Skip to main content
trauma kid

Rawatan Surgeri & Trauma

Kami menyediakan rawatan pembedahan dan trauma kepada pesakit yang terperangkap dalam konflik, atau kepada mereka yang berdepan keadaan yang mengancam nyawa seperti Noma (sejenis penyakit yang diabaikan) dan keperluan lain. 

Rawatan pembedahan bagi yang berada dalam keadaan tidak menentu   

Dalam konteks kemanusiaan, rawatan pembedahan dan trauma selalunya dikaitkan dengan konflik bersenjata. Pasukan kami menyediakan rawatan pembedahan dan perubatan berkualiti tinggi kepada pesakit kami yang terperangkap dalam konflik dan keganasan, atau mereka yang tidak mempunyai akses kepada sistem penjagaan kesihatan yang berfungsi. Selepas trauma atau cedera akibat perang, pesakit mungkin memerlukan pembedahan rekonstruktif lanjut. Di Jordan, kami mengendalikan hospital pembedahan rekonstruktif khusus untuk mencantum semula mayat yang rosak akibat letupan bom, luka akibat tembakan, serpihan atau melecur teruk. Seiring dengan fisioterapi, pakar bedah beroperasi untuk memulihkan fungsi dan mobiliti kepada pesakit. 

Kami juga menyediakan rawatan pembedahan untuk pelbagai keperluan perubatan. Ini termasuk pembedahan caesarean, dan pembedahan rekonstruktif untuk pesakit melecur atau bagi mereka yang menghidap penyakit Noma.

Kemaskini terkini

Di Iraq, pasukan Doctors Without Borders menyediakan penjagaan selepas pembedahan di mana pesakit memerlukannya di Baghdad.

Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menekankan bagaimana pemulihan awal selepas pembedahan adalah penting untuk mencegah komplikasi kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Tambahan pula, pakar menekankan kelebihan memanjangkan model penjagaan kepada pendekatan pelbagai disiplin yang melibatkan fisioterapi, penjagaan kejururawatan dan kesihatan mental.

News from the field

Iraq: Menyediakan penjagaan selepas pembedahan untuk pesakit yang memerlukannya di Baghdad
Iraq: Menyediakan penjagaan selepas pembedahan untuk pesakit yang memerlukannya di Baghdad
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) memutuskan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan menempatkan semula penjagaan selepas pe...
Palestine: Burn injuries, a chronic health problem in Gaza
Palestine: Burn injuries, a chronic health problem in Gaza
In the Doctors Without Borders clinic in Khan Younis, in southern Gaza, four physiotherapists get ready for a busy day. They wear personal protective ...
Noma in Nigeria: Ado and Ifeoma's stories
Noma in Nigeria: Ado and Ifeoma's stories
Three times a year, a group of surgical experts gather in the northern Nigerian city of Sokoto. Their aim is to perform life-changing operations for p...

Trauma Surgeri 

Doctors Without Borders menggerakkan projek yang menyediakan rawatan pembedahan dan trauma, kebanyakannya dalam persekitaran konflik atau kawasan yang dilanda keganasan.  

Pakar bedah kami bekerja di kawasan keganasan urban atau konflik intensiti rendah, di mana struktur kesihatan sukar diakses atau telah dikurangkan. Pesakit dibedah kerana kecederaan disebabkan tembakan atau pisau, selepas mengalami penyeksaan atau penderaan fizikal, atau selepas kemalangan, termasuk melecur.

Rawatan untuk mereka yang parah selepas keadaan memuncak di Gaza, Palestin  

Kami menyediakan bantuan perubatan dan psikologi kepada mereka yang terjejas akibat konflik berterusan di Tebing Barat dan Gaza, Palestin. Di Gaza, sistem penjagaan kesihatan tempatan terlalu terbeban, kekurangan dana dan terjejas teruk oleh sekatan sepanjang 15 tahun. 

Kami menyediakan pendekatan pelbagai disiplin kepada mereka yang terjejas akibat melecur dan trauma yang boleh termasuk rawatan pembedahan, fisioterapi, terapi pekerjaan, pendidikan kesihatan dan sokongan psikososial. Kami juga mula mengendalikan klinik bergerak untuk menangani keperluan kesihatan masyarakat di Masafer Yatta, yang berdepan perobohan rumah dan peningkatan risiko pemindahan paksa. 

