Penutupan kem pelarian di Kenya
Seorang jururawat menemani pesakit ke bilik konsultasi di hospital Doctors Without Borders di Dagahaley. 2020 © MSF
Bagi lebih 430,000 pelarian di kem itu, pengumuman ini pastinya mengejutkan. Mereka benar-benar diketetpikan dari perbincangan ini walaupun impak perubahan kehidupan akan mendatangkan kesan kepada masa depan mereka.
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) bersetuju bahawa kem pelarian bukanlah jalan penyelesaian jangka panjang. Tetapi sikap tergesa-gesa dan tidak berunding dalam keputusan ini membuatkan kita mempersoalkan kebolehlaksanaan penutupan kem dalam jangka masa singkat dengan cara yang lebih menghormati hak dan keselamatan pelarian.
Pelan penutupan kem terlalu memberi penekanan kepada pemulangan secara sukarela. Ia mustahil untuk meletakkan tarikh akhir pemulangan terutamanya beberapa negara asal ini masih tidak selamat. Pelarian mempunyai hak untuk membuat pilihan yang bebas dan tepat mengenai jika dan bila untuk kembali serta tidak boleh dijadikan tawanan kepada tarikh akhir yang sewenang-wenangnya.
Pelarian Somalia di Dadaab akan bergelut untuk kembali ke negara yang mengalami pelbagai cabaran, tetapi belum ada alternatif dimaklumkan kepada mereka. Ini mungkin menyebabkan panik dan menjadikan keadaan mereka semakin tidak menentu.
Sokongan Kenya hampir 30 tahun untuk pelarian jauh melebihi apa yang dilakukan banyak negara kaya. Namun, selepas menjadi tuan rumah kepada pelarian selama beberapa dekad, seharusnya ia tidak menutup pintu pelarian sekarang dan membiarkan mereka berjuang sendirianAdrian Guadarrama
Di sebalik sokongan Kenya, negara kaya juga harus menggandakan usaha mereka untuk berkongsi tanggungjawab menyokong pelarian. Mereka tidak harus sekadar memastikan bantuan kemanusiaan berterusan dan mencukupi untuk pelarian ketika mereka di kem, tetapi menyokong Kenya mengintegrasikan pelarian ke dalam masyarakat setempat. Dan mereka mesti menawarkan peningkatan peluang untuk penempatan semula termasuk laluan komplimentari.
Pelarian memerlukan penyelesaian yang mampu bertahan lama. Namun memaksa penyelesaian kepada pelarian bukanlah jawapannya. Mereka mesti mempunyai suara untuk masa depan mereka dan dapat memilih jalan terbaik untuk diri sendiri.
Adrian Guadarrama adalah timbalan pengurus program Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) untuk Kenya, yang berpusat di Geneva.