Skip to main content

Palestin: ‘Hampir setahun tiada bantuan. Keadaan hidup penuh sengsara.’

Yasmin Jamal Mahmoud Abu Mustafa, MSF’s community health worker, talks to some beneficiaries in an MSF mobile clinic in Masafer Yatta, Hebron.©MSF/Katharina Lange

Yasmin Jamal Mahmoud Abu Mustafa, pekerja kesihatan komuniti MSF, bercakap dengan beberapa waris di klinik bergerak MSF di Masafer Yatta, Hebron. ©MSF/Katharina Lange 

Lebih daripada separuh tebing barat diletakkan di bawah Area C, bermaksud ia di bawah kawal selia Sivil dan Ketenteraan Israel. Memisahkan kira-kira 300,000 penduduk Palestin yang mendiami kampung-kampung kecil, daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Lebih satu pertiga daripada mereka bergantung kepada klinik bergerak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. 

Untuk ke klinik paling hampir pun memerlukan kos yang tidak mampu dibayar penduduk di situ, diburukkan lagi dengan perjalanan yang jauh tanpa pengangkutan awam dan keadaan jalan raya teruk menghalang ambulans sampai kepada komuniti yang memerlukan. Bagi kes yang memerlukan pesakit duduk dekat dengan kemudahan kesihatan seperti golongan ibu mengandung, mereka perlu berjauhan dari kediaman untuk tempoh yang lama. 

Some patients reaching MSF’s mobile clinics in Masafer Yatta (Hebron) have to reach with their donkeys as there is lack of transportation means. ©MSF/Katharina Lange

Beberapa pesakit tiba di klnik bergerak MSF di Masafer Yatta (Hebron) dengan menaiki keldai memandangkan ketiadaan pengangkutan.©MSF/Katharina Lange

Walaupun Masafer Yatta berada di bawah wilayah pemerintahan Hebron, ia turut diletakkan di bawah zon Area C yang mana sudah sekian lama tidak memiliki perkhidmatan perubatan. Ia susulan langkah organisasi nasional menggantung perkhidmatan klinik bergeraknya atas pelbagai alasan termasuk pemotongan dana, selain undang-undang yang lebih ketat mempengaruhi aktiviti NGO. Ia diburukkan lagi dengan tekanan sistem kesihatan yang perlu mengutamakan tumpuan kepada pandemik COVID-19. 

Minggu lalu, Pasukan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) mula mengunjungi semula komuniti terbabit bagi menyediakan bantuan kesihatan asas, merangkumi pelbagai aktiviti termasuk khidmat nasihat pesakit luar (dengan memfokuskan kepada kanak-kanak dan pesakit kronik bagi penyakit tidak berjangkit), kesihatan reproduktif, kesihatan mental dan pemeriksaan nutrisi. Ujian asas turut dijalankan di klinik ini, namun bagi kes serius atau pesakit yang memerlukan ujian lanjut akan dipindahkan ke hospital terdekat di Bandar Yatta. 

MSF’S Tonadella Karim talks to Mohammad Issa (67) who visited an MSF mobile clinic to get medication for him and his wife, both suffering chronic diseases. ©MSF/Katharina Lange

Sejak November, MSF sering mengunjungi tiga kawasan iaitu Dkaika, Djinba dan Khirbet Al Fakheit. Kini sejak minggu terakhir yang lalu, kawasan keempat ditambah dalam kunjungan MSF iaitu Um Gussa. Pasukan MSF terdiri daripada doktor perubatan, jururawat, bidan, pakar kesihatan mental dan penggalak kesihatan. Hampir 300 sesi khidmat nasihat kesihatan berjaya dilaksanakan sejak aktiviti itu dimulakan.  

