Skip to main content

Libya: Seorang mati, manakala dua cedera dalam tembakan di pusat tahanan Tripoli

The Souq al Khamis detention centre, located by the sea, Khoms, Libya

Di banyak pusat tahanan di Libya, penghuni menerima cahaya dan udara yang sangat minimum, makanan dan air bersih tidak mencukupi, serta kurangnya kemudahan kebersihan. Photo from 2019. © Aurelie Baumel/MSF

Dua remaja berusia 17 dan 18 tahun dengan luka tembakan dipindahkan untuk rawatan perubatan segera oleh sepasukan petugas organisasi perubatan antarabangsa Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF). Ketegangan meningkat di Pusat Pengumpulan dan Pemulangan Al-Mabani yang sangat padat pada malam kejadian, menurut laporan diterima MSF, tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah sel di mana tahanan ditempatkan.

"Serangan berlaku membuktikan risiko besar dihadapi tahanan ketika mereka dikurung di pusat tahanan untuk jangka waktu yang tidak pasti," kata Ellen van der Velden, pengurus operasi Doctors Without Borders untuk Libya. "Tindakan keganasan terbaru ini bukti jelas bahawa pusat tahanan adalah tempat berbahaya bagi orang ramai."

The Souq al Khamis detention centre, located by the sea in the city of Khoms in Libya

Beberapa mingu kebelakangan ini, pasukan perubatan Doctors Without Borders menyaksikan tekanan memuncak di pusat tahanan di Libya, di mana pelarian dan migran – termasuk wanita, kanak-kanak dan remaja tidak berteman – ditahan secara paksa dalam keadaan menyedihkan. Photo daripada 2019. © Aurelie Baumel/MSF

Beberapa mingu kebelakangan ini, pasukan perubatan Doctors Without Borders menyaksikan tekanan memuncak di pusat tahanan di Libya, di mana pelarian dan migran – termasuk wanita, kanak-kanak dan remaja tidak berteman – ditahan secara paksa dalam keadaan menyedihkan. Pusat-pusat itu semakin sesak sejak awal Februari susulan peningkatan operasi pemintasan migran dan pelarian yang melarikan dari Libya melalui laut oleh Pengawal Pantai Libya yang dibiayai EU. Ia menyumbang peningkatan jumlah mereka yang ditahan di pusat tahanan di Tripoli - dan di Al-Mabani secara khusus - mengakibatkan keadaan hidup merosot dengan cepat.

Pada minggu pertama Februari, jumlah ditahan di Al-Mabani meningkat daripada 300 menjadi 1,000 orang dalam beberapa hari. Pusat ini kini menempatkan sekitar 1,500 orang.

Seperti di kebanyakan pusat penahanan lain, mereka yang ditahan di Al-Mabani menerima cahaya dan udara yang sangat minimum, makanan dan air minum bersih tidak mencukupi, serta kekurangan kemudahan kebersihan. Kesesakan teruk - dengan kira-kira tiga orang bagi setiap meter persegi – selalunya tiada ruang pun untuk berbaring. Penyakit berjangkit seperti kudis dan batuk kering semakin merebak. Penjarakan fizikal berhubung COVID-19 adalah mustahil.

Ini bukan kali pertama pelarian dan migran yang ditahan terdedah keganasan. Tembakan dan kematian dilaporkan dalam beberapa bulan terakhir, sementara pasukan Doctors Without Borders menyaksikan penggunaan serangan fizikal oleh pengawal. Pada Februari saja, pasukan perubatan Doctors Without Borders merawat 36 tahanan kerana patah tulang, trauma akibat benda tumpul, lebam, kecederaan mata, luka tembakan dan kelemahan anggota badan di pelbagai pusat tahanan; 15 daripada pesakit ini dirujuk hospital Doctors Without Borders untuk rawatan lanjut. Semua kecederaan baru berlaku, menunjukkan mereka didera ketika di pusat tahanan.

The Souq al Khamis detention centre, located by the sea in the city of Khoms, Libya

Kesesakan teruk – dengan kira-kira tiga orang bagi setiap meter persegi – selalunya tiada ruang pun untuk berbaring. © Aurelie Baumel/MSF

Pihak berkuasa di Al-Mabani dilapor memulakan siasatan terhadap kejadian ini. Doctors Without Borders menggesa pihak berkuasa berkongsi hasil siasatan ini dengan komuniti kemanusiaan serta memastikan mereka yang terbabit bertanggungjawab.

Sehubungan kejadian ini, Doctors Without Borders mengulangi gesaannya supaya menghentikan amalan penahanan sewenang-wenangnya di Libya, membebaskan segera semua yang ditahan, serta menyediakan tempat perlindungan selamat termasuk akses kepada perkhidmatan asas untuk pelarian dan migran.

Doctors Without Borders sudah bekerja di pusat tahanan Libya sejak 2016, menyediakan penjagaan kesihatan umum dan psikologikal serta rujukan kecemasan ke hospital, bagi meringankan penderitaan pelarian, pencari suaka dan migran yang ditahan sewenang-wenangnya, selain mendedahkan keadaan tidak berperikemanusiaan di pusat tahanan. 
 

Categories