Skip to main content

Tengah Mediterranean: Hampir 400 orang diselamatkan dalam tempoh kurang dua hari

MSF teams arrived on time to carry out the rescue of a rubber boat with 95 people on board safely on the evening of 23rd of October. Mediterranean Sea, 2021. © Filippo Taddei/MSF

Pasukan Doctors Without Borders tiba tepat pada masanya untuk membantu menyelamatkan bot getah yang membawa 95 orang pada petang 23 Oktober. Laut Mediterranean, 2021. © Filippo Taddei/MSF 

“Bayangkan berada dalam bot sesak tanpa jaket keselamatan. Bayangkan dikelilingi ombak setinggi tiga meter dengan pakaian anda basah kuyup, dan anda juga terseksa akibat terhidu bau bahan api. Bayangkan juga kehabisan makanan dan air ketika masa berlalu, tanpa perlindungan daripada matahari, angin dan hujan. Bayangkan menjerit meminta tolong dan tiada sesiapa yang menjawab. Ini realiti kami saksikan di laut,” kata Caroline Willeman, Koordinator Projek di atas Geo Barents, kapal mencari dan penyelamat Doctors Without Borders, di Tengah Mediterranean.

Di tengah keadaan cuaca yang teruk, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mengendalikan lima penyelamatan yang mencabar. Ramai yang terselamat dalam keadaan hipotermia, selepas terlalu lama terdedah atau terjatuh ke dalam air. Mereka yang terselamat juga mabuk laut dan terkesan akibat terhidu bahan api. Kanak-kanak dan orang dewasa masing-masing menderita akibat dehidrasi dan hilang selera akibat mabuk laut. Antara 367 di atas bot berkenaan, 172 adalah bawah umur, kanak-kanak dan remaja dengan 134 daripadanya tidak ditemani sesiapa.  

Ia angka yang besar membabitkan kanak-kanak yang cuba menyeberangi secara berbahaya. Malah ahli Doctors Without Borders paling berpengalaman di atas kapal sendiri mengakui bahawa bilangan kanak-kanak kecil kali ini agak ramai.
MSF teams transferring the 71 rescued people to the RHIBS, on the 24th of October. Mediterranean Sea, 2021. © Filippo Taddei/MSF

Pasukan Doctors Without Borders menyelamatkan 71 orang pada 24 Oktober.  © Filippo Taddei/MSF 

Penyelamatan kritikal dan keracunan bahan api

Pada pagi 22 Oktober itu, pasukan Doctors Without Borders mengendalikan penyelamatan pertama mereka sejak tiba di zon mencari dan menyelamat. Seramai 36 yang terselamat dipindahkan daripada bot kayu menaiki Geo Barents. Ketika operasi menyelamat, Geo Barents menerima panggilan kecemasan baharu. Kali ini, ia datang daripada bot getah dalam kesusahan, lokasinya beberapa jam perjalanan dari situ.

“Kami tiba di sana sudah malam dan keadaan gelap sepenuhnya. Ombak pada satu masa mencecah lebih tiga meter, dengan tiupan angin di situ juga kuat. Keadaan bot terbabit sangat berisiko, dan mereka yang berada di dalamnya terhidu asap bahan api dan mula gelisah disebabkan situasi yang sukar. Kebanyakan faktor yang menyukarkan penyelamatan serentak hadir ketika itu,” jelas Leo Southall, timbalan ketua pasukan mencari dan menyelamat di atas kapal Geo Barents.      

Selepas kira-kira dua jam yang mendebarkan, pasukan itu berjaya memindahkan semua 65 yang terselamat ke atas kapal. Sejurus selamat di atas Geo Barents, ramai menzahirkan rasa lega dan gembira diselamatkan, manakala selebihnya cemas dan keletihan selepas berada di laut lebih 24 jam. Seorang daripada mereka terpaksa dibawa ke kapal menggunakan pengusung, namun mujur dia kembali sihat dengan cepat.  

