130 dikhuatiri mati dalam kapal karam di luar pantai Libya
Beberapa individu diselamatkan oleh Ocean Viking. Photo from 2020. © Anthony Jean/SOS MEDITERRANEE
Bangkai kapal disakiskan NGO SOS Mediterranee's M/V Ocean Viking lebih 48 jam selepas amaran awal dikeluarkan. Beberapa mayat kaku tidak bernyawa terapung di lokasi kejadian dengan kemungkinan 130 orang mati.
"Angka kematian yang sukar diterima ini menjadi bukti susulan impak meragut nyawa akibat dasar untuk tidak membantu di laut oleh negara-negara anggota EU. Selama bertahun kini, mereka meletakkan kepercayaan tanggungjawab mencari dan menyelamat kepada Pusat Penyelarasan Penyelamat Libya, yang mana sekali lagi gagal memenuhi mandat penyelarasannya di zon tanggungjawabnya yang luas. Berapa lama lagi kita perlu mengecam tindakan tidak wajar pihak berkuasa maritim Eropah dan Libya, untuk mengelak pembunuhan ini?" nada kesal disuarakan Ellen van der Velden, Pengurus Operasi Mencari dan Menyelamat Doctors Without Borders dan Libya.
"Ramai yang sangat terdesak melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan di Libya berterusan meredah risiko bahaya merentasi laut, hanya untuk dipintas dan dibawa kembali oleh Pengawal Pantai Libya yang disokong EU atau dibiarkan mati di tengah laut," sambung van der Velden.
"Ingatan kami bersama keluarga mereka yang tewas di laut dan bersama pasukan di Ocean Viking."