Skip to main content

Malawi: Bertindak balas terhadap keperluan perubatan segera selepas taufan Freddy melanda wilayah selatan

Destroyed house after cyclone Freddy, which hit the southern region of Malawi on 12 March 2023 with heavy rains and strong winds. Malawi, 2023. © MSF/Yvonne Schmiedel

Rumah musnah selepas taufan Freddy, yang melanda wilayah selatan Malawi pada 12 Mac 2023 dengan hujan lebat dan angin kencang. Malawi, 2023. © MSF/Yvonne Schmiedel

Keadaan sangat teruk. Terdapat ramai mangsa, sama ada cedera, hilang atau mati, dan jumlahnya hanya akan meningkat pada hari-hari mendatang. Hospital Pusat Queen Elizabeth di Blantyre penuh sesak dengan kemasukan mangsa dari kawasan berbeza, jadi Doctors Without Borders mengumpulkan sepasukan jururawat dan pegawai klinikal untuk menyediakan sokongan perubatan dan logistik. Kami juga menderma bekalan perubatan dan akan menilai sama ada makanan juga perlu disediakan kepada pesakit.
Guilherme Botelho, Penyelaras Projek


Menurut angka rasmi, daerah Blantyre mencatatkan angka kematian tertinggi. Hospital Pusat Queen Elizabeth sahaja melaporkan 220 mangsa yang mana 42 dewasa dan 43 kanak-kanak disahkan meninggal dunia semasa ketibaan.

“Kami telah mengerahkan beberapa kakitangan kami daripada projek biasa untuk kanser servik bagi membantu pasukan kecemasan Doctors Without Borders di Hospital Pusat Queen Elizabeth. Kami juga menangguhkan aktiviti jangkauan untuk melindungi kakitangan kami daripada sebarang risiko yang dikaitkan dengan banjir kilat dan tanah runtuh semasa pergerakan atau bangunan runtuh," kata Marion Pechayre, Ketua Misi di Malawi.

Ancaman kemunculan semula taun terus merisaukan kerana Malawi baru-baru ini mengalami wabak terbesar pernah disaksikan negara dalam sejarahnya selepas ribut tropika Ana melanda tahun lalu.
“Kami memindahkan pusat rawatan taun lebih dekat dengan hospital bagi memastikan keselamatan pesakit. Hujan masih belum berhenti dan terdapat banyak kerosakan, yang sangat mengundang kerisauan kami di banyak peringkat. Realitinya, satu lagi kebangkitan kes taun antara kebimbangan kami selepas ribut ini, terutama mengambil kira liputan vaksin di Blantyre sangat lemah, namun buat masa ini masih terlalu awal untuk mengatakannya," kata Guilherme Botelho, Penyelaras Projek Kecemasan Doctors Without Borders di Blantyre.

Pasukan kecemasan Doctors Without Borders akan terus menilai keadaan dan keperluan penduduk serta kemudahan kesihatan di daerah selatan yang paling terjejas dalam beberapa hari akan datang untuk memberikan sokongan termasuk rawatan dan akses kepada air bersih dan sanitasi.

Categories