka yang tinggal di kem dan tempat perlindungan tidak rasmi berdepan ancaman musim sejuk yang mencengkam. Doctors Without Borders menyesuaikan agihan barang bukan makanan mengikut keperluan musim ini dengan selimut tambahan untuk musim sejuk; dalam dua minggu lalu lalu, 6,000 isi rumah telah menerima pakej bantuan ini.
Jururawat Doctors Without Borders mengendalikan ujian pantas malaria ke atas anak perempuan sulungnya. Pasukan klinik bergerak kami telah merawat lebih 9,500 pesakit di Balochistan Timur.
Di Sindh dan Balochistan timur, ramai penduduk yang kampung mereka kini boleh diakses mendapati sumber air masih tercemar dan mereka mesti mendapatkan air minuman dari jauh. Tanaman dan kedai makanan dimusnahkan, ternakan telah mati, dan ladang tidak akan siap untuk musim penanaman seterusnya, sekali gus meningkatkan risiko ketidakamanan makanan selanjutnya. Pasukan Doctors Without Borders terus menyediakan air minuman yang selamat kepada masyarakat luar bandar, dengan lebih 20 juta liter disediakan setakat ini. Pasukan itu juga membantu mengagihkan 15,973 kit kebersihan kepada keluarga di kawasan terpencil yang terjejas banjir.
"Memastikan makanan, air, sanitasi, penjagaan kesihatan dan tempat tinggal mencukupi mesti menjadi keutamaan untuk tindak balas antarabangsa dan nasional terhadap bencana banjir di Pakistan," sambung Taylor, "ramai di kawasan terjejas mempunyai keperluan segera dan mendesak yang mana ia tidak boleh lagi ditunggu-tunggu.