Skip to main content

Gempa bumi di Syria: "Hospital dipenuhi mereka yang cedera dan mati"

Syrian doctors operate on a patient in a hospital in Atmeh. February 11, 2023. Syria. © Abdul Majeed Al Qareh

Doktor Syria membedah seorang pesakit di sebuah hospital di Atmeh. Kelengkapan bilik bedah hospital ini hasil sumbangan pasukan Doctors Without Borders di Atmeh. Syria, Februari 11, 2023. © Abdul Majeed Al Qareh

"Pada 6 Februari, kami segera memahami bahawa kami sedang berdepan dengan situasi bencana," jelas Mohammad Darwish, timbalan pengarah hospital Doctors Without Borders di Atmeh. "Kemusnahan di kawasan itu sangat besar, kami melancarkan pelan kecemasan kami kurang 3 jam selepas gempa bumi pertama dan meletakkan kakitangan dalam keadaan berjaga-jaga.”

Pasukan Atmeh mula menghantar peralatan perubatan ke sekitar sepuluh hospital di rantau ini, ke Bab al-Hawa, Darat Izza, Idlib dan juga ke Atarib. "Semua hospital penuh, termasuk milik kami," jelas Samih Kaddour, pengarah hospital Aqrabat, pakar dalam pembedahan ortopedik dan rekonstruktif.

“Pasukan Doctors Without Borders yang pertama membantu kami dan berkongsi sumber mereka. Mereka memberi kami kelengkapan, termasuk melakukan 'cast' (balutan simen) dan mensterilkan luka. Kami menerima 800 orang di bilik kecemasan, 250 daripadanya memerlukan rawatan pembedahan. Malah hari ini (Sabtu 11 Februari), mereka yang cedera terus menerus dibawa masuk.” Malangnya sejak itu, tetingkap waktu kecemasan untuk menyelamatkan nyawa sudah tertutup.

Trucks chartered by Doctors Without Borders teams from Atmeh hospital, on their way to a distribution. Syria, February 11, 2023. Syria. © Abdul Majeed Al Qareh

Trak disewa khas pasukan Doctors Without Borders dari hospital Atmeh, dalam perjalanan untuk tugas penghantaran. Syria, Februari 11, 2023. Syria. © Abdul Majeed Al Qareh

Pakar bedah Doctors Without Borders dari hospital itu juga dihantar ke fasiliti kesihatan tertentu di rantau ini untuk membantu rakan sekerja mereka yang sedang menangani bilangan pesakit cedera yang ramai. "Saya pergi ke hospital yang terletak di sekitar Turkiye," jelas Dr Mohammad Zaitoun. “Disebabkan penutupan sempadan, dan mustahil untuk menerima sokongan luar atau memindahkan yang cedera, ini memberi tekanan besar kepada kami. Ramai yang cedera, kakitangan perubatan keletihan. Kami melakukan yang terbaik bersama-sama pasukan Doctors Without Borders di Atmeh. Sebagai pakar bedah, saya berada di bilik pembedahan. Kami tidak pernah menyaksikan kemasukan orang yang cedera seperti itu, kecuali mungkin semasa pengeboman atau pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di wilayah itu.”

Ambulans dari hospital Atmeh turut terlibat. Mereka membolehkan pemindahan pesakit antara hospital dapat dilakukan. Bagi klinik bergerak Doctors Without Borders pula, pelan intervensi mereka disesuaikan dengan keadaan dan mereka dihantar ke lokasi mangsa gempa bumi yang ramai. Pasukan yang membentuk klinik bergerak ini bekerja secara tetap selama beberapa tahun, menyediakan penjagaan kesihatan kepada mereka yang tinggal di banyak kem di rantau ini, yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Ketika ini mereka melawat secara harian lokasi di mana kelompok yang kehilangan tempat tinggal berlindung, sama ada di Sarmada, Kammouneh atau Al Dana.

Kami masih tidak mempunyai visi yang jelas tentang keadaan di kawasan Atmeh yang lebih luas. Kami hanya tahu bahawa hospital penuh dengan orang yang cedera dan mati serta keperluannya sangat besar. Rakyat di rantau ini memerlukan segala-galanya. Kami segera membuka gudang logistik kami dan mengedarkan ratusan barangan keperluan, namun ia tidak mencukupi. 2,500 selimut didermakan kepada hospital untuk pesakit mereka, dan ratusan kit keperluan asas telah diagihkan kepada keluarga, antara lain.
Mohammad Darwish,Timb. Pengarah Hospital

Dalam waktu terdekat, pasukan Doctors Without Borders di rantau ini sedang menggunakan stok kecemasan mereka, sementara menunggu bekalan antarabangsa, yang terhalang disebabkan ketegangan politik yang mengelilingi wilayah terkepung ini. Sehingga gempa bumi, Bab al-Hawa merupakan satu-satunya lokasi untuk bantuan kemanusiaan dari Turkiye menyeberang ke kawasan terkepung di barat laut Syria ini.

“Hampir seminggu selepas gempa bumi, kami tidak menerima sebarang bantuan dari luar,” kata Moheed Kaddour, pengarah sebuah hospital di Atmeh, dan abang kepada Samih Kaddour dengan nada kesal. “Sokongan hanya datang daripada hospital lain, komuniti tempatan atau organisasi yang sedia ada sebelum bencana. Dalam hal ini, hospital Doctors Without Borders di Atmeh memainkan peranan penting. Namun, tindakan responsif ini, yang dibina melalui sokongan tetap untuk rangkaian sekitar dua puluh struktur kesihatan, kini berdepan had tertentu, seperti mustahilnya untuk memindahkan pesakit yang berada dalam keadaan serius ke Turkiye."

A resident of Atmeh who lost his house during the earthquake. The MSF teams gave him a tent so that he and his family could take shelter. February 11, 2023. Syria. © Abdul Majeed Al Qareh

Seorang penduduk Atmeh yang kehilangan rumah ketika gempa bumi. Pasukan Doctors Without Borders menyumbang khemah kepada penduduk di kawasan itu untuk berteduh. Syria, Februari 11, 2023. © Abdul Majeed Al Qareh

"Biasanya kami boleh memindahkan pesakit melecur kami yang paling teruk melecur ke struktur kesihatan bersesuaian di Türkiye," jelas Mohammad Darwish. “Hospital Doctors Without Borders di Atmeh menyediakan penjagaan penting, namun ia juga ada hadnya dan sekadar boleh memberi rawatan mencukupi untuk mereka yang mengalami luka terbakar sederhana. Hari ini, tiada lagi katil hospital pakar di wilayah Idlib dan orang ramai tidak boleh menyeberangi sempadan.”

Di barat laut Syria, gempa bumi ini mencetus ganguan kepada wilayah yang sudah sedia mempunyai lebih 2 juta orang yang berpindah dan tinggal di kem dengan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan. "Sembilan hari selepas gempa bumi, kami masih sibuk dengan penjagaan pesakit kami, kata Moheeb Kaddour. Kami masih menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawa mangsa 'crush syndrome'. Patologi ini, terhasil disebabkan penekanan otot yang berpanjangan, boleh membawa maut dengan menyebabkan ketepuan dan kegagalan buah pinggang. Keadaan itu tidak dapat digambarkan dan buat masa ini, kami bersendirian.”

Categories