“Selama setahun, tiada sesiapa yang datang ke sini dan rakyat kita terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Yatta untuk mendapatkan khidmat kesihatan,” kata Pemimpin Masyarakat di Khirbet al Fakheit, Mohamad Ayoub Hamad, lokasi di mana pasukan MSF menyediakan aktiviti bantuan perubatan bergerak. “Ia situasi yang sangat memeritkan terutama bagi wanita mengandung. Keluarga yang tidak memiliki kenderaan memang menghadapi masalah besar,” katanya. 

Golongan wanita yang tinggal di kawasan berkenaan berdepan cabaran khususnya untuk mendapatkan khidmat kesihatan. Kebiasaannya golongan lelaki akan ke bandar terdekat di Yatta, untuk membeli dan menjual produk, di sana mereka boleh menemui perkhidmatan kesihatan jika mereka memerlukannya. Namun golongan wanita biasanya bekerja di ladang sepanjang masa dan tanpa pembantu yang boleh menggantikan kerja-kerja mereka menyebabkan golongan ini sering mengabaikan keperluan kesihatan sehinggalah keadaan bertambah teruk. Tiada pengangkutan awam di Masafer Yatta dan jika ada keluarga yang memiliki kenderaan sekali pun, ia salah di sisi undang-undang kerana kenderaan itu tidak berdaftar dan akan di sita pada bila-bila masa.  

Rasha (bukan nama sebenar, diubah bagi melindungi pesakit) terpaksa menempuh perjalanan ke klinik bergerak di Khirbet Al Fakheit dengan menunggang keldai dari kampung berhampiran. “Keadaan kini sangat berbeza. Sekurang-kurangnya kami memiliki doktor yang melawat kawasan ini setiap minggu, memudahkan kami mendapat bantuan kesihatan. Sebelum ini, jika saya atau anak-anak memerlukan perubatan, kami terpaksa mengemis ke setiap rumah di kampung untuk mendapatkan ubat,” katanya. Minggu sebelumnya, Rasha hadir ke klinik bergerak bersama dua anaknya untuk pemeriksaan kesihatan. Lebih memeritkan lagi keadaannya, beliau berkata “Tahun ini, kami semakin kekurangan wang kerana tidak mempunyai keju atau susu masam (buttermilk) untuk dijual.” 

Rasha (fake name to protect patient’s anonimity) can see a difference since MSF mobile clinics started in the area where she lives. In absence of public transportation, she came to the clinic by donkey.©MSF/Katharina Lange

Penyedia perkhidmatan kesihatan di kawasan terbabit turut terbeban dengan peraturan menghalang penduduk di Area C membina struktur binaan kekal atau separa kekal tanpa permit pihak berkuasa Israel. Lebih mustahil untuk memohon permit. Bahkan struktur ringkas yang dibina oleh MSF untuk klinik bergerak seperti di Khirbet Al Fakheit, turut diancam akan diruntuhkan. Sejak 2012, sekolah dan klinik yang terletak berhampiran turut diberikan perintah pelupusan untuk diruntuhkan pada bila-bila masa. 

“Kami sangat berharap organisasi nasional atau Kementerian Kesihatan Palestin akan memiliki kapasiti dan dana mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan seperti Masafer Yatta,” kata Penyeldia Projek MSF di Hebron, Katharina Lange. 

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) memulakan misi di Wilayah Diduduki Palestin sejak 1989 dengan fokus menyediakan bantuan kesihatan utama di Gaza. Pada 1996, klinik bergerak dimulakan di sekitar kawasan Hebron (C dan H2) dan sedekad kemudian aktiviti berkenaan diserahkan kepada organisasi lain. Selain aktiviti kesihatan di Hebron, MSF kini turut menganjurkan program kesihatan mental di Hebron dan Nablus, di Tebing Barat. Di Gaza, MSF menguruskan jabatan dan klinik pesakit luar untuk merawat pesakit trauma dan melecur. Pasukan itu menyediakan pembedahan plastik dan ortopedik bagi menutup luka besar dan memulakan proses memperbaiki kerosakan tulang. Turut disediakan rawatan membalut luka, fisioterapi, pendidikan kesihatan dan sokongan psikososial. 

Categories