Skip to main content

Mencari dan Menyelamat: Bayi bernama Ali dan keluarganya selamat, tetapi masa depannya dan mangsa terselamat lain kekal tidak menentu

On December 4, at nightfall, the MSF team conducted the first rescue of rotation 20. 74 people were on board of an overcrowded rubber boat in distress in international waters off the Libyan coast.

Pada 4 Disember, di waktu malam, pasukan Doctors Without Borders melakukan penyelamatan pertama melalui pusingan 20. Seramai 74 orang berada di atas sebuah bot getah yang sesak yang mencemaskan di perairan antarabangsa di luar pantai Libya. Laut Mediterranean, 2022. © Candida Lobes/MSF

Meskipun proses bersalin lancar, ibu terbabit bersama bayinya memerlukan rawatan perubatan khusus selepas bersalin. Oleh itu, pasukan Doctors Without Borders meminta pemindahan perubatan kepada pihak berkuasa kompeten terdekat, Malta dan Itali. Cadangan pertama Malta adalah memindahkan Fatima* dan Ali* dengan helikopter tanpa memberi sebarang pilihan kepada tiga anak lain, sekali gus memisahkan keluarga itu.

On December 7, at 11:31 am, Fatima* gave birth to little *Ali. She was rescued in the morning of Tuesday 6 Dec from an unstable rubber boat travelling with 90 people on board, among whom her other three children.

Pada 7 Disember, jam 11:31 pagi, Fatima* melahirkan si kecil *Ali. Dia diselamatkan pada pagi Selasa 6 Disember dari bot getah yang tidak stabil yang membawa 90 orang di dalamnya, antaranya tiga lagi anaknya. Fatima melarikan diri dari Libya bersama tiga anak lelakinya. Laut Mediterranean, 2022. © Candida Lobes/MSF

Di samping tidak bermoral dan berisiko meningkatkan trauma psikologi keluarga, perpisahan mereka pastinya bertentangan dengan dua hak asasi manusia yang asas dan sejagat: hak untuk kehidupan berkeluarga dan perpaduan bersama-sama prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak. Selepas beberapa jam rundingan, semua ahli keluarga akhirnya dibawa ke Lampedusa dan kemudian dipindahkan ke Sicily, di mana kami berharap mereka akan mendapat penjagaan dan perlindungan sewajarnya. Seorang lagi wanita di atas kapal, hamil sembilan bulan, juga memerlukan rawatan perubatan segera yang tidak dapat diberikan di atas kapal dan dipindahkan ke Malta pada malam sama. Pemindahan seorang budak lelaki berusia 14 tahun juga akan berlaku.

"Kami sudah tentu lega kerana pemindahan perubatan berhasil. Kelewatan berpanjangan bukan hanya boleh menjejaskan kesejahteraan mereka tetapi juga menyebabkan kemerosotan status kesihatan mereka yang rapuh, kerana tindakan susulan perubatan adalah penting," kata Kira Smith, Bidan di atas Geo Barents.

Cadangan daripada pihak berkuasa itu membimbangkan di pelbagai peringkat.

Memisahkan keluarga tidak masuk akal sama sekali dan bertentangan dengan keperluan anak-anak. Mengetepikan trauma yang mungkin timbul disebabkan keputusan ini, tiga lagi anak Fatima* berusia bawah 11 tahun dan tidak boleh ditinggalkan tanpa ditemani," kata Oscar Schaible, Pegawai Hal Ehwal Kemanusiaan di Geo Barents. "Penyatuan semula keluarga akan mengundang satu proses pentadbiran yang panjang dan satu lagi pengalaman yang sukar bagi mereka."
Oscar Schaible,Pgw Hal Ehwal Kemanusiaan

Selepas beberapa hari penyelamatan dan pemindahan perubatan yang sengit ini, Geo Barents kini menuju ke utara untuk menurunkan 249 - tidak lama lagi 248 - kanak-kanak, wanita dan lelaki di lokasi selamat. Permohonan untuk tempat selamat sudah pun dihantar ke Malta, yang tidak diluluskan mereka sekali gus terus menerus gagal dalam melaksanakan tugasnya. Oleh itu, Geo Barents bergerak ke arah negeri terdekat berikutnya, Itali, dan telah mula meminta pelabuhan untuk menurunkan mangsa terselamat. Menurut undang-undang antarabangsa dan konvensyen maritim** semua orang yang diselamatkan mesti diturunkan secepat mungkin ke tempat selamat, satu lokasi di mana operasi menyelamat dianggap ditamatkan, di mana keselamatan nyawa mangsa yang terselamat tidak lagi terancam dan di mana keperluan asas kemanusiaaan mereka dihormati.

Kami meminta tempat selamat dan situasi yang sama berulang dasn berulang namun tetapi ini bukan masa sesuai untuk bermain dengan mangsa terselamat di atas kapal. Mereka tidak boleh dipergunakan sebagai locjakan pengaruh politik. Kami tidak mengemis, kami hanya meminta dan menyeru Malta dan Itali untuk mematuhi kewajipan undang-undang mereka. Menunggu untuk berhari-hari, seminggu atau lebih tidak boleh diterima. Ayuh berhenti daripada bermain dengan nyawa manusia.
Juan Matias Gil, Wakil SAR

Doctors Without Borders telah aktif dan terlibat dalam aktiviti mencari dan menyelamat sejak 2015, bekerja di lapan kapal berbeza (sendirian atau bekerjasama dengan NGO lain). Pasukan kami telah menyelamatkan lebih 85,000 orang. Sejak melancarkan operasi mencari dan menyelamat di atas kapal Geo Barents pada Mei 2021, Doctors Without Borders telah menyelamatkan 5,497 orang dan menemukan 11 mayat.

 

*nama ditukar supaya tidak dikenali

**Fasal 98 UNCLOS dan Peraturan 33 SOLAS; Garis Panduan untuk Layanan Orang Diselamatkan di Laut.