Skip to main content

Kenya: Sehari dalam aktiviti jangkauan - Beban tiga kali ganda campak, malaria dan malnutrisi dalam keluarga

10 year old patient's blood sample is taken for a malaria test during a medical outreach activity in Lodakach ward, Turkana West sub-County. Kenya, July 2023. © MSF/Lucy Makori

Sampel darah pesakit berusia 10 tahun diambil untuk ujian malaria semasa aktiviti jangkauan perubatan di wad Lodakach, sub-daerah Turkana West. Kenya, Julai 2023. © MSF/Lucy Makori

Sejak Jun, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) bekerjasama dengan pasukan -sub-daerah Turkana West dalam memerangi dua ancaman campak dan malaria melalui pemvaksinan besar-besaran, pengurusan kes bersepadu, rawatan di dua kemudahan kesihatan, dan jangkauan perubatan penting di peringkat komuniti. 26,862 kanak-kanak telah diberi vaksin dalam kempen pemvaksinan campak beramai-ramai di sub-daerah yang luas itu menjangkau kampung yang terletak lebih 170 kilometer jauhnya. Ini disertai promosi kesihatan yang diperkukuh melalui penglibatan komuniti, pemekaan dan pengawasan.

Doctors Without Borders teams load cool boxes and vaccine carriers into cars for a vaccination campaign activity in Kakuma. Kenya, July 2023. © MSF/Lucy Makori

Pasukan Doctors Without Borders memuatkan peti sejuk dan pembawa vaksin ke dalam kereta untuk aktiviti kempen vaksinasi di Kakuma. Kenya, Julai 2023. © MSF/Lucy Makori

Keluarga Ekope dari salah sebuah kampung di Lodakach antara yang menanggung beban penyakit ini.

Hellen Adir seorang ibu cukup risau. Kami bertemu di jangkauan komuniti di wad Lodakach. Bersamanya dua daripada tiga anaknya, anak lelaki Ekidor Ekope yang berusia dua tahun dan anak perempuan Abenyo Ekope yang berusia sepuluh tahun, yang menemaninya ke rawatan perubatan. Anak perempuannya, Abenyo kelihatan lemah ketika melalui triage. Terik matahari membuatkan simptomnya hampir tidak tertanggung. Dia memerhati pasukan perubatan ketika mereka bertanya ibunya beberapa soalan.

“Dia mula mengalami sakit pada sendi, perut dan kaki. Saya datang untuk mendapatkan ubat untuknya. Saya mengesyaki ia malaria,” jelas Hellen. “Selama dua minggu ini, saya tidak dapat bertenang. Anak-anak sakit seorang demi seorang. Anak lelaki saya, Longem Ekope yang berusia lima tahun kini berada di rumah, pulih daripada campak dan malaria juga. Saya membawanya ke dispensari Lopur minggu lalu dan dia mendapat rawatan.”

A mother feeds her two year old son with supplementary food given after a nutrition review during a medical outreach in Lodakach. The son has severe acute malnutrition and her sister and brother both have measles and malaria. Kenya, July 2023. © MSF/Lucy Makori

Seorang ibu menyuap anak lelakinya berusia dua tahun dengan makanan tambahan yang diberikan selepas semakan nutrisi semasa mendapatkan bantuan perubatan di Lodakach. Anak lelakinya mengalami malnutrisi akut dan kakak serta abangnya kedua-duanya menghidap campak dan malaria. Kenya, Julai 2023. © MSF/Lucy Makori

Nancy Gichiki, pegawai klinikal Doctors Without Borders memeriksa suhu Abenyo dan ia sangat tinggi - konsisten dengan apa yang disaksikannya pada kanak-kanak dan orang dewasa melalui aktiviti jangkauan perubatan. Dia juga meneliti beberapa ruam di sekitar telinga Abenyo dan memintanya membuka mulut untuk memeriksa keradangan tekak. Gejala mengesahkan campak. Langkah seterusnya untuk menguji malaria kerana dia juga mengadu sakit badan. Ujiannya positif, dan rawatan mesti bermula sekarang.

Abenyo antara 451 yang dilaporkan menghidap campak dan 1,475 dengan malaria di sub-daerah Turkana West sahaja. Penyakit itu menjangkiti ramai orang, daripada bayi hinggalah orang tua. Matahari terik tidak menghalang mereka datang ke perkhidmatan perubatan.

