Skip to main content

Iraq: Menyediakan penjagaan selepas pembedahan untuk pesakit yang memerlukannya di Baghdad

A teenage patient receives physiotherapy in Doctors Without Borders' Baghdad Medical Rehabilitation Centre. Iraq, 2019. © Nabil Salih/MSF

Seorang pesakit remaja menjalani fisioterapi dalam BMRC Doctors Without Borders. Kadhim cedera pada 27 Oktober apabila gas pemedih mata terkena kakinya semasa protes di Baghdad. Iraq, 2019. © Nabil Salih/MSF 

“Memandangkan konteks keganasan berubah sejak pembukaan BMRC pada 2017 dan kini hanya 17% daripada pesakit kami adalah kes berkaitan keganasan, untuk mengagihkan penjagaan selepas pembedahan yang kami sediakan di peringkat jabatan pesakit dalam kepada hospital kerajaan adalah langkah berikutnya yang logik,” kata Hani Almalihi, Ketua Misi di Baghdad. 

Jabatan pesakit dalam (IDP) di BMRC ditutup. Jabatan pesakit luar di BMRC kekal, masih menawarkan perkhidmatan perubatan percuma seperti fisioterapi, penjagaan kejururawatan dan konsultasi kesihatan mental kepada pesakit. Dan dengan kerjasama Hospital Ortopedik Medical City di Baghdad desentralisasi bermula. 

Kami menjalankan latihan dan perbincangan bersama kakitangan hospital mengenai kepentingan fisioterapi dalam penjagaan selepas pembedahan. Dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman kami, begitu juga, memastikan proses pembinaan kapasiti bersama kakitangan Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan model penjagaan ini, kami akan dapat mencapai lebih ramai pesakit.
 Hani Almalihi, Ketua Misi

Sebagai tambahan, Doctors without Borders mengadakan pembentangan pengenalan mengenai "Pemulihan Awal selepas pembedahan ortopedik" di hospital awam di Baghdad, termasuk Al-Wasiti, Al-Kindi dan Alkarkh. "Pembentangan Pengenalan ini adalah jemputan untuk kerjasama masa depan antara BMRC dan hospital awam bagi menyokong pemulihan awal selepas pembedahan sebagai model penjagaan," jelas Hani Almalihi. 

Organisasi itu menekankan bagaimana pemulihan awal selepas pembedahan penting untuk mencegah komplikasi kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Tambahan pula, kalangan pakar menekankan kelebihan memperluaskan model penjagaan ke dalam pendekatan pelbagai disiplin yang membabitkan fisioterapi, penjagaan kejururawatan dan kesihatan mental. 

Angka aktiviti Pusat Pemulihan Perubatan Baghdad (BMRC) sejak 2017

1,869 patients were admitted to the Baghdad Medical Rehabilitation Center (inpatient and outpatient)
78,672 consultations (medical, nursing, and physioptherapy)
13,119 mental health sessions

Doctors Without Borders membuka projek Pusat Pemulihan Perubatan Baghdad (BMRC) pada Ogos 2017 bagi menyediakan penjagaan kepada mangsa keganasan yang memerlukan pemulihan fizikal dan mental. Memandangkan bilangan pesakit yang terkesan akibat keganasan beransur-ansur berkurangan susulan penurunan insiden keganasan di Iraq, kriteria kemasukan ke wad diperluaskan dengan menyenaraikan mereka yang tercedera akibat kemalangan jalan raya. Pasukan di BMRC menyediakan perkhidmatan penjagaan komprehensif pasca pembedahan awal kepada mereka yang tercedera di bahagian atas dan bawah kaki mereka, termasuk penjagaan perubatan, penjagaan kejururawatan, fisioterapi dan penjagaan kesihatan mental, serta rawatan untuk mereka yang terjejas akibat oleh jangkitan rintang antibiotik. 

Sejak 2017, 1,869 pesakit dimasukkan ke BMRC (pesakit dalam dan pesakit luar), pasukan itu menyediakan 78,672 konsultasi (perubatan, kejururawatan dan fisioterapi) serta mengendalikan 13,119 sesi kesihatan mental.