Banjir Pakistan: Kisah Shahid
Pasukan perubatan Doctors Without Borders memberikan konsultasi kepada mereka yang terkesan dengan banjir di daerah Dera Murad Jamali district, timur Balochistan. Pakistan, September 2022. © MSF
"Orang ramai tinggal di sepanjang jalan besar, dan anda boleh lihat ramai daripada mereka sudah pun menerima bantuan. Mereka mempunyai antara lain, kelambu, pek kebersihan dan makanan. Sebaliknya, bagi yang berada jauh dari jalan utama mereka dibiarkan sendiri, kerana sukar untuk sampai kepada mereka. Kami berupaya sampai kepada kumpulan yang tidak menerima bantuan sejak banjir bermula. Doctors Without Borders adalah yang pertama sampai kepada mereka. Pasukan kami menjaga mereka dan membantu dengan masalah kesihatan yang mereka alami.
Air yang bertakung mengundang kepada masalah kesihatan, dan keadaan tidak mungkin bertambah baik. Kami melihat pesakit dengan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, malaria, penyakit kulit dan jangkitan mata.
Pemandangan sebuah perkampungan dalam pentadbiran Dera Murad Jamali di mana air banjir bertakung dan orang ramai berpindah ke tepi jalan di timur Balochistan yang dilanda banjir. Pakistan, September 2022. © MSF
Cabarannya banyak dan cukup besar. Kesukaran dari segi ubat-ubatan dan sumber manusia, baik doktor mahupun jururawat, dan dalam pelbagai segi , ia menyukarkan untuk sampai kepada mangsa. Kami cuba membantu sebaik mungkin.
Sungguh menyedihkan melihat bagaimana rumah dihanyutkan sepenuhnya oleh air. Sebahagian besarnya sudah hilang. Di banyak tempat, paras air masih lagi tinggi dan satu-satunya perkara yang boleh lakukan ialah menunggu sehingga ia kembali surut. Ia dahsyat. Bagi yang mampu, mereka sama ada mengharung atau berenang melalui air. Namun ramai yang tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu air surut atau seseorang datang membantu mereka.
Hanya setengah jam hingga satu jam di luar bandar anda akan menemui banjir yang besar. Air mencecah paras beberapa meter dari tanah. Di bandar ini, terdapat juga kesan banjir. Baik di bangunan awam mahupun di permukaan tanah.
Ramai yang kehilangan segala-galanya. Di samping itu, disebabkan mereka tinggal di tepi jalan maka mereka tidak mempunyai akses kepada air bersih dan tandas. Bagi wanita khususnya, ia sukar kerana mereka perlu berusaha keras untuk memenuhi keperluan mereka. Orang ramai merasa sukar untuk melindungi diri mereka daripada suhu melampau yang kami alami - sehingga 50 darjah. Sesetengah mereka yang duduk di tepi jalan hanya mempunyai beberapa katil tenunan tangan yang disusun di atas satu sama lain dengan sehelai kain atau plastik untuk melindungi mereka daripada matahari.Shahid Abdullah - Koordinator Kecemasan
Di hospital kami, kami melihat ramai kanak-kanak dilahirkan dengan kekurangan zat makanan. Ia adalah kes sebelum banjir, namun keadaan semasa mungkin menyumbang kepada kemerosotan keadaan mereka. Masyarakat di sini sudah pun menjalani kehidupan yang sukar, jadi kesannya terhadap mereka lebih teruk.
Terdapat keperluan begitu besar, kami gembira kerana kami boleh berada di sini untuk membantu.”