Melaksanakan pembedahan trauma dalam peperangan yang dilupakan dunia 

Bagi masyarakat awam dalam zon konflik, letupan bom tidak berlaku hanya kepada individu -- ia berlaku kepada keluarga dan masyarakat. Doctors Without Borders mula-mula memulakan projek pembedahan trauma di hospital Tal Abyad di Syria, sebagai tindak balas kemanusiaan terhadap pengepungan Raqqa. 

Tindak balas trauma Doctors Without Borders di utara Syria--sama seperti projek kami di selatan, dan yang lain di Yaman dan Iraq--memfokuskan pada rawatan luka letupan dan kecederaan peluru berkelajuan tinggi, mencerminkan kecanggihan dan sumber ketenteraan yang besar membabitkan pihak di sebalik konflik ini. Intervensi ini memerlukan kepakaran teknikal dalam resusitasi, rawatan kritikal, penjagaan luka melecur, dan rawatan kecederaan perut, vaskular dan ortopedik yang kompleks. 

Pembedahan Rekonstruktif 

Pembukaan sesuatu program pembedahan perlu menepati beberapa prasyarat yang memerlukan kepada sumber perubatan dan logistik, seperti keadaan steril, kakitangan yang berkelayakan, dan kapasiti pasca pembedahan.  

Pembedahan rekonstruktif membetulkan kecacatan yang anda alami sejak lahir, kecacatan yang disebabkan oleh penyakit dan kecacatan yang disebabkan oleh kecederaan. Prosedur ini berbeza daripada kosmetik kerana ia dilakukan atas sebab perubatan. Doctors Without Borders adalah organisasi perubatan antarabangsa yang bekerja di lebih 70 negara, ia mempunyai projek di mana pembedahan ini penting untuk menyokong masyarakat. 

Sejak 15 tahun lalu, Timur Tengah menjadi ‘ground zero’ kepada peningkatan konflik yang tidak berpenghujung, di Iraq, Syria, Lubnan, Yaman dan Palestin. Selepas Perang Iraq bermula pada 2003, ramai orang mengalami kecederaan yang mengubah hidup mereka. Selalunya kecederaan ini tidak dirawat, dan ia kesannya menjadi lebih teruk. 

Orang ramai ditinggalkan dlam keadaan tidak boleh bergerak, kadangkala terlantar dan tidak boleh makan atau bercakap. Mangsa letupan bom, luka akibat peluru, serpihan dan melecur teruk memerlukan pembedahan yang sangat khusus; pakar dalam ortopedik, maksilofasial (kecederaan pada leher, muka dan rahang), dan pembedahan plastik.   

Pembedahan bergerak 

Terpaksa menyediakan perkhidmatan pembedahan di mana keperluannya paling diperlukan—namun mungkin tiada hospital yang sesuai dalam jarak ratusan kilometer--Doctors Without Borders menggunakan beberapa penyelesaian, termasuk khemah pembedahan menggunakan 'khemah kembung'. Canggih, mudah alih, tetapi steril, ia boleh dialihkan dan disediakan dalam masa 48 hingga 72 jam di kawasan konflik atau wilayah yang terjejas oleh bencana alam. Baru-baru ini, pasukan kami telah membangunkan MUST, bilik operasi mudah alih dalam treler, yang membolehkan pasukan bergerak dengan cepat ke kawasan diperlukan. 

Bahagian Caesarean 

Pasukan kami membantu kelahiran lebih 12,000 bayi melalui pembedahan caesarean pada 2021, memberi tumpuan kepada membantu ibu yang mengalami komplikasi kehamilan yang mengancam nyawa. Pembedahan Caesarean dilakukan terhadap wanita yang mengalami pra-eklampsia (tekanan darah tinggi yang berkaitan kehamilan), kelahiran terhalang, atau ketika bayi dalam kedudukan songsang (kaki ke bawah). 

Penjagaan Pasca Pembedahan 

Penjagaan pasca pembedahan adalah bahagian penting dalam pembedahan, untuk mencegah dan merawat jangkitan, untuk memantau bagaimana luka menyembuh, dan untuk mengelakkan komplikasi. Penjagaan selepas pembedahan adalah sebahagian daripada projek pembedahan kami. Kami juga menyediakan fisioterapi untuk membolehkan orang ramai memulihkan mobiliti sebanyak mungkin. 

