Haiti: Doctors Without Borders bertindak balas terhadap kemunculan semula kes kolera (taun) dengan kerjasama pihak berkuasa
Port-au-Prince - Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menyertai pihak berkuasa kesihatan Haiti dalam tindak balas kecemasan untuk merawat pesakit yang menunjukkan simptom kolera, susulan kemunculan semula kes disahkan kolera di Port-au-Prince seperti diumumkan Kementerian Kesihatan Awam (MSPP).
Di ibu negara , Doctors Without Borders membuka pusat rawatan kolera (CTC) berkapasiti 10 katil di kejiranan Brooklyn neighbourhood, CTC dengan 20 katil di pusat kecemasan Doctors Without Borders di Turgeau, dan CTC dengan 50 katil di hospital Doctors Without Borders di Cité Soleil, selain bebarapa pusat pengagihan larutan rehidrasi oral (ORS). CTC di Cité Soleil bersedia untuk menerima pesakit kolera, sementara unit yang lain sudah mencapai tahap kapasiti maksimum.
Sejak beberapa hari lalu, beberapa individu yang dikenal pasti berpotensi dijangkiti penyakit itu dibawa ke pusat kecemasan Doctors Without Borders di Turgeau dan hospital Doctors Without Borders di Cité Soleil, menunjukkan simptom seperti cirit-birit dan muntah yang teruk. Satu sampel daripada pesakit di Turgeau didapati positif kolera oleh ujian makmal kebangsaan. Sehingga 3 Oktober, Doctors Without Borders menerima kemasukan 68 pesakit ke kemudahannya di Brooklyn, Cité Soleil dan Turgeau. Malangnya, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia.
Kemunculan semula kolera ini berlaku ketika penduduk Haiti menghadapi kesukaran besar untuk mendapatkan penjagaan kesihatan. Ketidakamanan dan keganasan, ditambah kekurangan bahan api dan air minuman yang teruk, memaksa banyak kemudahan kesihatan untuk mengurangkan aktiviti mereka dan dalam beberapa kes menghentikannya sama sekali. Pada masa sama, orang ramai yang memerlukan rawatan semakin sukar untuk bergerak kerana pengangkutan awam hampir tidak tersedia kerana kekurangan bahan api di negara ini.