Skip to main content

Tinjauan Dedah Keganasan Melampau di Port-au-Prince

Kemas kini semasa

Satu tinjauan retrospektif mortaliti oleh Epicentre, cabang penyelidikan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF), yang meliputi tempoh Ogos 2022 hingga Julai 2023, mendedahkan peningkatan keganasan di kawasan tersebut sejak kajian serupa dilakukan pada tahun 2007. Lebih 40% daripada jumlah kematian dikaitkan dengan keganasan, dengan kadar kematian kasar sebanyak 0.63 bagi setiap 10,000 orang sehari—kadar yang setanding dengan zon konflik lain seperti di utara Syria dan dalam kalangan pelarian Rohingya. 

Di samping itu, 13% penduduk Cité Soleil menyaksikan keganasan jalanan melampau, manakala 40% wanita tidak menghadiri penjagaan antenatal akibat risiko perjalanan. Seorang staf Doctors Without Borders dari Haiti menggambarkan ketakutan yang berleluasa, keganasan bersenjata, dan trauma psikologi yang dialami penduduk. Keadaan ini menonjolkan situasi genting di ibu kota Haiti, di mana pertembungan antara kumpulan bersenjata, pihak polis, dan orang awam mencetuskan ancaman berterusan terhadap keselamatan.

Latest Updates

 Haiti: Doctors Without Borders menangguhkan aktiviti di kawasan metropolitan Port-au-Prince
Haiti: Doctors Without Borders menangguhkan aktiviti di kawasan metropolitan Port-au-Prince
Keganasan dan ancaman oleh pihak polis memaksa Doctors Without Borders menggantungkan aktiviti di kawasan metropolitan Port-au-Prince.
Haiti: Doctors Without Borders mengecam keras serangan terhadap ambulans dan pembunuhan pesakitnya
Haiti: Doctors Without Borders mengecam keras serangan terhadap ambulans dan pembunuhan pesakitnya
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan sekurang-kurangnya dua pesakit yang telah dibunuh selepa...
Haiti: Doctors Without Borders meningkatkan tindak balas perubatannya di Port-au-Prince
Haiti: Doctors Without Borders meningkatkan tindak balas perubatannya di Port-au-Prince
Port-au-Prince, Haiti - 5 Mac 2024 - Médecins Sans Frontières (MSF) / Doctors Without Borders meningkatkan aktiviti perubatannya di Port-au-Prince, Ha...
Haiti: hidup di neraka Port-au-Prince sebagaimana diceritakan penduduknya
Haiti: hidup di neraka Port-au-Prince sebagaimana diceritakan penduduknya
Dua tahun selepas pembunuhan presiden Haiti Jovenel Moïse, bandar Port-au-Prince terus menjunam ke ambang keganasan. Hari demi hari, penduduk ibu kota...
Haiti: Rawatan perubatan terjejas teruk akibat pertempuran di Cite Soleil
Haiti: Rawatan perubatan terjejas teruk akibat pertempuran di Cite Soleil
Kejiranan Cité Soleil, sebuah komune di ibu kota Haiti, sekali lagi terperangkap dalam kebangkitan semula keganasan antara kumpulan bersenjata yang be...
Haiti: Doctors Without Borders mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ganas penyerang bersenjata di hospital Tabarre
Haiti: Doctors Without Borders mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ganas penyerang bersenjata di hospital Tabarre
Organisasi ketika ini menangguhkan semua aktiviti di hospital.

Keperluan kesihatan di Haiti semakin meningkat. Ketidakstabilan politik, gempa bumi pada Ogos 2021, krisis bahan api dan keganasan kronik menekan sistem penjagaan kesihatan. Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) sedang berusaha untuk mengisi jurang besar dalam penjagaan kesihatan di Haiti, sebuah negara yang dilanda keganasan yang semakin meningkat dan kebangkitan semula kolera yang membawa maut. 

