Skip to main content

Gempa bumi Afghanistan: Doctors Without Borders menghantar pasukan ke kawasan paling teruk terkesan

MSF condemns an attack against one of its vehicles and suspends its activities in Bambu, Ituri

© iAko M. Randrianarivelo/Mira Photo 

afghanistan map earthquake response

Di Bermal, Wilayah Paktika, Doctors Without Borders menubuhkan klinik 24 jam dengan lapan katil di mana pesakit distabilkan sehingga mereka boleh dirujuk untuk rawatan lanjut. Kami juga menyokong aktiviti pesakit luar, dan kaunselor psikologi telah mula memberi pertolongan cemas psikologi kepada mangsa yang terselamat. Kakitangan pembedahan dan bidan meninggalkan Khost pada Sabtu untuk memperkukuhkan lagi pasukan.

Sumbangan bekalan perubatan dan khemah disalurkan kepada kemudahan kesihatan di Gayan dan Bermal, dan kami sedang mencari penyelesaian untuk memastikan air selamat dan sanitasi yang mencukupi kepada penduduk dan kemudahan kesihatan.

Pada hari-hari awal selepas gempa bumi, kecederaan trauma seperti patah tulang dan luka adalah kebimbangan terbesar tetapi kini keperluan kesihatan beralih kepada dehidrasi dan cirit-birit yang disebabkan oleh kekurangan bekalan air yang selamat.
José Mas, Koordinator Kecemasan

Dengan sokongan anda, kami boleh terus memberikan bantuan perubatan kecemasan secara bebas dan tidak berpihak kepada mereka yang terjejas disebabkan konflik bersenjata, wabak, bencana alam dan terkecuali daripada penjagaan kesihatan. Bantu kami menyampaikan rawatan perubatan di tempat yang paling diperlukan.

 

Categories