Sebahagian daripada mereka sakit dan berbaring di bawah bayang-bayang pokok untuk berteduh dan menghilangkan panas, semuanya menunggu rawatan perubatan. Kebanyakan orang tua mengadu sakit pada sendi manakala kanak-kanak di bawah lima tahun paling terjejas.

Namun ini ini bukan satu-satunya kesukaran dialami komuniti penggembala ini yang tidak terlepas daripada kemarau yang melanda. Kesan buruknya dapat dilihat dalam bentuk kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, ibu hamil, dan menyusu. Dengan mata pencarian hancur akibat kematian ternakan, ramai kini bergelut untuk mendapatkan makanan mencukupi bagi menyara keluarga mereka.

Doctors Without Borders nutritionist measures the mid- upper arm circumference (MUAC) of a child to help identify cases of malnutrition during an outreach activity in Lodakach Ward. Kenya, July 2023. © MSF/Lucy Makori

Pakar pemakanan Doctors Without Borders mengukur lilitan lengan tengah atas (MUAC) kanak-kanak untuk membantu mengenal pasti kes kekurangan zat makanan semasa aktiviti jangkauan di Wad Lodakach. Kenya, Julai 2023. © MSF/Lucy Makori

Ekidor Hellen yang berusia dua tahun, dibawa untuk semakan pemakanan dan baru sahaja menerima bekalan makanan tambahan - kacang gemuk selama dua minggu untuk kekurangan zat makanan akut yang teruk daripada pakar pemakanan MSF Phinnah Botta. Pasukan perubatan Doctors Without Borders menyediakan pemeriksaan pemakanan untuk golongan paling terdedah - kanak-kanak antara 9 bulan hingga 5 tahun, ibu mengandung dan menyusu dalam aktiviti jangkauan serta di kemudahan kesihatan. Pesakit dikenal pasti kemudiannya dirujuk ke fasiliti berdekatan untuk tindakan susulan dan semakan perkembangan mereka.

Pasukan jangkauan tidask berhenti bertanya kepada ibu bapa. “Adakah terdapat kanak-kanak di rumah yang mengalami simptom? Tolong bawa mereka.” Seorang bapa yang tertekan menjawab. "Saya tidak mempunyai tenaga untuk menggendong seorang lagi anak lelaki saya, dia terlalu berat dan lemah sekurang-kurangnya saya boleh membawa yang lain secara perlahan-lahan dengan basikal." Ia satu keperluan segera untuk tidak membiarkan kanak-kanak tidak diberi vaksin campak serta tidak dirawat untuk malaria. Pasukan itu mendengarnya dan bertanya kepadanya sama ada boleh membawa penganjur kesihatan masyarakat ke rumahnya. Mereka akhirnya pergi ke rumahnya dan kembali bersama kanak-kanak lelaki itu.

Patients wait for medical consultations outside the Lopur dispensary. Doctors Without Borders is also supporting the Turkana County Ministry of Health in strengthening measles and malaria case management in two primary health facilities in Lopur, one of the wards reporting the highest cases of measles and malaria. Kenya, July 2023. © MSF/Lucy Makori

Pesakit menunggu konsultasi perubatan di luar dispensari Lopur. Doctors Without Borders juga menyokong Kementerian Kesihatan Daerah Turkana dalam mengukuhkan pengurusan kes campak dan malaria di dua kemudahan kesihatan utama di Lopur, salah satu wad yang melaporkan kes campak dan malaria tertinggi. Kenya, Julai 2023. © MSF/Lucy Makori

Tidak lama kemudian, pengedaran kelambu sedang berjalan. Semasa sambutan itu, 8,403 kelambu diedarkan kepada kanak-kanak di bawah usia lima belas tahun dan ibu mengandung dan menyusu. Keluarga Ekidor menerima kelambu nyamuk untuk melindunginya bersama abang dan kakaknya yang semakin pulih.

Hari ini sahaja, pasukan itu menjalankan lebih 100 konsultasi perubatan di Lodakach dan 1,466 lagi di fasiliti sertra semasa jangkauan perubatan ketika tindak balas.