“Bayangkan berada dalam bot sesak tanpa jaket keselamatan. Bayangkan dikelilingi ombak setinggi tiga meter dengan pakaian anda basah kuyup, dan anda juga terseksa akibat terhidu bau bahan api. Ini realiti kami saksikan di laut

Tidak dipeduli pihak berkuasa

Pada malam sama Geo Barents menerima panggilan ketiga. Satu lagi bot kayu yang sesak memerlukan bantuan. Walaupun pihak berkuasa sedar akan situasi itu, tiada sesiapa pun bertindak balas atau membantu. Geo Barents mengambil masa sembilan jam untuk sampai ke lokasi bot dan sepanjang tempoh itu pihak berkuasa atau kapal berdekatan tiada satu pun yang memberikan bantuan.

“Ini satu lagi contoh jelas bagaimana negeri berdekatan pesisiran enggan memikul tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan pertolongan di laut. Bot berkenaan sudah berada di laut berbahaya selama tiga hari, membawa 100 orang termasuk 42 kanak-kanak,” cerita Caroline Willeman. Membiarkan sesiapa hanyut di laut selama beberapa sukar diterima. Sekali lagi, kami menyaksikan bagaimana polisi kawalan migrasi Eropah membahayakan nyawa ribuan orang, dengan tidak mengendalikan kapasiti mencari dan menyelamat di laut serta gagal memberikan maklum balas kepada semua panggilan kecemasan. Ia sukar diterima bahawa NGO dibiarkan sendirian untuk menampung ruang lompong maut itu,” tambahnya.

"Negara-negara serta institusi-institusi Eropah mesti segera menghentikan sokongan politik dan kebendaan kepada Pengawal Pantai Libya serta menghentikan sistem pengembalian secara paksa ke Libya.”

Pelarian tidak seharusnya dikembalikan ke Libya

Menjelang 23 Oktober, Geo Barents sudah menampung 201 orang di atas kapal, ketika ia menerima panggilan baharu daripada bot getah lain yang memerlukan bantuan, enam jam perjalanan daripada kedudukan kapal itu. Ketika Geo Barents sampai di situ, Pengawal Pantai Libya sudah berada di sana menghampiri bot getah terbabit dengan pantas, bergerak secara berbahaya di kelilingnya. Hanya sehari sebelum itu, pasukan Doctors Without Borders menyaksikan sejumlah migran dan pelarian di atas kapal Pengawal Pantai Libya, bersebelahan dengan bot kosong yang dibakar.

First medical assessment and triage of survivors of the first rescue on the 22nd of October, 2021. Mediterranean Sea, 2021. © Filippo Taddei/MSF

Penilaian medikal pertama dan saringan mereka yang terselamat dalam penyelamatan pertama pada 22 Oktober, 2021. © Filippo Taddei/MSF 

Pasukan di atas Geo Barents bimbang akan ada pemintasan lain, namun kali ini Doctors Without Borders berjaya menyambung tugas menyelamat dan membawa 95 yang terselamat ke atas kapal. Jika Pengawal Pantai Libya memintas kapal terbabit, mungkin mereka yang terselamat semuanya akan dipaksa untuk kembali kepada kitaran keganasan dan eksploitasi di Libya.
 
"Negara-negara serta institusi-institusi Eropah mesti segera menghentikan sokongan politik dan kebendaan kepada Pengawal Pantai Libya serta menghentikan sistem pengembalian secara paksa ke Libya. Libya bukanlah tempat yang selamat,” kata Willemen.

Memohon lokasi selamat

Pada 24 Oktober, pasukan mencari dan menyelamat Doctors Without Borders menggerakkan satu lagi penyelamatan kritikal membabitkan bot getah dalam kecemasan selepas ia dipenuhi air. Seramai 71 orang berada dalam kapal, tersangat bimbang akan nyawa masing-masing. Mereka kini selamat di atas kapal Geo Barents, yang kini membawa 367 orang secara keseluruhan. 

“Beberapa hari lalu menjelaskan bencana kemanusiaan yang berlaku di sempadan selatan Eropah. Dengan hanya kapal kemanusiaan yang memantau laluan migrasi maut dunia itu, jelas sekali keperluan lebih banyak kapasiti mencari dan menyelamat sangat mendesak.   
Kami kini meminta Itali menyediakan tempat yang selamat sesegera mungkin. Ramalan secara kasar menjangkakan berlaku peningkatan dan kami amat bimbang dengan hampir 400 mangsa terselamat di atas kapal yang melaluinya dan cukuplah hanya dengan itu. Penderitaan mereka mesti dihentikan,” simpul Caroline.

Categories