RSP Amman

Di pintu masuk hospital Amman RSP di Jordan. © MSF 

Pada awal September 2015, Doctors Without Borders secara rasminya membuka hospital pembedahan rekonstruktif yang baharu dinaik taraf di Amman, Jordan. Hospital ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang cedera akibat peperangan dari seluruh rantau yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan pembedahan khusus di negara asal mereka. Projek itu ditubuhkan pada 2006, sebagai tindak balas kepada ketiadaan penjagaan sedemikian untuk mangsa perang di Iraq, dan sejak itu diperluaskan untuk menerima pesakit dari Iraq, Gaza, Yaman dan Syria. 

Pakar bedah di hospital pembedahan rekonstruktif kami yang berpangkalan di Amman mengendalikan mangsa konflik di Timur Tengah yang cedera disebabkan oleh letupan bom, peluru, serpihan dan melecur. Penyelidikan dan inovasi adalah bahagian penting dalam program hospital. 

Ketika kami mula membuka hospital ini, tiada siapa sangka kami akan tinggal selama 10 tahun. Namun selepas menerima 4,500 kemasukan pesakit dan lebih 11,000 campur tangan pembedahan, jelas sekali kami ada tugas untuk 10 tahun akan datang, dan sebuah hospital tidak mencukupi.
Marc Schakal, Ketua Misi RSP

Selain mendapat manfaat daripada pembedahan ortopedik, maxillofacial atau pembedahan plastik dan melecur, pesakit juga menerima fisioterapi dan kaunseling kesihatan mental. 

MSB127624

Di hadapan hospital Amman RSP di Jordan. © MSF 

MSB127692

Di hospital Amman RSP, dalam wad fisioterapi. © MSF 

MSF258281

Pasukan Doctors Without Borders melakukan pembedahan plastik rekonstruktif ke atas kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Hospital Persimpangan Bardnesville Doctors Without Borders di Monrovia, Liberia, pada Januari 2019. Dia memerlukan pembedahan akibat melecur pada muka yang dialami beberapa tahun lalu. © MSF 

MSB127694

Di hospital Amman RSP, dalam wad fisioterapi. © MSF 

Noma, Penyakit Yang Diabaikan di Nigeria 

Noma adalah sejenis penyakit yang terabai di Nigeria yang memberi kesan kepada populasi paling terdedah, terutamanya mereka yang hidup dalam kemiskinan dan dengan akses terhad kepada penjagaan kesihatan. Usaha Doctors Without Borders penting dalam menyediakan rawatan dan meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang terjejas oleh penyakit yang dahsyat ini. 

Hospital noma menyediakan rawatan percuma kepada pesakit, yang sering datang dari kawasan terpencil dengan akses terhad kepada penjagaan kesihatan. Hospital juga menjalankan program jangkauan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu dan pencegahannya. 

Pasukan kesihatan mental juga menyediakan sokongan psikologi kepada pesakit dan keluarga mereka semasa tempoh pasca pembedahan. Melalui peranan dimainkan mereka, Doctors Without Borders bukan sekadar memulihkan penampilan fizikal tetapi juga meningkatkan kesejahteraan mental pesakit yang terjejas oleh noma. 

MSF248186

Fatima, yang cacat disebabkan noma semasa kecil, berehat di rumah. Dia menghabiskan sebahagian besar harinya bersendirian dan tidak boleh banyak bergerak disebabkan sakit dada. Fatima dan suaminya Dahiru bertemu di hospital noma di Sokoto, di mana mereka berdua menjalani pembedahan muka rekonstruktif. Fatima meninggal dunia semasa bersalin beberapa bulan selepas foto ini dirakam. © Claire Jeantet - Fabrice Caterini/INEDIZ 

MSF248174.jpg

Pesakit yang sembuh dari penyakit noma terpaksa hidup dengan kecacatan muka yang teruk yang menyebabkan makan, bercakap, melihat atau bernafas sukar. Selain itu, mangsa yang terselamat mesti menangani stigma sosial yang disebabkan oleh kerosakan ngeri yang dilakukan pada muka. © MSF

Menyokong individu muda dan keluarga mereka untuk mengatasi kesan emosi akibat kecacatan adalah bahagian penting kaunseling.
 Thomas Hoare, ahli psikologi klinikal

Pasukan itu juga bekerjasama dengan pesakit yang lebih muda untuk membantu mereka membina kemahiran sosial yang mungkin mereka terlepas pandang, kerana pesakit yang menghidap noma sering diketepikan masyarakat.

Sokong kami

Bantu kami menyediakan penjagaan pembedahan dan perubatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit kami yang terperangkap dalam konflik dan keganasan, atau mereka yang tidak mempunyai akses kepada sistem penjagaan kesihatan yang berfungsi.