Skip to main content

Haiti: Doctors Without Borders mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ganas penyerang bersenjata di hospital Tabarre

MSB109690

Sebuah ambulan MSF di luar hospital Tabarre. Haiti, Februari 2021. © Pierre Fromentin/MSF 

Port-au-Prince, Julai 7, 2023 – Malam tadi, kira-kira 20 lelaki bersenjata secara ganas memasuki hospital Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) di Tabarre, di ibu negara Haiti Port-au-Prince, bagi mengeluarkan secara paksa seorang pesakit dengan luka akibat tembakan yang masih di bilik pembedahan. Doctors Without Borders mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ini, yang mana ia sekali lagi menunjukkan tahap keganasan yang belum pernah berlaku yang kini berleluasa di Port-au-Prince. Semua aktiviti rawatan trauma dan melecur di hospital Tabarre kini ditangguhkan akibat kejadian ini. 

Pada petang 6 Julai, seorang pesakit dengan luka akibat tembakan datang secara terus ke hospital, yang kemudiannya segera dimasukkan ke wad kerana kecederaannya serius. Semasa masih di bilik pembedahan, dua lelaki tiba di hospital, berpura-pura kononnya mengalami kecemasan yang mengancam nyawa. Sebaik pintu pagar hospital dibuka, kira-kira dua puluh lelaki bertopeng lengkap bersenjata menyerbu masuk ke hospital untuk menangkap pesakit yang cedera itu, yang kemudiannya dibawa bersama mereka. 

"Pelecehan terhadap nyawa manusia berlaku dalam kalangan pihak yang bercanggah, serta keganasan di Port-au-Prince, sehingga mereka yang terdedah, sakit dan cedera pun tidak terkecuali. Bagaimana kami, pekerja kesihatan, mampu untuk terus memberikan rawatan dalam persekitaran ini? Kami mesti memahami terlebih dahulu apa yang berlaku dan memastikan kakitangan perubatan kami yang diganggu ini diberi tempoh untuk bertenang kerana penyerang ini mengancam untuk membunuh mereka. Kami akhirnya memutuskan untuk menangguhkan aktiviti kami buat masa ini, bagi membolehkan kami menilai keadaan untuk melihat potensi penyambungan semula.

- Mahaman Bachard Iro, ketua program di Haiti

Siri insiden keselamatan yang menjejaskan pasukan perubatan Doctors Without Borders terus menyuntik persoalan mengenai kehadiran organisasi dan operasinya. Kakitangan perubatan, yang berjuang setiap hari untuk menyelamatkan nyawa, terkesan dengan keganasan ini serta penghinaan yang ditunjukkan kumpulan bersenjata ini terhadap mereka. Di tempat lain di kawasan metropolitan Port-au-Prince, Doctors Without Borders terpaksa menutup sementara hospital Drouillard pada April 2022, menutup pintu pusat kecemasannya di Martissant secara kekal pada Jun 2021, dan menggantung sokongannya untuk hospital Raoul Pierre Louis di Carrefour pada Januari 2023 atas sebab keselamatan. 

Doctors Without Borders sekali lagi menyeru pelbagai pihak yang terbabit dalam konflik di Port-au-Prince supaya menghormati fasiliti perubatan supaya mereka dapat terus berfungsi. Doctors Without Borders kekal bertekad untuk menyokong rakyat Haiti, mangsa utama disebabkan kemerosotan serius keadaan keselamatan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selain hospital Tabarre, Doctors Without Borders sedang meneruskan program perubatannya yang lain di Haiti. 

 

 

Pada 2022, pasukan Doctors Without Borders di Haiti, dengan kerjasama kementerian kesihatan, telah menjalankan lebih 4,600 pembedahan, 34,200 konsultasi kecemasan dan 17,800 konsultasi klinik bergerak, merawat 2,600 pesakit dengan luka akibat tembakan, 370 orang yang mengalami luka terbakar, dan 2,300 orang kerana keganasan semasa bersalin, serta menyediakan rawatan ketika 700 kelahiran.