Pada April 2023, ibu kota Haiti dan penduduknya mengalami gelombang baharu keganasan melampau yang mengakibatkan kematian lebih 600 orang. Pada 24 April sahaja, pasukan Doctors Without Borders merawat kira-kira 50 orang dengan luka akibat tembakan dan pisau. Ramai mangsa tidak mampu untuk sampai ke kemudahan penjagaan kesihatan - terlalu berbahaya bagi mereka untuk meninggalkan rumah mereka. Pada Februari, dan sekali lagi pada April, Doctors Without Borders terpaksa menangguhkan aktiviti di hospitalnya di Cité Soleil disebabkan pertempuran di jalan-jalan sekitar kawasan berjiran. Dalam dua tahun, hospital itu telah terkena 65 peluru sesat. 

Sekitar 90 kumpulan bersenjata terbabit pertempuran di jalan-jalan sekitar Port-au-Prince dan kini menguasai lebih 80% bandar itu. Menurut kumpulan penyelidik hak asasi manusia Haiti CARDH, 389 kes penculikan direkodkan pada suku pertama 2023, peningkatan lebih 173% berbanding 2021 dan 72% berbanding 2022. 

Tindak balas MSF di Haiti

Kami menyediakan rawatan serta penjagaan seksual dan reproduktif kepada mangsa trauma dan mangsa keganasan seksual dan berasaskan jantina. Dengan bencana alam yang kerap berlaku di negara ini, tindak balas kecemasan kekal aspek utama dalam kerja kami di Haiti.

Rawatan trauma

Pertempuran bersenjata terus menjejaskan komuniti di ibu kota Haiti, Port-au-Prince. Walaupun mengekalkan struktur perubatan yang berfungsi semasa pertempuran ini menjadi satu cabaran, dengan penculikan dan rompakan bersenjata berleluasa di seluruh Port-au-Prince, kami terus menyediakan penjagaan trauma. Pasukan kami merawat mereka yang mengalami luka akibat tembakan dan tikaman, melecur teruk serta mangsa kemalangan jalan raya di beberapa kemudahan perubatan di seluruh ibu negara. 

Rawatan untuk mangsa keganasan seksual dan berasaskan jantina

Kelaziman keganasan seksual dan berasaskan jantina (SGBV) menjadi kebimbangan berterusan di Haiti. Kami menyokong pelbagai kemudahan kesihatan dalam menyediakan penjagaan khusus kepada mangsa SGBV yang merangkumi penjagaan perubatan, psikologi dan sosial. Pengenalan talian bantuan telefon percuma mengurangkan halangan kepada penjagaan, menawarkan kepada mangsa sokongan psikologi secara jarak jauh serta rujukan ke pusat kesihatan. 

Penajagaan seksual dan reproduktif

Penjagaan seksual dan reproduktif kekal menjadi bidang penting untuk aktiviti pasukan kami di Haiti. Kami menyediakan penjagaan pranatal dan neonatal yang betul kepada wanita untuk meneruskan usaha kami dalam mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi. Kami juga menyediakan aktiviti rekreasi dan pendidikan untuk menggalakkan perancangan keluarga dan pencegahan serta pengurusan penyakit kelamin. 

Tindak balas kecemasan

Dengan pertempuran bersenjata yang berterusan dan bencana alam yang kerap, pasukan kami menjalankan operasi kecemasan di Haiti. Sokongan air dan sanitasi disediakan kepada komuniti terjejas akibat keganasan di Port-au-Prince. Selepas gempa bumi pada Ogos 2021, kami menyediakan penjagaan kecemasan kepada mangsa yang mana ia termasuk pembedahan, sokongan air dan sanitasi serta klinik bergerak ke kawasan luar bandar. 

Kecemasan

Bantu kami menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa untuk mangsa keganasan terkini di Haiti dan pesakit kami di lebih 70 negara di seluruh dunia. Sokong kami sekarang dengan menderma.